Isnin, 3 November 2014

WISYA DAN BOTOL SUSU

Assalamualaikum. Salam ceria pagi Isnin. Nak senyum jer hari ini. Hihihi. Moga sesiapa sahaja yang membaca entry ini juga rasa bahagia selalu. :)

Nak cerita pasal anak sulong saya si Wisya. Umur wisya baru jer 3 tahun 1 bulan. Tapi mama dia ni rasa anak dia dah besar sangat. Masuk jer 3 tahun ada tanam niat nak berhentikan susu botol. Macam-macam cara nak pujuk dia berhenti susu botol 2 bulan sebelum birthday dia. Sampai terbuat status la kat fb tanya orang ramai  minta pendapat macam mana nak berhentikan susu botol. Hihihi

Sejak akhir-akhir ini selepas habis minum susu jer, dia malas nak letak kat dapur macam kebiasaannya. Sampai adakala nak buat susu kene cari dulu botol susu dia. Tapi kelmarin masa nak minum susu cari botol dia tak jumpa. Puas satu rumah mencarinya. So, mama cakap "kene minum dalam cawan". Mimik muka terpaksa dalam rela la nampak gayanya. 

2 hari wisya tanpa botol susu. Nampak jugak dia mencari botol susunya. Bila mama tanya
"wisya cari apa?"
"botol susu wisya la"
Hihihi comel jer yang keluar dari bibir anak mama yang sorang ni. Tapi mama maintain buat tak tau jer. Siap panaskan hati dia lagi cakap "tu la letak lagi merata-rata. Kan dah hilang" Sedih jer muka wisya. Masam, monyok. Hihihi. Apa-apa pun tetap comel di hati mama.

Maghrib semalam entah macam mana, adik dia pulak jumpa botol susu kakak dia. Adusss misi mama macam nak fail jer. Muahahaha. Tapi otak ni ligat gak dok fikir macam mana la nak pujuk wisya ni. Mama memang nak berhentikan susu botol. Malam tadi kenyang sangat, wisya tido tanpa susu. Lega mama. Hihi. Subuh tadi merengek kat ayah dia minta buatkan susu dalam botol. Siap mention dalam botol yang tak tahan tu. Ishh nak gigit jer rasa bila dengar wisya sebut camtu.

Mama cakap botol tak basuh lagi. Ada ulat, mama takot. Mama pergi dapur bancuh susu + Meal Shakes kegemaran wisya dalam cawan dan pujuk dia suruh minum. Doa sangat mau la wisya ni minum. Jangan la buat hal pagi-pagi (yang sebenarnya mama dia yang suka buat hal kihkihkih). 
Tarik dia dekat, pelok suh minum duduk. Walau dia minta bantal nak menyusu sambil baring macam biasa. Kene sabar la nak tunggu dia minum sampai habis. Kejap-kejap badannya melorot macam nak baring. Pujuk dan pujuk sambil mulut mama bercerita macam-macam tentang kesukaan dia.

Alhamdulillah. Kiranya hari ini adalah hari ke3 wisya tanpa botol susu. Harap-harap mama berjaya kali ini. Wisya umur 2 tahun 6 bulan je dah tak pakai pampers waktu siang. 2 minggu jugak la mama sabar nak ajar. Mama nak ajar wisya supaya lebih cepat jadi orang besar. Kihkihkih. Nasib la anak oiii ko dapat ibu macam mama ni :)

So, kita tengok perkembangan seterusnya. Nanti mama wisya update keh.  

Nak cuba Meal Shakes kegemaran wisya atau sebarang produk shaklee, boleh hubungi mama wisya ni yer. Nutrisi semulajadi untuk tubuh badan manusia. 

Hayuslina Yusuf
017-9436210
Perunding Vitamin Shaklee

Tiada ulasan:

Catat Ulasan