Rasa mual dan muntah sememangnya sinonim dengan masalah hamil. Ia dikaitkan dengan faktor perubahan hormon dalam tubuh untuk proses kehamilan.
Sewaktu hamil, hormon HCG (chorionic gonadotropin) yang berasal dari ari-ari (plasenta) akan meningkat pengeluarannya. Fungsinya untuk menjaga keperluan produksi hormon agar proses kehamilan berjalan lancar.
Namun, ia turut memberi kesan lain iaitu menimbulkan rasa mual dan muntah pada trimester pertama kehamilan. Mual dan muntah ini adalah normal ketika ini. Namun, adakalanya pada sesetengah kes beraku mual muntah yang amat teruk yang disebut sebagai 'hyperemesis gravidarum'.
Antara tanda-tandanya adalah seperti berukut:
* Berat badan turun 3kg atau lebih dalam trimester pertama
* Tidah mampu menelan makanan atau minuman selama 24jam
* Air kencing bewarna kuning gelap
* Tidak kencing hingga selama 8 jam
* Muntah terlalu kerap, setiap jam atau lebih
* Mual yang keterlaluan hingga terus muntah saat masukkan makanan ke dalam mulut
Jika keadaan ini berlaku, anda tidak boleh memandang ringan begitu sahaja dan menganggapnya hanya satu kehamilan biasa. Mual dan muntah yang berterusan dan semakin buruk tidak boleh dibiarkan kerana berisiko menyebabkan KEMATIAN pada ibu dan bayi atau bayi yang di lahirkan kelak akan menghadapi masalah BERAT BADAN TIDAK MENCUKUPI.
Anda perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Kebiasaannya jika keadaan semakin serius dan tubuh mula mengalami dehidrasi (kekuranga cecair), anda akan di tahan di wad bagi mengatasi masalah dehidrasi tersebut.
Selain dari rawatan doktor, panduan berikut juga boleh anda ikuti untuk membantu anda melalui keadaan tersebut.
* Hindari makanan berbau tajam, asap rokok, wangian atau apa sahaja bau di sekeliling anda
* Makan makanan yang mampu ditelan oleh kerongkong
* Elakkan berbaring terus setelah makan
* Duduk tegak dahulu beberapa minit sebelum berbaring.
* Jangan minum banyak air ketika makan. Minumlah setelah makan.
* Banyakkan berehat daripada bergerak.
* Dapatkan bantuan supplement tambahan yang yang membantu mengurangkan rasa mual dan muntah
Hayuslina Yusuf
Shaklee Independent Distributor
Yus 017-9436210
topladiesmom@gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan