Isnin, 24 November 2014

BASIC H2 SHAKLEE UNTUK PELBAGAI CUCIAN

Basic H2 adalah pencucu super organic yang sangat mesra alam, berkesan dan dijamin selamat digunakan. 16oz botol kecil ini boleh menghasilkan 48galen bancuhan untuk cucian. Super duper jimat dan sangat murah.

Tahukah Anda????
Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon.Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung.Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal.Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit,mata dan sistem pernafasan





Kenapa SELAMAT & MESRA ALAM?

  • Diekstrak dari jagung dan minyak kelapa
  • Tanpa bahan pewarna, gas beracun, pewangi, bahan kimia berbahaya dan klorin
  • Tanpa gas beracun
  • Lembut pada tangan
  • PH seimbang
  • Selamat untuk sistem septic dan pembentungan

KEGUNAAN & CARA
1.Mencuci & membersih sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun & bahan kimia
Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit

2.Mencuci & membersih ikan, ayam & daging & makanan laut daripada bahan awet
Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit

3.Mencuci & membersih makanan basah spt. Mee kuning, kuehtiau dsbnya daripada bahan awet
Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit

4.Mencuci & membersih tempat dan peralatan memasak (terutama yang berminyak)
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h dan gunakan untuk mencuci peralatan memasak

5.Mencuci & membersih bilik air, tandas, tangki, sinki, cermin tingkap, rak buku, almari dsbnya
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian mopkan atau lapkan tempat yang hendak dibersihkan kecuali bilik air dan tandas perlu diberus

6.Mencuci badan, tangan dan kaki daripada daki kotoran, pijar lada, dakwat marker pen, minyak dsbnya
Basahkan tangan dengan air kemudian tuangkan 2-3 titik kemudian digosok-gosok serta bilas

7.Mencuci & membersih lantai serta alat permainan
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian cuci alat mainan dan dibilas manakala cucian lantai tidak perlu dibilas selepas lantai dimop kerana ia mudah kering dan tidak melicinkan lantai

8.Menanggalkan gula-gula getah pada baju dsbnya
Titikkan 5 titik di sebelah belakang baju yang terkena gula getah kemudian digosok-gosok hingga tertanggal

9.Mengasah pisau
Titikkan 4-5 titik pada pisau dan asah pisau seperti biasa sehingga tajam

10.Membersih dakwat pen pada tangan, baju dsbnya
Titikkan 4-5 titik di tempat terkena dakwat, digosok dan kemudian dibilas

Ketika kecemasan
KEGUNAAN & CARA
1.Menghapuskan kutu di atas kepala
Basahkan rambut dan ambil 10 titik basic-h dan lumurkan ke atas kepala dan ratakan. Setelah selesai balutkan kepala dengan kain tuala bersih dan biarkan selama 10-15 minit barulah dibilas

2.Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas
Sapukan terus basic-h ke atas tempat yang terkena tadi dan kulit tidak akan menggelembung atau melecur bahkan akan rasa sejuk.

3.Menghindarkan & membunuh serangga seperti lipas, nyamuk, semut, lalat dsbnya
Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam botol semburan bunga yang dicampur air kemudian goncang dan semburkan kepada serangga

4.Demam panas (sebelum berjumpa doctor)
Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam besen kecil yang mengandungi air.Kemudian sapukan atau lumurkan ke seluruh badan dan kepala.

5.Sakit gigi
Masukkan 4-5 titik basic-h ke dalam cawan yang dicampur air kemudian kumur. Sekiranya sakit pada gigi berlubang titikkan 2-3 basic-h pada kapas dan letakkan pada tempat yang sakit.

6.Gatal-gatal pada badan atau miang (masalah kulit)
Tuangkan 4-5 titik ke dalam gayung. Kemudian gosokkan ke seluruh tempat gatal dengan menggunakan span mandian dan dibilas.

7.Ulser dan mulut berbau
Tuangkan 4-5 titik ke dalam gelas kemudian kumur (sekerap mungkin)

8.Penyubur tanaman dan penggembur tanah
Air lebihan cucian basic-h boleh disiram pada pokok bunga dan tanaman lain untuk membantu kesegaran dan kesuburan.

9.Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dsbnya
Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam mangkuk kecil kemudian rendamkan dan biarkan selama 15-30 minit, karat dan daki akan tanggal serta kelihatan kilat seperti baru.

Tidak perlu bazirkan wang ringgit anda membeli satu per satu pencuci tandas + penaggal kotoran/minyak + pembersih lantai dan sebagainya. Hanya bertukar kepada Basic H2 yang sememangnya selamat, sentiasa berkesan dan mesra alam.

Untuk maklumat lanjut / sebarang pertanyaan / untuk dapatkan sebarang produk shaklee, boleh hubungi saya.
Hayuslina Yusuf
017-9436210
Shaklee Independent Distributor
ID 1074075



Sabtu, 22 November 2014

TIPS MANDI CEPAT BILA ANAK MERAUNG

Haaaa jangan gelak yer. Tak kena batang idung awak yang baca ni, memang awak gelak. Hihihi. Agak kelakar jugak la. Tapi stress kot untuk yang dah kena selalu. Kebiasaanya untuk yang dah jadi mak bapak yang ada anak kecil la. Macam saya. Itu yang sebenarnya. Kihkihkih.

Dari anak sulong si wisya sampai la si mayra, diorang ni memang berpakat bagi mama diorang pening dalam lingkungan umur 6bulan ke 1tahun setengah camtu. Tinggal jer meraung, masak jer meraung, mandi jer meraung. Sampai nak masuk jamban pun jenuh mama diorang ni tahan.Pernah gak rasa cam nak jadi 'orang ijau' bila xmo dilepasnya kakiku ini. Adusss siksa tau. Ahahaha kelakar bila ingat semula.

Kalau masak ker, sidai kain ker still diorang boleh nampak muka mama diorang ni. Tapi bila masuk bilik air nak mandi, bukan seminit dua cukup untuk ku mandi.Ohhh baru sempat berus gigi je kot kalo gitu.Meraung diorang ni dasattt. Boleh sampai tersedu-sedan seolah mama diorang tinggal gi shopping kat Pavilion. Cehhh macam la anak-anakku itu faham. Hihihi.

So, tips yang mudah nak saya berikan pada anda semu yang sudi nak tahu...jeng jeng jenggggg.
1) Gi bilik air amik ubat gigi + berus gigi + pencuci muka
2) Gi kat singki dan beruslah gigi & cuci muka
3) Acah2 jap main ngan si anak. Buat dia leka seketika dan berdesuppp masuk bilik air dan mandi la.
4) Jika sekiranya dia meraung, abaikan seketika. Sebab percayalah, anda takkan mandi selama yang anda selalu mandi sebab anda dah pun berus gigi dan cuci muka :)

Haaaa simple kan? Cer cuba, cer cuba...

Inilah dia chintahati mama yang berdua tueee.


Nak cuba makanan tambahan untuk anak? Meal Shakes pasti yang terbaik. Jemput baca sini:


Untuk sebarang pertanyaan / maklumat lanjut / pembelian produk shaklee, boleh hubungi saya:
Hayuslina Yusuf
017-9436210
Shaklee Independent Distributor
ID 1074075

HERBAL BLEND CREAM UNTUK LEGAKAN RUAM ANAK

Herbal Blend cream dari shaklee ni memang susah nak ada di pasaran. Kalau ada pun pasti kurang dari 5jam akan SOLD OUT. Haaaa begitu lah pantasnya. Macam goreng pisang panas. Berlumba-lumba semua orang nak dapatkan.

Istimewa sangatkah Herbal Blend cream ni? Sudah pasti dan semestinya. Saya juga pengguna tegar Herbal Blend cream ni. Sangat best tau multipurpose cream dari shaklee yang satu ni. Yang ada anak kecil macam saya harus ada satu tube di rumah anda.




Herbal Blend cream ni saya sapu pada kulit anak yang selalu macam kering dan sedikit berkeping. Dalam 2-3 kali sapuan dah elok. Alhamdulillah la. Saya gunakan juga untuk sapu bila kene gigitan nyamuk. Adakala naik gatal seperti ruam dan yang terbaru si darwisya gatal-gatal bila pakai pampers agak lama sedikit. Apply sahaja dan Insya Allah tiada garu-garu dah.

Saya hadiahkan satu pada mak hari tu. Kulit mak agak sensitif. Selalu la gatal-gatal kalau salah makan benda gatal dan adakala akan naik gegata. Besar-besar dan tebal bila naik di bahagian kulit badan mak. Kesian pula saya tengok. Dengan izin Allah, mak call bagitau kalau kena gegata, mak sapu jer Herbal Blend ni. Lega kata mak. Suka sangat saya dengar.

Mak cakap lagi Herbal Blend ni tak melekit macam cream lain. Sapu jer dan rasa cepat meresap dalam kulit. Bau pun tak la macam ubat hospital. Bau herba macam tu, best jer. Sedikit berangin bila kena pada kulit yang di sapu. Lagipun senang nak bawa ke mana-mana. Begitulah kata mak.

Seorang sepupu saya lepas pantang, muka anak dia naik ruam susu. Gundah gulana la ibunya. Tanya saya ada tak produk shaklee yang boleh bantu anak dia. Saya suggest la Herbal Blend cream. 2kali repeat order dah. Harus ada katanya. Suka dengan Herbal Blend cream. Bagus untuk anaknya :)

Kawan saya pula anak kecilnya naik berkuping ruam di bahagian leher dan badan. Kesian sangat tengok keadaan anak dia. Alhamdulillah guna Herbal Blend cream ni juga berkesan. Sekarang dalam tempoh penyembuhan. Makin hari semakin lebih baik keadaannya. Syukur ya Allah, membantu ramai orang cream ni.

Herbal Blend cream ini sesuai juga untuk kesemua masalah seperti dalam poster saya ini. Jika terdapat kesan cakar kuku anak, luka kecil atau kesan percik minyak juga boleh sapu. Insya Allah jika di sapu berterusan, istiqamah guna, tiada kesan yang akan tinggal di tubuh badan anda.

Untuk yang nak dapatkan Herbal Blend cream ini, bolehlah hubungi saya. Saya juga alu-alukan untuk sebarang peranyaan dari anda.
Hayuslina Yusuf
017-9436210
Shaklee Independent Distributor
ID 1074075





Jumaat, 21 November 2014

GARLIC COMPLEX ANTIBIOTIK SEMULAJADI

Sejak dahulu lagi saya sering dengar petua orang-orang tua bahawa bawang putih ni bagus sangat untuk masalah keputihan atau kulat. Kalau nak suruh telan bawang putih, memang sesetengah orang tak lalu. Tapi kini dah ada alternatif tablet untuk kita dapatkan manfaat sepenuhnya untuk tubuh badan.

Cara Pembuatan Garlic Complex Shaklee
Diperbuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, USA diwaktu musim panas dan bebas 100% daripada penggunaan racun perosak.
Dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba (untuk pastikan pengekalan 100%  allicin aktif). Dwi teknology digunakan untuk mengawal bau garlic.Perisa herbanya terdiri daripada kombinasi 2 ekstrak iaitu Rosemary & Spearmint. Setiap 2 tablet garlic complax membekalkan 1000mg ekstrac garlic tulin yang menyamai 2 ulas garlic segar.




Masih adakah manfaat setelah bawang putih di ptong dan di masak?
Bawang putih segar mempunyai Allicin yang memiliki kemampuan untuk melindungi tubuh dari risiko penyakit jantung. 
Memasak bawang putih, akan jadikan enzime di dalamnya tidak aktif untuk mendorong kekalkan Allicin yang sedia ada. kecuali anda suka mengunyahnya begitu sahaja.

Apa Yang Garlic Complax boleh Bantu Untuk Badan Manusia?  
1.Meningkatkan tahap sistem penghadaman, fungsi jantung yang baik kerana mengandungi ekstrak spearmint. 

2.  Merupakan Antibiotik semulajadi yang selamat dan sangat bagus untuk pertingkatkan sistem imun badan supaya boleh menghalang sakit berjangkit seperti selesema, kulat, kuman, virus dan yis candida 

3.  Membantu atasi masalah alergi dengan meningkatkan imun terhadap penyakit alergi seperti hidung yang sensitive, sinus, alergi, asthma, selesema dan hepatitis 

4.  Meningkatkan dan membantu dalam masalah sistem penghadaman seperti kembung perut, senak perut, ulser gastrik dan ketidakhadaman. 

5.  Menstabilkan tekanan darah tinggi dengan pengambilan konsisten 2-4 biji tablet Garlic sehari selepas makan. Garlic dapat mengeluarkan raksa, plumbum, kadmium yang merupakan logam toksik dalam tubuh dengan pantas. Logam toksik ini antara penyebab tekanan darah tinggi meningkat. 

6.  Melindungi sel-sel darah dari kemusnahan yang disebabkan kehadiran logam dalam tubuh dan sekaligus menghalang kerosakkan hati oleh bahan kimia yang terkandung dalam tubuh tanpa kita sedari. 

7.  Membantu menurunkan paras kolestrol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari. 

8.  Membantu merawat kanser serta membantu mengurangkan peratusan bahan pencetus kejadian kanser iaitu Nitrosamine. Garlic merupakan anti-oksidan kerana mengadungi sebatian selenium + germanium + acid amino yang melindungi tubuh dari radikal bebas yang merupakan antara penyebab kanser. 

9. Mengelakkan Odema iaitu air tekumpul dalam badan terutama pada kaki dan pergelangan kaki 

10. Membantu menangani masalah organ-organ pernafasan tersumbat akibat batuk dan brokitis yang berterusan, sakit kerongkong, selesema dan resdung (sinus) 

11. Bagi yang mempunyai Diabetes - Garlic dapat meningkatkan pengeluaran insulin dan meransang hati untuk mengawal gula dalam darah 

12. Mampu melawan bakteria dan smeua jenis jangkitan pada:       
- Kerongkong & Telinga (throat & ear infection)       
- Perut memulas (stomach upset)       
- Cirit-birit (Diarrhea)       
- Bronkitis       
- Luka-luka (infected wounds)       
- Jangkitan yang berulang-ulang seperti telinga, kerongkong, gusi, mulut, dada, sistem air kencing



Garlic Complex di datangkan khas dalam botol yang kecil, mudah di bawa ke mana sahaja dan harganya sangat mampu milik. Sediakan satu untuk Antibiotik semulajadi di rumah anda.

Untuk maklumat lanjut / sebarang pertanyaan / untuk dapatkan produk sahklee, boleh hubungi saya.
Hayuslina Yusuf
017-9436210
Shaklee Independent Distributor
ID 1074075


KEISTIMEWAAN SUSTAINED RELEASE VIT C 500MG SHAKLEE

TAHUKAH ANDA???
1 batang rokok mampu melupuskan 50-100mg vitamin C.
Keresahan akan mempercepatkan penyusutan vitamin C
Kontraseptif dan pil penahan sakit akan menyusutkan vitamin C yang sangat banyak

Tubuh badan manusia tidak dapat menghasilkan vitamin C sendiri seperti haiwan. Tambahan pula vitamin C adalah vitamin larut air dan akan hilang berterusan dari tubuh kita. Oleh yang demikian adalah sangat perlu kita mengambil vitamin C setiap hari mengikut keperluan tubuh badan kita.




MANFAAT VITAMIN C 500MG SHAKLEE.

1) Membentuk Kolagen
-Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang  rawan. 
-Vitamin C akan merangsang pembentukan kolagen. Ianya mampu mengurangkan kedutan dan menghalang otot menjadi lembik.

2) Memperbaiki Symptom Pendarahan
-Kekurangan vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam di kulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

3) Peningkatan Sistem Imun
-Pengambilan vitamin C yang secukupnya setiap hari dapat membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik.
-Ia juga membantu sel darah putih menentang sel bakteria dan kuman.
-Vitamin C juga sangat bagus untuk mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit serta asthma.
-Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan symptom selsema.

4) Memerangi Kanser
-Vitamin C shaklee kaya anti-oksidan yang mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cell untuk membantu melewan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan.
-Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel badan kita.

5) Mencantikkan Kulit
-Ambil vitamin C setiap hari boleh mencerahkan kulit, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen.
-Pigmen adalah penyebab utama wujudnya jeragat.

6) Memperbaiki Insomnia
-Vitamin C dapat membantu memperbaiki insomnia dan stress (masalah berkaitan mental) seperti keresahan.

7) Mengekalkan Kolestrol Sihat.
-Mengamalkan vitamin C mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat dan menghalang pendarahan dalaman.

Setiap1 tablet vitamin C mengandungi 7.5 hidangan buah termasuk kulitnya (500mg). Setiap jam tubuh kita akan membebaskan 1.5 buah vitamin C. Ujian klinikal telah membuktikan 2 tablet vitamin C shaklee (dalam jarak masa 5 jam) mampu kekal di dalam plasma darah kita selama 24jam.

Vitamin C Shaklee Yang Lebih Memadai Dari Buah.
Setiap hidangan buah-buahan membekalkan sekitar 45-60mg vitamin C. Buah-buahan akan menghasilkan vitamin C yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah itu ranum..
Oleh yang demikian, buah yang tidak ranum mengandungi kandungan vitamin C yang sedikit. Kandungan vitamin C pada buah akan berkurangan kepada separuh apabila di petik dan akan musnah apbila terdedah kepada kepanasan.

Jadi, jika anda nak dapatkan sepenuhnya manfaat vitamin C untuk tubuh badan, adakah lebih baik ambil sahaja vitamin C shaklee atau membeli buah yang belum anda tahu masih bagus kandungan vitamin di dalamnya?
Pastikan anda buat pilihan yang tepat an melabur untuk 100% kebaikan yang akan dapat untuk tubuh badan anda.


Untuk maklumat lanjut / sebarang pertanyaan / untuk dapatkan produk Shaklee, boleh hubungi saya.
Hayuslina Yusuf
017-9436210
Shaklee Independent Distributor
ID 1074075

Selasa, 18 November 2014

TANDA ANAK KEKURANGAN AIR DALAM BADAN

Entry ini khas untuk panduan bayi yang berumur 6 bulan dan keatas. Bayi bawah 6 bulan tidak langsung digalakkan memberi air lain selain susu bagi mengelakkan gangguan organ buah pinggang atau masalah kesihatan yang lain.

Bagaimana nak tahu anak saya minum air secukupnya setiap hari?



Kita boleh lihat dari keadaan kanak-kanak itu dalam beberapa cara.

1) Petanda tiada dehidrasi 
-Sentiasa aktif, keluar air mata semasa menangis, anak minum air seperti biasa dan boleh di lihat melalui kekerapan kencing dan warna air kencing.
-Warna air kencing kuning jernih adalah petanda tubuh badan minum secukupnya air.
- Jika lampin bayi kering selama lebih dari 3 jam, itu menunjukkan dia dehidrasi dan berilah minum air secukupnya. Sembelit juga adalah gejala yang serupa iaitu kekurangan cairan untuk proses pembuangan.

2) Dehidrasi sederhana
-Bibir kering, air kencing bewarna kuning pekat, merengek, tiada atau sedikit air mata ketika menangis dan mata cengkung ke dalam dari biasa.
-Apabila diberikan air, anak minum segera seolah haus yang keterlaluan. Walaupun tidak haus, tapi berilah anak minum air untuk elakkan dehidrasi yang teruk.

3) Dehidrasi melampau
- Tidak kencing langsung dalam tempoh 24jam, Lembik, terbaring sepanjang masa dan tidak bermain, bernafas dengan laju.

Berapakah jumlah air yang diperlukan untuk badan?
Keperluan air untuk tubuh bergantung pada usia,berat badan dan aktiviti seharian seseorang itu.

Untuk kanak-kanak yang berusia 1-3 tahun, memerlukan 1.1 litter (4 gelas) sehari.
Usia 4-6 tahun memerlukan 1.4 litter (6 gelas) sehari.
7-9 tahun memerlukan 1.6 litter (6 gelas) sehari.
Manakala pada usia 10-12 tahun memerlukan 2 litter (8 gelas) sehari.
Atau setiap 25kg berat badan memerlukan 1.5 litter air sehari.

Sudahkah anda kenal pasti setiap anak-anak anda sekarang? Adakah anak-anak anda di titik beratkan tentang pengambilan air yang secukupnya untuk badan? Elakkan dehidrasi jika kekurangan air dalam badan. Otak, sendi, organ dalaman juga menjadi lemah jika sekiranya di abaikan pengambilan air secukupnya untuk tubuh. Bakal megundang juga pelbagai kesan lain seperti kulit kering, bibir kering, kesukaran membuang air besar, mudah penat, tidak aktif, kekejangan otot, pening dan pelbagai masalah lain.

Anda boleh sediakan satu canister PERFORMANCE DRINKS juga di rumah. Elok untuk amalan seisi keluarga.Ia juga amalan saya sekeluarga.


Untuk info lanjut, sebarang pertanyaan atau pembelian produk shaklee, boleh hubungi saya.
Hayuslina Yusuf
017-9436210
Shaklee Independent Distributor
ID 1074075










Jumaat, 7 November 2014

VITA-LEA SUPPLEMENT ZAT BESI YANG MEMPUNYAI 30 NUTRISI LENGKAP HARIAN.

Multivitamin dan mineral yang pertama di cipta di dunia adalah Vitalea. Ia merupakan multivitamin yang terpantas di dunia larut dalam air dan tubuh manusia.Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas untuk usus kecil kita.

Tablet Vitalea ini disaluti dengar serbuk nutrisi iaitu spirulina. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi lengkap harian yang diekstrak daripada sayuran dan buah-buahan.

Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vitalea shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Vitalea telah dipilih oleh Centre For Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTIVITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.




APA MANFAAT UMATA SUPPLEMENT VITALEA?
1) Penambah tenaga segera
- Vitamin larut air ini sangat pantas membekalkan tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental.
- Apabila tubuh sihat dan bertenaga, secar tidak langsung ia membantu sistem memori supaya leboh focus dalam pembelajaran mahupun kerja seharian.

2) Pelengkap nutrisi
- Bagi pengamal diet yang tidak seimbang mahupun pengamal sayuran (vegetarian) dan anemia, akan kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting.
- Pengambilan vitalea seperti yang di sarankan dapat melengkapi nutrisi yang tidak dapat kita ambil dari kumpulan makanan yang tidak seimbang tadi.

3) Keupayaan sistem produktif
- Perkembangan kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar memerlukan nutrisi yang seimbang dan lengkap.

4) Metabolisma
- Vitalea sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.

5) Element penting untuk sel tubuh.
- Dengan 30 nutrisi lengkap harian dalam setiap tablet Vitalea dapat membantu diri kita menyediakan asas nutrisi yang sangat penting.
- Ia bagi memastikan sel kita hidup, pegantian sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kuku, kulit dan hormon serta menjaga kesihatan tirod.

6) Melindungi organ
- Dipercayai pengambilan vitales dapat melindungi organ terpenting iaitu buah pinggang, jantung dan hati.

Oleh yang demikian, bolehkan anda membaca sahaja tanpa bertindak untuk keperluan tubuh badan yang sangat bagus ini? Miliki lah segera untuk hidup yang lebih baik dan terjamin. Pasti hari-hari anda akan lebih sihat, cergas dan bahagia.

Untuk maklumat lanjut / sebarang pertanyaan / dapatkan sebarang produk shaklee, boleh hubungi saya.
Hayuslina Yusuf
017-9436210
Shaklee Independent Distributor
ID 1074075

BEZANYA MAYRA DAN WISYA

Setiap perkembangan kanak-kanak tidak sama. Bagi ibu anak 2 seperti saya, perbezaan antara keduanya membesar dapat saya rasakan. Antara adik dengan kakak memang banyak perbezaan fizikal dan perkembangan tumbesaran mereka.

Dari segi fizikal, ketika lahir, dalam pantang dan sekarang pun si adik sedikit gelap berbanding kakak. Rambut sedikit kerinting dan muka macam peranakan. Si kakak putih melepak macam anak cina. Rambut nipis dan lurus. Ada jer yang menegur, lain diorang nih. Hihi

Pengalaman membesarkan si kakak lebih banyak bersabar. 1 tahun pertama boleh kira berapa kali demam, batuk, selsema. Lama dan agak kerap. Berulang klinik jer. Tahun ke 2 ada masalah pembuangan pula sejak berhenti susu mama. Menggigil-gigil + kemerahan muka meneran nak membuang. Setiap kali tu la menangis dan setiap kali nak membuang juga la mama kene pam. Sian anak mama. Berbulan jugak menangung si kakak macam itu. Setiap kali ke farmasi, mesti buat stok enema. Mesti beli untuk 4-6 kali guna. Alhamdulillah mama ikhtiar bagi minum MEAL SHAKES untuk kuatkan sistem imun kakak. Pada masa yang sama masalah sembelit tiada lagi. Baca sini untuk Tips Anak Sembelit.

Saat membesarkan si adik, saya bersukur ke hadrat Ilahi. Usia Mayra nak masuk 1y2m bulan ni, tak pernah batuk langsung. Demam yang agak panas sedikit dari biasa sekali. demam manja2 nak tubuh gigi 2 kali. Selsema 2 kali jer. Itu pun kejap ada kejap tak ada. Sikit-sikit jer. Mungkin berkat saya amalkan SET IBU MENYUSU. Kelengkapan nutrisi yang secukupnya untuk ibu dan anak sepanjang tempoh penyusuan. Sangat bersyukur di pertemukan dengan Shaklee. Merubah hidup saya dan si manja.

Kini apa lagi yang nak di gusarkan, kami ada Shaklee. Jom anda semua. Saya menyeru supaya ambil langkah positif untuk berubah. Jangan biarkan keadaan mempengaruhi kita. Ubah gaya hidup kita. Dapatkan makanan tambahan terbaik dari sumer semulajadi iaitu Shaklee. Sentiasa selamat, berkesan dan mesra alam.

Untuk pertanyaan / rundingan vitamin / pembelian produk shaklee, boleh hubungi saya.
Hayuslina Yusuf
017-9436210
Shaklee Independent Distributor
ID 1074075

Khamis, 6 November 2014

BUASIR KETIKA HAMIL

Jika anda memang pernah menghidap buasir, memang agak sukar mencegahnya ketika hamil. Apa yang boleh di lakukan adalah dengan cuba menanganinya agar kesan masalah ini berkurangan dan tidak bertambah parah.

Berikut adalah antara tips yang boleh anda lakukan untuk membantu mengatasi masalah ini.

1) Cegah najis daripada menjadi keras.
-Banyakkan pengambilan makanan yang berserat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran serta kekacang.

2) Banyakkan minum air putih 2-3 litter sehari. Pastikan cukup.

3) Banyakkan minum susu dan yogurtuntuk bantu merangsang proses di bahagian usus.

4) Jangan memaksa untuk meneran sewaktu membuang air besar. Najis yang keras akan menyebabkan luka bertambah parah dan berlaku pendarahan.

5) Elakkan duduk atau berdiri terlalu lama. 
-Alas tempat duduk dengan bantaluntuk mengurangkan tekanan.
-Elakkan duduk di tempat yang keras.

6) Seringlah lakukan pergerakan fizikal seperti berjalan kaki untuk membantu otot saluran pencernaan.

7) Sapukan sedikit baby oil pada dubur setiap kali nak membuang air besar atau setelah membuang untuk mengurangkan kesakitan dan kesan luka.

8) Cuba ikhtiar juga gunakan supplement shaklee iaitu Ostematrix untuk bantu selesaikan masalah buasir. 
-Ostematrix merupakan supplement kalsium. Berfungsi juga untuk melonggarkan organ-organ dalaman untuk bantu lancarkan pembuangan.



Semoga anda yang bemasalah seperti ini dapat atasi rasa sakit itu. Baca sini untuk ketahui Supplement Ibu Hamil yang saya pernah amalkan. Sangat bagus, berkesan dan selamat untuk bayi dan ibu.

Untuk sebarang maklumat / rundingan vitamin / dapatkan produk shaklee, boleh hubungi saya.
Hayuslina Yusuf 
017-9436210
Shaklee Independent Distributor
ID 1074075



CEGAH ASTHMA DENGAN OMEGA GUARD SHAKLEE

Asthma???
Hanya yang pernah alami sahaja akan rasa bagaimana seksanya nak bernafas. Seolah tersekat pernafasan. Lelah nak menarik nafas oksigen.

Saya tak pernah alami dan syukur alhamdulillah anak-anak dan keluarga tiada masalah asthma. Mendengar pengalaman kawan yang mempunyai anak penghidap asthma atau suami atau diri sendiri atau sesiapa sahaja, sangat menyentuh hati saya. Terutama di kalangan kanak-kanak.

Saya pernah alami batuk teruk akibat tak jaga pantang semasa tidak sihat. Sangat dalam saya rasakan bila nak menghela nafas. Batuk berulang terutamanya di kala sejuk atau tengah malam buat dada saya rasa sesak sangat. Sukar nak bernafas. Mungkin itu serba sedikit saya buat gambaran untuk yang pernah alami asthma / semput / lelah.

Jemput la baca komen atau testimoni kawan-kawan dan pengguna Omega Guard Shaklee untuk atasi masalah asthma ini. Saya berbesar hati nak bantu orang-orang yang perlukannya. Sila lah cari penawar. Jangan di biarkan anak-anak / suami/ family kita menanggung sakitnya. Cegah sebelum membunuh.




Pilihlah Omega Guard Shaklee. Ternyata selamat, berkesan dan sentiasa mesra alam. minyak ikan terbaik di dunia.
Omega-3 bertindak sebagai mencegah penyakit asthma dan dipercayai dapat mengurangkan serangan ke atas penghidapnya. Promosi November 2014 beli 6 dapat 7. Sah bulan ini sahaja.


Untuk lebih info / rundingan vitamin / urusan pembelian, boleh hubungi saya.
Hayuslina Yusuf
017-9436210
Shaklee Independent Distributor
ID 1074075






PENGALAMAN PANTANG MAKAN IBU MENYUSU

Kebahagiaan hak milik setiap insan. Senyum dahulu sebelum teruskan pembacaan anda. Sila rasakan kebahagiaan untuk diri sendiri terlebih dahulu :)

Untuk entry kali ini saya nak berkongsi pengalaman berbeza saya ketika tempoh menyusukan 2 puteri hati tercinta.

Kebiasannya  sebaik sahaja melahirkan memang banyak pantang makan si ibu menyusu ni. Sayuran sejuk seperti  kangkung, labu, petola dan banyak lagi tidak boleh di ambil oleh si ibu bimbang anak akan mengalami kembung perot. Untuk cepat baikkan luka bersalin, si ibu terpaksa pula tahan nafsu untuk makan seefood, telur dan makanan gatal yang lain dikhuatiri akan menyebabkan gatal dan bernanah. Lambat pula baik luka itu nanti. Habis apa sahaja yang ibu boleh makan? Topik ni saya buat lain hari ye. Tunguuuu.. Hihi

Ibu-ibu tolong berpantang betul-betul yer. Untuk pastikan badan pulih seperti sediakala dan tidak mendatangkan apa-apa keburukan atas tindakan kita masa berpantang di usia tua nanti. Ambil la SET PANTANG SHAKLEE untuk lebih sihat dan cergas.

Pengalaman anak sulong saya, perit sikit berbanding  anak ke-2. Lepas pantang dan luka dah baik sepenuhnya pun saya masih kena pantang makan seefood , daging dan makanan gatal yang lain. Kalau tersilap makan habis naik lah merah2 satu badan dan muka si anak. Kesian sangat. Menggaru la dia lepas tu. Meleleh-leleh la ayaq liuq bila mak mertua masak ketam lemak. Huhuhu sedih bila ingat semula. Kalau makan kat luar atau pergi kenduri, sedih orang tengok nasi lauk apa je yang saya ambil. Sampai la umur 6 bulan ke atas, bila wisya dah boleh makan makanan lembut baru la sedikit demi sedikit pulih. Jenooohhh nak tunggu 6 bulan. Macam 6 tahun. Lepas 6 bulan tu juga, saya dah bebas nak makan sayuran berangin atau makanan lain. Suka suka :)

Pengalam si Mayra pula paling best. Masa tu saya dah kumpul lebih banyak info jadi seorang ibu. Hihihi. Banyak la saya membaca dan kutip pengalam orang dan kawan-kawan.  Saya buat lebih kurang macam ujian jugak la kat si Mayra ni. Kasi test. Hahaha
Habis pantang jer saya cuba-cuba makan udang, daging dan makanan lain. Risau gak kot ada alahan macam kakaknya dulu. Alhamdulillah macam ok. So, bedal semacam jer. Rasa-rasa dah 100% lulus saya cuba-cuba pula makan sayuran sejuk dan berangin. Permulaan cuba sikit-sikit je dulu. Ok jer perot dia. Apa lagi hantam sajalah. Best kan tak payah pantang sesungguhnya untuk dunia penyusuan. Hihihi

Kesimpulannya, setiap budak tak sama. Jika berani, cuba lah seperti apa yang saya lakukan. Kita akan dapat kenal setiap perubahan untuk anak-anak kita. Apa yang dia tahan dan tidak tahan. Apa yang boleh dan tidak boleh anak kita makan. Selamat nikmati dunia penyusuan ibu-ibu baru.

Baca sini untuk:
PENGALAMAN SAYA MENGGUNAKAN SUPPLEMENT SET MENYUSU


Boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau dapatkan produk shaklee.
Hayuslina Ahmad Yusuf
017-9436210
Shaklee Independent Distributor
ID 1074075

Isnin, 3 November 2014

WISYA DAN BOTOL SUSU

Assalamualaikum. Salam ceria pagi Isnin. Nak senyum jer hari ini. Hihihi. Moga sesiapa sahaja yang membaca entry ini juga rasa bahagia selalu. :)

Nak cerita pasal anak sulong saya si Wisya. Umur wisya baru jer 3 tahun 1 bulan. Tapi mama dia ni rasa anak dia dah besar sangat. Masuk jer 3 tahun ada tanam niat nak berhentikan susu botol. Macam-macam cara nak pujuk dia berhenti susu botol 2 bulan sebelum birthday dia. Sampai terbuat status la kat fb tanya orang ramai  minta pendapat macam mana nak berhentikan susu botol. Hihihi

Sejak akhir-akhir ini selepas habis minum susu jer, dia malas nak letak kat dapur macam kebiasaannya. Sampai adakala nak buat susu kene cari dulu botol susu dia. Tapi kelmarin masa nak minum susu cari botol dia tak jumpa. Puas satu rumah mencarinya. So, mama cakap "kene minum dalam cawan". Mimik muka terpaksa dalam rela la nampak gayanya. 

2 hari wisya tanpa botol susu. Nampak jugak dia mencari botol susunya. Bila mama tanya
"wisya cari apa?"
"botol susu wisya la"
Hihihi comel jer yang keluar dari bibir anak mama yang sorang ni. Tapi mama maintain buat tak tau jer. Siap panaskan hati dia lagi cakap "tu la letak lagi merata-rata. Kan dah hilang" Sedih jer muka wisya. Masam, monyok. Hihihi. Apa-apa pun tetap comel di hati mama.

Maghrib semalam entah macam mana, adik dia pulak jumpa botol susu kakak dia. Adusss misi mama macam nak fail jer. Muahahaha. Tapi otak ni ligat gak dok fikir macam mana la nak pujuk wisya ni. Mama memang nak berhentikan susu botol. Malam tadi kenyang sangat, wisya tido tanpa susu. Lega mama. Hihi. Subuh tadi merengek kat ayah dia minta buatkan susu dalam botol. Siap mention dalam botol yang tak tahan tu. Ishh nak gigit jer rasa bila dengar wisya sebut camtu.

Mama cakap botol tak basuh lagi. Ada ulat, mama takot. Mama pergi dapur bancuh susu + Meal Shakes kegemaran wisya dalam cawan dan pujuk dia suruh minum. Doa sangat mau la wisya ni minum. Jangan la buat hal pagi-pagi (yang sebenarnya mama dia yang suka buat hal kihkihkih). 
Tarik dia dekat, pelok suh minum duduk. Walau dia minta bantal nak menyusu sambil baring macam biasa. Kene sabar la nak tunggu dia minum sampai habis. Kejap-kejap badannya melorot macam nak baring. Pujuk dan pujuk sambil mulut mama bercerita macam-macam tentang kesukaan dia.

Alhamdulillah. Kiranya hari ini adalah hari ke3 wisya tanpa botol susu. Harap-harap mama berjaya kali ini. Wisya umur 2 tahun 6 bulan je dah tak pakai pampers waktu siang. 2 minggu jugak la mama sabar nak ajar. Mama nak ajar wisya supaya lebih cepat jadi orang besar. Kihkihkih. Nasib la anak oiii ko dapat ibu macam mama ni :)

So, kita tengok perkembangan seterusnya. Nanti mama wisya update keh.  

Nak cuba Meal Shakes kegemaran wisya atau sebarang produk shaklee, boleh hubungi mama wisya ni yer. Nutrisi semulajadi untuk tubuh badan manusia. 

Hayuslina Yusuf
017-9436210
Perunding Vitamin Shaklee

Sabtu, 1 November 2014

PROMOSI NOVEMBER 2014 OMEGA GUARD!

Salam 1 November semua. Bulan baru, hari baru, semangat baru in sya Allah. 

Berita baru juga saya nak sampaikan kepada anda semua. Setiap bulan pihak Shaklee akan buat Promosi buy 6 free 1 untuk mana-mana produk Shaklee. Selesai bulan lalu Promosi Berkembar ESP buy 6 free 1 & Meal Shakes buy 3 free 1.Beri laluan kepada Omega Guard iaitu iteam bertuah bulan ini.




Untuk Apa Omega Guard?
-Mencegah penyakit saluran darah dan strok
-Membantu tumbesaran & perkembangan otak
-Meningkatkan sistem imun & menyihatkan paru-paru
-Menentang kanser
-Memelihara fungi-fungsi sendi
-Mencegah insomnia dan membantu mengurangkan tekanan

Siapa Yang Digalakkan Ambil Omega Guard?
-Ibu hamil
-Ibu menyusu
-Ibu berpantang
-Kanak-kanak yang ingin pintar (1tahun dan ke atas)
-Wanita / lelaki yang ingin turunkan berat badan
-Pelajar / pekerja yang kurang focus 
-Pesakit gout / kolestrol tinggi / darah tinggi
-Individu yang pentingkan kesihatan jantung
-Individu yang menghidap arthritis

Jadi, untuk anda yang nak sentiasa kekal sihat dan menjaga kesihatan, hubungi saya untuk miliki Promosi Jimat ini.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi saya:
Yus 017-9436210
Shaklee Indipendent Distributor
ID: 1074073





Rabu, 22 Oktober 2014

PELBAGAIKAN RESEPI ESP ANDA.

Haiii semua.
Hari ini nak bagi warna warni sikit pandangan mata anda bila baca entry yang ini. Hihihi. Saya nak berkongsi resepi marvelous gabungan ESP. Bagi yang sebelum ni hanya minum kosong tanpa campur dengan minuman lain, selepas ini boleh lah mencuba ye. Pelbagaikan resepi ESP anda.

Kalau anda tanya saya, resepi ESP yang biasanya saya buat adalah campur dengan susu, milo, jus buah (mangga sangat sedap), oren dan sirap. Ini antara resepi kesukaan saya. Saya masukkan juga MEAL SHAKES untuk lebih berkhasiat dan lebih sedap.





Antara resepi kegemaran saya


Senarai di bawah ini juga merupakan antara resepi sedap ESP.
  • ESP + Yogurt + Meal Shakes
  • ESP + Meal Shakes + Madu
  • ESP + Meal Shakes + Vico
  • ESP + Nesvita
  • ESP + Sirap
  • ESP + Oat + Milo + Banana
  • ESP + Coconut Shake
  • ESP + Kurma + Madu + Oat
  • ESP + Horlicks + Oat 
  • ESP + Dutch Lady Strawberry/Choc
  • ESP + Jus Orange/Mangga/Apple/Tembikai/Carrot
  • ESP + Performance Drinks + Meal Shakes
  • ESP + Susu + Nestum
  • ESP + Susu
  • ESP + Syrup Jagung + Meal Shakes
  • ESP + Ribena
  • ESP + Milo
  • ESP + Horlicks
  • ESP + Vivix + Collagen Powder
Dan banyak lagi resepi campuran ESP yang boleh anda pelbagaikan. Cubalah. Ikut mana yang sedap di laluan tekak anda. Yang penting JANGAN campurkan dengan minuman yang berkafein seperti teh/kopi/nescafe. Bancuh suam/sejuk. Tak boleh panas ye. Nanti hilang nutrient dalam ESP tu nanti.

Selain boleh minum, ESP ni juga boleh di buat masker tau. Saya kongsikan juga salah satu masker kesukaan saya. ESP + ALFALFA. Saya siap buat stok simpan dalam peti ais lagi. Bila nak pakai boleh ambil setengah sudu teh dan tambah air sahaja. Mudah sangat. Bonus kulit makin menawan tau.



Baca sini untuk tahu lanjut berkaitan ESP:

untuk dapatkan maklumat lanjut atau sebarang produk shaklee, boleh hubungi saya.
Hayuslina Yusuf
017-9436210

ESP SHAKLEE MEMANG TERBAIK!





ESP atau Energy Soy Protein ini diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai ujian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protin yang tinggi yang pernah dihasilkan oleh pihak Shaklee.

Setiap 850gram (1 tin ESP) dihasilakan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera yang boleh bertahan lama. Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali sebagai Identity Preserved Program (IPP). Ia memastikan kacang soya yang di gunakan bebas dari pendedahan perubahan genetik (Non-Genetically Modified Organism - 'Non-GMO'), daripada benih sehingga proses pengeluarannya. Ia di proses pada suhu yang rendah bagi menjamin kualitinya.

ESP dari Shaklee ini satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat di hasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut di perkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.

Satu hidangan ESP ini bersamaan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu. ESP shaklee tiada kolestrol, rendah lemak, tiada uric acid dan sangat mudah di serap oleh tubuh badan manusia. Kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai kepada penghidap kencing manis.

TAHUKAH ANDA?
Indeks Glisemik (G.I) menempatkan kedudukan karbohidrat berdasaran impaknya terdap paras gula dalam darah. Karbohidrat yang memecah dengan pantas mempunyai G.I yang tertinggi. Manakala G.I yang rendah pula memcahkan gula perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan anda.

Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah adalah sangat penting dalam mengurangkan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangkamasa panjang.

Sesetengah protin soya diproses dengan alkohol yang menyebabkan isoflavon (zat baik dari tumbuhan) tersingkir semasa diproses. Manakala ESP shaklee di cuci dengan air untuk mengekalkan isoflavon demi membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan soya.

Terbaik kan ESP shaklee.. Jadi, mana satu lihan anda? Produk soya lambakan di pasaran atau memilih ESP shaklee yang ternyata sangat di titikberatkan penghasilannya.
Saya memilih shaklee. Ubah pilihan anda untuk gaya hidup lebih sihat.

Bacas ini untuk tahu:
Kepentingan Protin Untuk Tubuh Badan



Untuk sebarang pertanyaan atau untuk memiliki sebarang produk haklee, boleh hubungi saya.
Hayuslina Yusuf
017-9436210



Khamis, 2 Oktober 2014

KEPENTINGAN PROTIN UNTUK TUBUH BADAN

Haii semua. Mood ceria nak bagi tahu anda semua apa kepentingan protin untuk tubuh badan kita yang bergelar manusia ni. Hihihi.

Penting ke protin?
Protin merupakan khasiat terbaik dalam makanan. Ia melebihi keperluan karbohidrat dan lemak untuk badan manusia. Pengambilan yang cukup akan buatkan perut rasa kenyang untuk jangkamasa yang panjang. Ia juga akan membantu menguatkan otot dan menggalakkan pembakaran lemak. 

Tubuh badan manusia terdiri daripada protin seperti tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ, plasma (cecair yang tidak bewarna yang merupakan sebahagian dari darah), antibody, enzim, hormon, hemoglobin dan keseluruhan sel-sel (anggaran 60 trillion) yang membentuk tubuh badan. Semua ini bergantung pada protin untuk menjalankan fungsinya seperti membina sel-sel baru, menggantikan tisu-tisu badan yang lama/tua dan rosak dengan tisu-tisu yang baru.

Apa akan jadi jika tubuh KEKURANGAN PROTIN?
1. Anemia ( kurang darah menyebabkan kurang oksigen dalam darah)
2. Penyakit buah pinggang
3. Penyakit hati
4. Tahap kolesterol tinggi dalam darah
5. Tekanan darah rendah
6. Kandungan gula dalam darah rendah
7. Fungsi saraf tak stabil
8. Ulser perut + usus
9. Luka lambat sembuh
10. Pengaliran darah yang tidak lancar
11. Penglihatan kurang baik
12. Badan menggeletar
13. Letih lesu, lemah
14. Tinggi kandungan air dalam tisu bdn
15. Terencat akal
16. Ketahanan badan terhadap jangkitan menjadi rendah

Oleh itu, pastikan anda mendapat bekalan protin secukupnya terutama semasa sarapan pagi. Walaupun protin adalah sangat penting dalam pemakanan harian kita, tapi jangan lupa seimbangkan juga nutrien (contoh: karbohidrat, lemak, vitamin dan mineral). Amalkan keseimbangan dalam menyediakan makanan untuk pertumbuhan dan perkembangan yang baik.



Saya cuma amalkan ESP dari shaklee. Mudah. Hanya perlu campur dalam air suam/sejuk. Shake dan minum. Pasti lazat.





Untuk maklumat berkaitan produk shaklee, boleh hubungi saya
Hayuslina Yusuf
Yus 017-9436210
Shaklee Independent Distributor





Sabtu, 20 September 2014

HEALING CRISIS SELEPAS AMBIL SUPPLEMENT SHAKLEE

Anda rasa semakin teruk setelah mengambil produk Shaklee kami? Di entry kali ini saya bawakan persoalan dan jawapan untuk masalah yang anda hadapi.

Q: Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan?

A:Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.


Q:Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan?

A:Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.

Q:Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik?

A:Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.

Q:Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan sintom yang sama semasa krisis penyembuhan?

A:Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.

Q:Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?

A:Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.


Q:Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?

A: Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:

Tidak mengamalkannya setiap hari
Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
Mengalami masalah emosi

Tanda-tanda & Penyebab Krisis Pemulihan
Memahami Krisis Penyembuhan dan Petanda serta Simptom:

Krisis Penyembuhan Penerangan / Penyebab

-Sakit kepala yang melampau Tekanan darah tinggi petanda menyahtoksin

-Demam, tidak cukup rehat Meningkatkan metabolisma,
merangsang fungsi
imunisasi badan

-Cirit-birit, meningkatkan pergerakan usus, najis berbau, air kencing berbau menghimpunkan bahan
buangan dan sisa-sisa dalam usus besar petanda menyah toksin

-Kembung perut  petanda sistem penghadaman yang lemah

-Ruam, kulit gatal, kelemumur, keluar lendir Fungsi hati yang lemah, usus besar
yang tidak sihat dan sistem pembersihan

-Penghasilan lendir seperti selsema, Fungsi paru-paru yang lemah, keluar
kahak kahak juga adalah petanda bagi
menyahtoksin

-Pendarahan Hidung Mungkin petanda bagi kekurangan
darah

-Rasa sakit pada otot dan sendi Badan berasid, toksin terkumpul
dibahagian yang sakit

-Peningkatan rasa sakit di sebahagian Mempercepatkan krisis penyembuhan
badan yang bermasalah

-Tidur yang bermasalah atau terlalu aktif Sistem saraf yang lemah

-Kitaran haid yang tidak menentu, Hormon yang tidak seimbang /
perubahan waktu kitaran haid, kegatalan penyakit buasir
pada alat sulit, ayang
banyak

-Lapar, Pening Tekanan darah rendah, anaemia

-Loya, sembelit, tersedu Sistem hadaman yang lemah, masalah
hati

-Edema (membengkak) Masalah buah pinggang

Rujukan: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia Unversity

Moga info ini menjawab permasalahan yang anda hadapi. Ikutlah cara makan vitamin yang di cadangkan + minum air 2-3 litter sehari + tips dari SID anda.





Hayuslina Yusuf
017-9436210
Shaklee Independent Distributor

TIPS ATASI ANAK SEMBELIT ATAU CIRIT BIRIT

Mungkin anda salah seorang dari ibu bapa yang prihatin tentang keadaan anak anda. Kerapkah terjadi sembelit atau cirit birit? Jom saya kongsikan dengan anda beberapa tips atasi anak sembelit atau cirit birit.

TIPS ATASI ANAK SEMBELIT
 1. Ketika anak sembelit, sebaiknya jauhkan makanan2 ni iaitu BRAT  (banana, rice, apple sauce & toast)
-Kenapa pisang tak boleh? Untuk orang dewasa, ya memang ia membantu sangat. Tetapi bagi kanak-kanak ia tidak sesuai kerana pisang boleh mengeraskan lagi najis.
-Beras (nasi/bubur) juga tak sesuai ketika sembelit. Gantikan dengan sumber karbohidrat yang lain, contohnya spagetti, pasta, oat dan lain-lain.
-Sos epal atau unsur epal  juga tak sesuai diberi ketika kanak-kanak sembelit
-Toast atau roti bakar
Makanan-makanan di atas boleh menjadikan sembelit semakin teruk.

2. Beri anak makan buah-buahan yang bermula dengan huruf P (in english), contohnya ; papaya, plum, prun, pear, pineapple, peach dan lain-lain.

3. Amalkan beri anak minum air masak setiap hari mengikut keperluan oleh badan.

4. Untuk sukatan susu, kalau sembelit, pekatkan susu anak. Tidak sama seperti orang dewasa.

5. Sapukan juga baby oil pada sekeliling lubang dubur anak supaya senang untuk dia membuang dan kurangkan kecederaan di sebabkan najis yang keras.

Pengalaman saya sendiri, saya cuba praktikkan pada anak sulong saya. Alhamdulillah berkat ikut tips ini, anak saya dah kurang sembelit. Saya usaha juga untuk amalkan Meal Shakes Shaklee. Sekarang tidak perlu sekat apa yang dia nak makan. Saya cuma bancuh meal shakes satu sudu setiap pagi di campur dengan susu. Senang sangat membuang kini.




TIPS ATASI ANAK CIRIT BIRIT
1. Kalau cirit birit, elakkan makan buah-buahan P yang saya sebutkan tadi

2. Beri anak BRAT (banana, rice, apple & toast)

3. Amalkan beri anak minum air masak setiap hari mengikut keperluan tubuh badannya.

4. Untuk sukatan susu, cairkan susu anak


TIPS UNTUK MUDAH INGAT ;
Sembelit - ambil P fruit, pekat susu
CiritBirit - ambil BRAT, cair susu

Jadi, ibu bapa hebat di luar sana dah dapat tips nak atasi anak yang sembelit atau cirit birit kan? Manfaatkan lah ilmu ini ye. Moga dapat membantu tika terjadi hal sebegini kepada anak anda. Nak cuba Meal Shakes Shaklee, boleh la hubung saya. Jika amalkan, In Syaa Allah kesihatan anak juga terpelihara. Kuatkan sistem imun tubuh bagi megelakkan jangkitan penyakit seperti demam, batuk, selsema dan lain-lain. Meal shakes juga sangat membantu tumbesaran kanak-kanak. Berikan yang terbaik untuk si manja anda.

Baca sini untuk lebih info mengenai MEAL SHAKES MULTIVITAMIN YANG PELBAGAI


Hayuslina Yusuf
017-9436210
Shaklee Independent Distributor

Ahad, 14 September 2014

TANGANI BENGKAK KAKI SEMASA HAMIL

Anda ibu hamil yang kerap mengalami masalah bengkak kaki atau sejak awal kehamilan kaki memang bengkak? Jom baca tips tangani bengkak kaki semasa hamil.

kaki bengkak memang masalah biasa bagi wanita hamil. kaki mudah bengkak kerana harus menanggung beban tubuh yang bertambah kerana faktor kehamilan. Berikut antara tips yang boleh anda jadikan panduan untuk mengatasi masalah ini.





  • Manjakan kaki anda - Siram kaki dengan air sejuk perlahan-lahan bermula dari tapak kaki kemudian ke lutut dan peha. Ulangi beberapa minit sambil menggerak-gerakkan jari kaki anda. Boleh juga amalkan merendam kaki anda di dalam air suam yang di campur sedikit garam atau limau nipis.
  • Mengurut lembut kaki - Rajinkanlah diri si suami untuk mengurut lembut tapak kaki anda setiap pagi atau malam sebelum tidur. Cara ini membantu kaki daripada bengkak sekaligus dapat menjaga kesihatan kaki sepanjang kehamilan.
  • Dapatkan pemeriksaan doktor - Berjumpalah dengan doktor jika masalah bengkak kaki yang anada alami agak berlainan di samping peningkatan berat tubuh yang keterlaluan iaitu lebih dari 1kg setiap minggu. Anda harus berhati-hati dengan keadaan ini kerana di khuatiri ia di sebabkan gejala lain yang mungkin membahayakan anda dan kandungan.
  • Letakkan kaki di atas bantal - Tinggikan laras kaki anda semasa sedang berehat atau tidur dengan meletakkan bantal di bawah kaki. Tidur dengan pelbagai posisi . Elakkan kaki daripada berada dalam posisi yang sama untuk jangka waktu yang lama bagi mengurangkan tekanan pada pembuluh darah.
  • Jangan berdiri atau duduk dalam posisi yang sama terlalu lama - Banyakkan  bergerak supaya pengaliran darah tidak terganggu. Amalan senaman secara teratur juga sangat membantu.
  • Gunakan kasut bertumit rendah - Faktor pemakaian kasut juga sangat penting. Gunakan kasut bertumit rendah bagi membantu keseimbangan tubuh dan kaki.
  • Banyakkan berehat - Jika anda terlalu sibuk dengan kerja, seringlah berhenti berehat setiap 10 minit sekali. Ia penting untuk tubuh dan melancarkan sistem perjalanan darah.
  • Kurangkan pengambilan garam - Pengambilan garam yang berlebihan di dalam makanan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan lebih mudah membuat kaki menjadi bengkak.

Moga tips tangani masalah bengkak kaki semasa hamil ini bermanfaat dan dapat membantu anda.



Hayuslina Ahmad Yusuf
017-9436210
Shaklee Independent Distributor

ISTIMEWANYA MEAL SHAKES BERPERISA VANILLA.

Untuk yang dah tahu, Meal Shakes ni adalah multivitamin yang sesuai untuk kanak-kanak 1 tahun ke atas dan sesuai juga di munum oleh orang dewasa. Boleh klik sini untuk tahu lebih mengenai  Manfaat Meal Shakes.

Apa istimewanya Meal Shakes berperisa Vanilla ni?
Perasa vanilla boleh di campur dengan minuman lain. Akan terhasil keunikan rasanya. Untuk pengalaman saya sendiri, saya campurkan sahaja ke dalam susu anak. Pernah juga saya campur bersama air oren sunquick. Tak cakap banyak, habiskan jer apa saya bagi. Pengalaman kawan-kawan yang lain juga begitu. Rata-rata campurkan dalam susu anak.

Untuk diri saya sendiri, saya juga gemar campurkan dalam Milo, Horlicks atau susu. Lebih sedap rasanya. Kerap juga saya shake bersama makanan tambahan lain seperti Meal Shakes + Esp + Performance Drinks. Tenaga BOOSTER dan rasa sihat beganda. Untuk pengetahuan anda, Esp dan Performance Drinks juga adalah penggalak tenaga dan masing-masing mempunyai manfaat lain untuk tubuh badan. Antaranya adalah meningkatkan penhasilan susu ibu, menghalang penghidratan air dalam badan dan pelbagai kesan lain.

Apabila meal shakes di datangkan dalam perisa vanilla, ia boleh dipelbagaikan dengan mencampur dalam minuman lain. Saya sendiri tidak lalu menelan begitu sahaja. Lebih enak di campur dengan apa-apa minuman lain.

Ada juga saranan supaya boleh di campur dalam yogurt atau jus buah. Pernah juga kawan saya campur bersama coconut shakes. Lebih marvelous katanya. Meal Shakes boleh di bancuh sejuk atau suam tetapi tidak panas. Nutrient dalam kandungan Meal Shakes akan hilang bila di bancuh panas. Jadi, boleh la anda pelbagaikan bancuhan mengikut citarasa anda sendiri dan selamat mencuba.

untuk sebarang pertanyaan atau pembelian produk shaklee, boleh hubungi sahaja saya.


Hayuslina Ahmad Yusuf
017-9436210
Perunding Vitamin Anda

Khamis, 11 September 2014

MEAL SHAKES PENGGALAK SELERA

Okes untuk entry kali ni saya nak cerita pasal Meal Shakes jer. Untuk yang tak pernah tahu, Meal Shakes ni berperisa vanilla. Ada yang cakap rasa macam ais krim. Ada yang cakap rasa macam jagung. Wahh macam best jer. Pada yang dah mencuba, pasti lah rasa lebih-lebih sedap dan syok jer bila masuk tekak kan. Termasuk la saya juga.

Pertama kali beli memang saya khaskan untuk anak. Banyak masalah kesihatan sedikit anak sulong saya ni. Baca kisah dia dan Meal Shakes di sini : MEAL SHAKES PENCETUS SELERA SI MANJA. Sangat suka tengok perubahan diri dia. Alhamdulillah sampai sekarang saya masih amalkan untuk kesan baik yang berterusan tu.

Bila borak-borak dalam group, ramai la pulak bagitau meal shakes ni bagus. Bukan takat sedap jer. Masing-masing berkongsi pengalaman. Saya teruja nak amalkan sebab boleh naikkan berat badan. Saya ambil bersama ESP. Wawww boleh makin cun tau. Hihihi.

Berat masa baru kawen cuma 44kg jer. Alahai keding betol. Dah la saya ni tinggi 170cm. Sangat tak seimbang kan. Masa mengandungkan anak sulong pun sama beratnya. Sebelum mengandung anak ke-2 naik la sikit 47kg. Bila dah lahir baby, maintain la semula berat. Sakit jer ati nak naikkan berat badan nih. Jadi saya amalkan la 2 resepi istimewa ni setiap hari (ESP + MEAL SHAKES). Anak ke-2 nak masuk setahun. Saya consume meal shakes dengan esp dalam 2-3 bulan jugak la. Timbang baru-baru ni 51kg. Suka laaaa. Hihihi. Azam nak naikkan 4-6kg lagi supaya seimbang BMI.

Haaa korang yang dah lama idam badan berisi sikit, tidak keding melayang cam saya sebelum ni boleh la berhubung dengan saya. Usaha untuk lebih sihat dengan shaklee. Usaha untuk lebih cun dengan shaklee. Baru la suami pandang tak lepas, Hihihi

Baca sini pula untuk info lebih lengkap mengenai MEAL SHAKES MULTIVITAMIN YANG PELBAGAI.



Hayuslina Yusuf
017-9436210
Perunding Vitamin Shaklee

Selasa, 9 September 2014

TIPS TINGKATKAN IMUNISASI SI KECIL

Sebagai ibu bapa, pastinya anda mahukan si kecil membesar dengan sihat dan ceria. Oleh itu, salah satu yang perlu anda beri perhatian adalah berkaitan dengan sistem imunisasi atau daya tahan tubuhnya untuk melawan penyakit dan mengelakkan pelbagai jangkitan.

Apa yang boleh kita lakukan untuk membantu tingkatkan daya tahan si kecil? Berikut merupakan tips tingkatkan imunisasi si kecil yang boleh anda jadikan panduan.



  • Pastikan si kecil mendapat rawatan sistem imunisasinya seperti yang telah di jadualkan. Ia penting untuk menjauhkan dari penyakit berbahaya seperti polio, TBC dan lain-lain.

  • Sebolehnya jangan biarkan si kecil di pegang ramai orang terutamanya bagi bayi yang berusia bawah 6 bulan. Ini penting bagi meneglakkan sebarang jangkitan virus dari orang dewasa.

  • Susu ibu adalah yang paling berkesan dalam membantu sistem kekebalan tubuh si kecil melawan penyakit. Oleh itu, susukan si kecil dengan susu anda kerana selain mengandungi antibodi untuk melawan sebarang jangkitan penyakit.

  • Elakkan orang dewasa yang tidak sihat daripada mendukung bayi anda. Ia bolen membuatkan si kecil anda dijangkiti.

  • Pastikan tangan anda atau sesiapa sahaja yang mahu menyentuh si kecil dalam keadaan bersih. Sebaiknya cuci tangan terlebih dahulu.

  • Anda bolen membawa si kecil berjalan-jalan untuk menghilangkan tekanan yang boleh melemahkan sistem imunisasinya. Namun elakkan berjalan di tempat yang terlalu ramai orang.
Sekian tips tingkatkan imunisasi si kecil dari saya. Moga bermanfaat untuk kita warga ibu bapa.

Jumaat, 5 September 2014

BEST KER JOIN SHAKLEE NI?

Ada yang bertanya "Best ker Join Shaklee  ni?"
Senang jer jawapan saya "Best pada yang suka macam saya"
Apa la yang best sangat tu kan??? Meh nak citer kat sini.


saya mama kepada 2 puteri hebat.


Saya jatuh cinta dengan shaklee masa mula-mula ambil SET HAMIL. Alhamdulillah Allah izin untuk saya sihat lebih dari sebelum itu. Allah juga izin bayi saya lahir sihat sangat. Syukur Ya Allah.

2 minggu sebelum habis pantang saya mula join Shaklee. Daftar ahli bawah Mak Bintang Gojes merangkap orang yang selalu membimbing saya dan kawan-kawan lain untuk cuba ubah nasib diri. Saya suri rumah sepenuh masa. Kehidupan saya memang dengan anak-anak jer. Jadi teringin la nak buat business online. Zaman dah mudah kan. Kalau ini boleh jadi peluang untuk saya bantu masyarakat dan diri saya sendiri, saya akan teruskan niat murni ini.




Mulanya macam tak yakin juga pada diri. Tapi masyaAllah bulan pertama pun saya dah dapat bonus. Wahh rasa cam 'Boleh ni nak teruskan sampai ke peringkat paling atas'. Cuma kena sabar dan kuatkan segunung kinabalu semangat dan usaha kata yang dah bergelar master. Hihihi.

Setiap bulan saya tak pernah tak dapat bonus. Syukur sangat. Boleh la nak tolong-tolong en suami atau nak beli apa-apa dengan duit sendiri. Nak belanja anak atau family ke. Moga bertambah-tambah dan murah la rezeki saya hari demi hari. In sya Allah.

Selain boleh dapat duit sampingan, saya rasa puas sangat dapat tolong ramai orang. Ada yang nak langsing sebab susah nak solat, susah nak lakukan aktiviti harian. Ada juga yang ingin sihat dan cantik selalu. Tak kurang juga yang ingin anak-anak bebas dari masalah selalu tidak sihat, tiada selera makan,sembelit, asthma dan sebagainya. Ibu hamil juga ingin cergas kerana kerap di serang morning sickness, sakit-sakit badan dan masalaha lain. Begitu juga ada set untuk ibu berpantang dan ibu yang ada mengalami masalah penyusuan.

Banyak sebenarnya vitamin Shaklee ni. Manfaat yang di khususkan membantu mengatasi sesuatu masalah dalam diri manusia. Berhubung lah dengan para Shaklee Independent Distributor untuk di terangkan secara lebih terperinci mengikut kesesuaian keperluan badan anda. Nak tanya pada saya pun boleh. Lagi saya senang hati nak menjawab dan alu-alukan pertanyaan dari anda.

Opss sebelum terlupa, satu yang anda perlu tahu. Bila dah join members harga ahli jauh lebih murah dari harga pasaran tau. Hanya yang bergelar ahli shaklee layak 200% membeli dengan harga ahli dan kalau lebih dari 150UV pembelian, layak dapat bonus. Haaa tak ke jimat namanya tu. Membeli barang kesihatan diri dan pada masa yang sama dapat cash back. Wowww kan.

Sekian dulu untuk kali ini. Nanti saya sambung pula apa lagi kelebihan mnejadi ahli shaklee ye. Nak sihat, cantik, langsing??? Cari la saya.




Hayuslina Yusuf
Shaklee Independent Distributor
Yus 017-9436210


Khamis, 4 September 2014

TESTIMONI SHAKLEE COLLAGEN POWDER

Dah Ramai yang mencuba Shaklee Collagen Powder. Puas hati dengan kesan yang sangat bermanfaat untuk tubuh badan kita. Lagi-lagi sedang Promosi bulan ini. Beli 6 percuma 1. Wahhh patut la makin ramai yang order.

Anda dah baca apa manfaat yang boleh dapat jika ambil Shaklee Collagen Powder ni? Untuk yang masih belum tahu apa  itu Shaklee Collagen Powder ni, apakata anda baca di sini: KELEBIHAN SHAKLEE COLLAGEN POWDER. Baca sini pula untuk tahu 7 KANDUNGAN UNGGUL DALAM SHAKLEE COLLAGEN POWDER.

Saya kongsikan pula beberapa testimoni pengguna Shaklee Collagen Powder untuk merawat masalah diri mereka.






Wahhh tu diaaa testimony yang last. Makcik pun nak jadi comey gak. Tegang dah muka. Haa korang tak nak cuba ker? Rugi tak rembat Promo Bulan September ni. Jom dapatkan dari saya sementara stok masih ada.






Hayuslina Yusuf
Shaklee Independent Distributor
Yus 017-9436210




Rabu, 3 September 2014

7 KANDUNGAN UNGGUL DALAM SHAKLEE COLLAGEN POWDER

Shaklee Collagen Powder lebih terkenal untuk transformasi wanita mahupun lelaki menjadi lebih cantik jelita atau tampan. Banyak manfaat boleh diperolehi jika mengamalkannya. Sila baca sini untuk mengetahui MANFAAT SHAKLEE COLLAGEN POWDER.




Shaklee Collagen Powder di perbuat dari gabungan 7 jenis ramuan.

1)KOLAGEN DARI SISIK IKAN MERAH
-Sisik ikan merah adalah sumber kolagen yang premium dengan kurangnya pencemaran dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding dengan kolagen haiwan.

2)eKSTRAK BIJI CAMELLIA JAPONICA
-Biji Camellia Japonica terdiri dari asid oleik, satu emolien dan pelembap kulit yang hebat.
-Isoflavon adalah antioksida semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas.

3)EKSTRAK PFAFFIA
-Pfaffia juga di kenali sebgai ginseng Brazil.
-Apabila digabungkan dengan ekstrak biji camellia japonica, ia akan membantu formasi kolagen dan asid hyaluronic.
-Dengan kemampuan luar biasa mengikut amaun air yang banyak, adis hyaluronic memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembut, lembap dan licin.

4)ELASTIN DARI KOLAGEN IKAN
-Elastin memelihara kulit menjadi fleksibel tetapi tegang, memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik.
-Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi berganding bahu dengan kolagen untuk memgekalkan kulit menjadi tegang, anjal dan elastik.

5)VITAMIN C & B
-Vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit kita.
-Vitamin B juga turut serta dalam metabolisma karbohidrat, lemak dan protin untuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan kolagen di dalam sel badan.

6)EKSTRAK KEKERANG
-Glucomine ekstrak kekerang adalah penting di dalam sintesis cecair synovia yang membekalkan pelincir kepada sndi-sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.

7)LACTOBACILLUS ACIDOPHILUS
-Membantu mengimbangi mikroflora usu dan membantu membina semula sistem usu yang sihat yang mampu meningkatkan penyerapan kolagen.

Gabungan dan bahan yang unggul ini bukan sahaja untuk kecantikan, tetapi memainkan peranan juga untuk fungsi tertentu seperti mata, otak, tanda-tanda penuaan, kuku, rambut dan tulang. Khasiat hanya dalam satu sachet Shaklee Collagen Powder.

Nak cantik, nak sihat dan tampl lebih menawan atau tampan? Jom cuba shaklee collagen powder dari saya. Pasti tak mengecewakan. Boleh hubungi saya secara peribadi pada contact number di bawah.

Klik sini untuk tengok TESTIMONI SHAKLEE COLLAGEN POWDER.





Hayuslina Yusuf
Shaklee Independent Distributor
Yus 017-9436210
www.topladiesmom@gmail.com