Selasa, 18 November 2014

TANDA ANAK KEKURANGAN AIR DALAM BADAN

Entry ini khas untuk panduan bayi yang berumur 6 bulan dan keatas. Bayi bawah 6 bulan tidak langsung digalakkan memberi air lain selain susu bagi mengelakkan gangguan organ buah pinggang atau masalah kesihatan yang lain.

Bagaimana nak tahu anak saya minum air secukupnya setiap hari?



Kita boleh lihat dari keadaan kanak-kanak itu dalam beberapa cara.

1) Petanda tiada dehidrasi 
-Sentiasa aktif, keluar air mata semasa menangis, anak minum air seperti biasa dan boleh di lihat melalui kekerapan kencing dan warna air kencing.
-Warna air kencing kuning jernih adalah petanda tubuh badan minum secukupnya air.
- Jika lampin bayi kering selama lebih dari 3 jam, itu menunjukkan dia dehidrasi dan berilah minum air secukupnya. Sembelit juga adalah gejala yang serupa iaitu kekurangan cairan untuk proses pembuangan.

2) Dehidrasi sederhana
-Bibir kering, air kencing bewarna kuning pekat, merengek, tiada atau sedikit air mata ketika menangis dan mata cengkung ke dalam dari biasa.
-Apabila diberikan air, anak minum segera seolah haus yang keterlaluan. Walaupun tidak haus, tapi berilah anak minum air untuk elakkan dehidrasi yang teruk.

3) Dehidrasi melampau
- Tidak kencing langsung dalam tempoh 24jam, Lembik, terbaring sepanjang masa dan tidak bermain, bernafas dengan laju.

Berapakah jumlah air yang diperlukan untuk badan?
Keperluan air untuk tubuh bergantung pada usia,berat badan dan aktiviti seharian seseorang itu.

Untuk kanak-kanak yang berusia 1-3 tahun, memerlukan 1.1 litter (4 gelas) sehari.
Usia 4-6 tahun memerlukan 1.4 litter (6 gelas) sehari.
7-9 tahun memerlukan 1.6 litter (6 gelas) sehari.
Manakala pada usia 10-12 tahun memerlukan 2 litter (8 gelas) sehari.
Atau setiap 25kg berat badan memerlukan 1.5 litter air sehari.

Sudahkah anda kenal pasti setiap anak-anak anda sekarang? Adakah anak-anak anda di titik beratkan tentang pengambilan air yang secukupnya untuk badan? Elakkan dehidrasi jika kekurangan air dalam badan. Otak, sendi, organ dalaman juga menjadi lemah jika sekiranya di abaikan pengambilan air secukupnya untuk tubuh. Bakal megundang juga pelbagai kesan lain seperti kulit kering, bibir kering, kesukaran membuang air besar, mudah penat, tidak aktif, kekejangan otot, pening dan pelbagai masalah lain.

Anda boleh sediakan satu canister PERFORMANCE DRINKS juga di rumah. Elok untuk amalan seisi keluarga.Ia juga amalan saya sekeluarga.


Untuk info lanjut, sebarang pertanyaan atau pembelian produk shaklee, boleh hubungi saya.
Hayuslina Yusuf
017-9436210
Shaklee Independent Distributor
ID 1074075










Tiada ulasan:

Catat Ulasan