Kebahagiaan hak milik setiap insan. Senyum dahulu sebelum teruskan pembacaan anda. Sila rasakan kebahagiaan untuk diri sendiri terlebih dahulu :)
Untuk entry kali ini saya nak berkongsi pengalaman berbeza saya ketika tempoh menyusukan 2 puteri hati tercinta.
Kebiasannya sebaik sahaja melahirkan memang banyak pantang makan si ibu menyusu ni. Sayuran sejuk seperti kangkung, labu, petola dan banyak lagi tidak boleh di ambil oleh si ibu bimbang anak akan mengalami kembung perot. Untuk cepat baikkan luka bersalin, si ibu terpaksa pula tahan nafsu untuk makan seefood, telur dan makanan gatal yang lain dikhuatiri akan menyebabkan gatal dan bernanah. Lambat pula baik luka itu nanti. Habis apa sahaja yang ibu boleh makan? Topik ni saya buat lain hari ye. Tunguuuu.. Hihi
Ibu-ibu tolong berpantang betul-betul yer. Untuk pastikan badan pulih seperti sediakala dan tidak mendatangkan apa-apa keburukan atas tindakan kita masa berpantang di usia tua nanti. Ambil la SET PANTANG SHAKLEE untuk lebih sihat dan cergas.
Pengalaman anak sulong saya, perit sikit berbanding anak ke-2. Lepas pantang dan luka dah baik sepenuhnya pun saya masih kena pantang makan seefood , daging dan makanan gatal yang lain. Kalau tersilap makan habis naik lah merah2 satu badan dan muka si anak. Kesian sangat. Menggaru la dia lepas tu. Meleleh-leleh la ayaq liuq bila mak mertua masak ketam lemak. Huhuhu sedih bila ingat semula. Kalau makan kat luar atau pergi kenduri, sedih orang tengok nasi lauk apa je yang saya ambil. Sampai la umur 6 bulan ke atas, bila wisya dah boleh makan makanan lembut baru la sedikit demi sedikit pulih. Jenooohhh nak tunggu 6 bulan. Macam 6 tahun. Lepas 6 bulan tu juga, saya dah bebas nak makan sayuran berangin atau makanan lain. Suka suka :)
Pengalam si Mayra pula paling best. Masa tu saya dah kumpul lebih banyak info jadi seorang ibu. Hihihi. Banyak la saya membaca dan kutip pengalam orang dan kawan-kawan. Saya buat lebih kurang macam ujian jugak la kat si Mayra ni. Kasi test. Hahaha
Habis pantang jer saya cuba-cuba makan udang, daging dan makanan lain. Risau gak kot ada alahan macam kakaknya dulu. Alhamdulillah macam ok. So, bedal semacam jer. Rasa-rasa dah 100% lulus saya cuba-cuba pula makan sayuran sejuk dan berangin. Permulaan cuba sikit-sikit je dulu. Ok jer perot dia. Apa lagi hantam sajalah. Best kan tak payah pantang sesungguhnya untuk dunia penyusuan. Hihihi
Kesimpulannya, setiap budak tak sama. Jika berani, cuba lah seperti apa yang saya lakukan. Kita akan dapat kenal setiap perubahan untuk anak-anak kita. Apa yang dia tahan dan tidak tahan. Apa yang boleh dan tidak boleh anak kita makan. Selamat nikmati dunia penyusuan ibu-ibu baru.
Baca sini untuk:
PENGALAMAN SAYA MENGGUNAKAN SUPPLEMENT SET MENYUSU
Boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau dapatkan produk shaklee.
Hayuslina Ahmad Yusuf
017-9436210
Shaklee Independent Distributor
ID 1074075
Tiada ulasan:
Catat Ulasan