Sabtu, 16 Ogos 2014

PENJAGAAN TALI PUSAT

Semasa dalam kandungan, tali pusat bayi adalah saluran yang terpenting  untuk menyalurkan nutrisi, vitamin dan oksigen kepada bayi. Setelah bayi di lahirkan, tali pusat tidak lagi di perlukan lalu di potong dan lebihannya akan diikat atau dikepit.




Pangkal tali pusat yang masih melekat akan mongering dan biasanya tanggal dengan sendirinya dalam masa satu ke 2 minggu setelah bayi di lahirkan. Bagi ibu yang baru menimang cahayamata, mungkin sedikit gusar apabila mahu mengendalikan tali pusat bayinya kerana takut ia akan menyakiti si kecil. Tak perlu risau kerana ia langsung tidak menyakitkan bayi anda.

Tidak sukar merawat tali pusat. Yang penting anda pastikan bahagian ini sentiasa bersih dan kering. Kajian mendapati tali pusat bayi lebih cepat tanggal apabila di bersihkan dengan air dan sabun bayi berbanding menggunakan ubat-ubatan lain.

Untuk membersihakn pangkal tali pusat, anda harus mengangkat sedikit tali pusat dengan perlahan. Sisa air pada tali pusat boleh dikeringkan dengan kain bersih atau kapas kering. Pastika ia benar-benar kering. Bahagian ini harus di bersihkan sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

Tali pusat tidak boleh di tutup rapat dengan apa pun termasuk lampin kerana boleh membuatkannya menjadi lembap. Ini boleh membuatkan tali pusat lambat tanggal malah boleh meningkatkan risiko jangkitan kuman.

Biarkan tali pusat tanggal dengan sendirinya. Jangan sesekali cuba menariknya kerana mahu menaggalkannya. Jika sudah 4 minggu bayi lahir namun tali pusatnya masih belum juga tanggal, segeralah bawa bayi anda berjumpa doctor. Dikhuatiri berlakunya sebarang jangkitan kuman terutamanya jika sekitar tali pusatnya kemerahan, keluar cecair atau darah dan berbau tanpa sebab yang jelas.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan