Atau anda tidak pasti anda hamil ataupun tidak?
Jika anda mempunyai pusingan haid yang teratur, mungkin lebih mudah mengetahui jika anda hamil. Namun bukan semua wanita begitu. Ramai juga antaranya yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur.
Terdapat juga beberapa tanda lain yang menunjukkan ada janin sedang berkembang dalam rahim anda. Bagaimana? Cuba anda perhatikan tanda-tanda ini:
1) KELELAHAN
- Pernah tak anda tiba-tiba berasa mudah letih dan lelah serta kurang semangat. Kadangkala ,mungkin anda menganggap ia tanda-tanda kedatangan haid, tapi ia juga merupakan salah satu tanda awal kehamilan. ini kerana kadar hormon progesterone yang meningkat di awal kehamilan menyebabkan anda sering berasa mengantuk dan tidak bertenaga seperti kebiasaanya.
2) PAYUDARA BENGKAK
- Payudara anda menjadi tiba-tiba membengkak dan amat sensitif. Mudah terasa sakit apabila disentuh. Ini juga berlaku kerana faktor hormon dan biasanya terjadi setelah haid mulai lambat datang. Gejala ini juga agak serupa dengan gejala yang dialami ketika hampir datang haid.
3) MUAL MUNTAH
- Juga salah satu simptom 'morning sickness'. Gejala ini muncul bila-bila masa. Ada yang mengalami tanda ini lebih cepat dan ada juga yang lambat bergantung pada tubuh badan seseorang. Apabila anda mula mengalami tanda ini sedangkan anda masih belum dating period yang sepatutnya, bolehlah anda buat ujian kehamilan sendiri di rumah (UPT)
4) PENDARAHAN
- Antara 10-13hari setelah benih disenyawakan, mungkin anda perasan ada titisan darah kecil pada seluar dalam. Jumlahnya sedikit dan warnanya juga sedikit pudar berbanding darah haid. Pendarahan kecil ini berlaku kerana proses benih tertanam pada rahim. Jadi, berhati-hati ya. Kerana ini juga salah satu tanda kehamilan.
5) DERIA RASA
- Anda lebih senditif terhadap segala bau di sekeliling anda berbanding sebelum ini. Kadangkala bau tersebut membuat anda berasa loya dan mual. Keadaan ini disebabkan peningkatan hormon dalam tubuh.
6) KERAP BUANG AIR
- Kekerapan membuang air dari kebiasaanya. Ini kerana peningkatan pusingan darah dan cecair dalam tubuh badan selain urterus yang mula membesar untuk kehamilan.
7) SUHU TUBUH
- Selalunya pada awal kehamilan, suhu badan anda akan meningkat daripada biasanya. Anda mungkin mudah berasa panas dan cepat berpeluh. Keadaan ini membuat anda tidak selesa dan selalu ingin berada di bawah kipas atau suasana yang berhawa dingin.
8) TIDAK HAID
- Apabila haid anda tidak lagi kunjung tibamengikut waktu sepatutnya,tibalah masa untuk anda melakukan ujian kehamilan bagi mengesahkan keadaan tersebut.
Adakah anda mengalami salah satu tanda di atas?
Jeng jeng jeng…mungkin anda hamil. Silalah buat kepastian ye.
Mungkin anda yang sedang hamil berminat nak baca kisah saya jatuh cinta saya dengan SET KEHAMILAN atau yang sedang merancang untuk dapatkan cahayamata boleh lah klik sini untuk SET KESUBURAN
Hayuslina Yusuf
Shaklee Independent Distributor
Yus 017-9436210
topladiesmom@blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan