Ahad, 14 September 2014

TANGANI BENGKAK KAKI SEMASA HAMIL

Anda ibu hamil yang kerap mengalami masalah bengkak kaki atau sejak awal kehamilan kaki memang bengkak? Jom baca tips tangani bengkak kaki semasa hamil.

kaki bengkak memang masalah biasa bagi wanita hamil. kaki mudah bengkak kerana harus menanggung beban tubuh yang bertambah kerana faktor kehamilan. Berikut antara tips yang boleh anda jadikan panduan untuk mengatasi masalah ini.





  • Manjakan kaki anda - Siram kaki dengan air sejuk perlahan-lahan bermula dari tapak kaki kemudian ke lutut dan peha. Ulangi beberapa minit sambil menggerak-gerakkan jari kaki anda. Boleh juga amalkan merendam kaki anda di dalam air suam yang di campur sedikit garam atau limau nipis.
  • Mengurut lembut kaki - Rajinkanlah diri si suami untuk mengurut lembut tapak kaki anda setiap pagi atau malam sebelum tidur. Cara ini membantu kaki daripada bengkak sekaligus dapat menjaga kesihatan kaki sepanjang kehamilan.
  • Dapatkan pemeriksaan doktor - Berjumpalah dengan doktor jika masalah bengkak kaki yang anada alami agak berlainan di samping peningkatan berat tubuh yang keterlaluan iaitu lebih dari 1kg setiap minggu. Anda harus berhati-hati dengan keadaan ini kerana di khuatiri ia di sebabkan gejala lain yang mungkin membahayakan anda dan kandungan.
  • Letakkan kaki di atas bantal - Tinggikan laras kaki anda semasa sedang berehat atau tidur dengan meletakkan bantal di bawah kaki. Tidur dengan pelbagai posisi . Elakkan kaki daripada berada dalam posisi yang sama untuk jangka waktu yang lama bagi mengurangkan tekanan pada pembuluh darah.
  • Jangan berdiri atau duduk dalam posisi yang sama terlalu lama - Banyakkan  bergerak supaya pengaliran darah tidak terganggu. Amalan senaman secara teratur juga sangat membantu.
  • Gunakan kasut bertumit rendah - Faktor pemakaian kasut juga sangat penting. Gunakan kasut bertumit rendah bagi membantu keseimbangan tubuh dan kaki.
  • Banyakkan berehat - Jika anda terlalu sibuk dengan kerja, seringlah berhenti berehat setiap 10 minit sekali. Ia penting untuk tubuh dan melancarkan sistem perjalanan darah.
  • Kurangkan pengambilan garam - Pengambilan garam yang berlebihan di dalam makanan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan lebih mudah membuat kaki menjadi bengkak.

Moga tips tangani masalah bengkak kaki semasa hamil ini bermanfaat dan dapat membantu anda.



Hayuslina Ahmad Yusuf
017-9436210
Shaklee Independent Distributor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan