Mungkin anda salah seorang dari ibu bapa yang prihatin tentang keadaan anak anda. Kerapkah terjadi sembelit atau cirit birit? Jom saya kongsikan dengan anda beberapa tips atasi anak sembelit atau cirit birit.
TIPS ATASI ANAK SEMBELIT
1. Ketika anak sembelit, sebaiknya jauhkan makanan2 ni iaitu BRAT (banana, rice, apple sauce & toast)
-Kenapa pisang tak boleh? Untuk orang dewasa, ya memang ia membantu sangat. Tetapi bagi kanak-kanak ia tidak sesuai kerana pisang boleh mengeraskan lagi najis.
-Beras (nasi/bubur) juga tak sesuai ketika sembelit. Gantikan dengan sumber karbohidrat yang lain, contohnya spagetti, pasta, oat dan lain-lain.
-Sos epal atau unsur epal juga tak sesuai diberi ketika kanak-kanak sembelit
-Toast atau roti bakar
Makanan-makanan di atas boleh menjadikan sembelit semakin teruk.
2. Beri anak makan buah-buahan yang bermula dengan huruf P (in english), contohnya ; papaya, plum, prun, pear, pineapple, peach dan lain-lain.
3. Amalkan beri anak minum air masak setiap hari mengikut keperluan oleh badan.
4. Untuk sukatan susu, kalau sembelit, pekatkan susu anak. Tidak sama seperti orang dewasa.
5. Sapukan juga baby oil pada sekeliling lubang dubur anak supaya senang untuk dia membuang dan kurangkan kecederaan di sebabkan najis yang keras.
Pengalaman saya sendiri, saya cuba praktikkan pada anak sulong saya. Alhamdulillah berkat ikut tips ini, anak saya dah kurang sembelit. Saya usaha juga untuk amalkan Meal Shakes Shaklee. Sekarang tidak perlu sekat apa yang dia nak makan. Saya cuma bancuh meal shakes satu sudu setiap pagi di campur dengan susu. Senang sangat membuang kini.
TIPS ATASI ANAK CIRIT BIRIT
1. Kalau cirit birit, elakkan makan buah-buahan P yang saya sebutkan tadi
2. Beri anak BRAT (banana, rice, apple & toast)
3. Amalkan beri anak minum air masak setiap hari mengikut keperluan tubuh badannya.
4. Untuk sukatan susu, cairkan susu anak
TIPS UNTUK MUDAH INGAT ;
Sembelit - ambil P fruit, pekat susu
CiritBirit - ambil BRAT, cair susu
Jadi, ibu bapa hebat di luar sana dah dapat tips nak atasi anak yang sembelit atau cirit birit kan? Manfaatkan lah ilmu ini ye. Moga dapat membantu tika terjadi hal sebegini kepada anak anda. Nak cuba Meal Shakes Shaklee, boleh la hubung saya. Jika amalkan, In Syaa Allah kesihatan anak juga terpelihara. Kuatkan sistem imun tubuh bagi megelakkan jangkitan penyakit seperti demam, batuk, selsema dan lain-lain. Meal shakes juga sangat membantu tumbesaran kanak-kanak. Berikan yang terbaik untuk si manja anda.
Baca sini untuk lebih info mengenai MEAL SHAKES MULTIVITAMIN YANG PELBAGAI
Hayuslina Yusuf
017-9436210
Shaklee Independent Distributor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan