Selasa, 9 September 2014

TIPS TINGKATKAN IMUNISASI SI KECIL

Sebagai ibu bapa, pastinya anda mahukan si kecil membesar dengan sihat dan ceria. Oleh itu, salah satu yang perlu anda beri perhatian adalah berkaitan dengan sistem imunisasi atau daya tahan tubuhnya untuk melawan penyakit dan mengelakkan pelbagai jangkitan.

Apa yang boleh kita lakukan untuk membantu tingkatkan daya tahan si kecil? Berikut merupakan tips tingkatkan imunisasi si kecil yang boleh anda jadikan panduan.



  • Pastikan si kecil mendapat rawatan sistem imunisasinya seperti yang telah di jadualkan. Ia penting untuk menjauhkan dari penyakit berbahaya seperti polio, TBC dan lain-lain.

  • Sebolehnya jangan biarkan si kecil di pegang ramai orang terutamanya bagi bayi yang berusia bawah 6 bulan. Ini penting bagi meneglakkan sebarang jangkitan virus dari orang dewasa.

  • Susu ibu adalah yang paling berkesan dalam membantu sistem kekebalan tubuh si kecil melawan penyakit. Oleh itu, susukan si kecil dengan susu anda kerana selain mengandungi antibodi untuk melawan sebarang jangkitan penyakit.

  • Elakkan orang dewasa yang tidak sihat daripada mendukung bayi anda. Ia bolen membuatkan si kecil anda dijangkiti.

  • Pastikan tangan anda atau sesiapa sahaja yang mahu menyentuh si kecil dalam keadaan bersih. Sebaiknya cuci tangan terlebih dahulu.

  • Anda bolen membawa si kecil berjalan-jalan untuk menghilangkan tekanan yang boleh melemahkan sistem imunisasinya. Namun elakkan berjalan di tempat yang terlalu ramai orang.
Sekian tips tingkatkan imunisasi si kecil dari saya. Moga bermanfaat untuk kita warga ibu bapa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan