Selasa, 19 Ogos 2014

BOIKOT SHAKLEE!!!!

Assalamualaikum warga maya. Sana sini orang persoalkan pasal shaklee. Makin teruk kontroversi melanda. sebenarnya sejak saya tak join shaklee lagi dah macam-macam saya dengar perkara yang nak mejatuhkan seumpama ini. Laahh terjoin jugak saya akhirnya. Ish ish ish..

yang terbaru isu penyumbang ke Zionis pulak. Pengganas yang meragut nyawa ramai penduduk Gaza. Umat ISlam yang tak berdosa. Kekejaman mereka membedil kelompok Gaza dengan amat menyayat hati. Ya Allah dengan duit bonus shaklee, saya tersumbang ke Gaza untuk membantu mereka. Saya juga tersumbang kepada mekeka yang lain yang memerlukan untuk di bantu. Saya belanja family saya sendiri dan mertua. Saya belikan itu ini untuk anak-anak dan suami. Hurmm..

Blog DR NIK dah femes gilerz. Sana sini orang Malaysia share penulisan beliau. Saya pun baca. MasyaAllah. Kenapa la hati saya keras sangat. Jom la kita baca penulisan dari DR USTAZAH NAJIHAH ABDUL MUTALIB pula,




[Bicara hati dr Los Angeles, USA] - maaf agak panjang tulisan ini..
Inilah Mr. Roger Barnett..CEO Shaklee Corp. Lelaki tersohor di Malaysia akhir2 ini, seperti produk2 keluaran Shaklee jgk yg amat popular dan membantu ramai rakyat Malaysia utk hidup lebih sihat dengan izinNya. Pg td Roger mengadakan pertemuan khas dengan delegasi SID dr Malaysia. Untuk pengetahuan kwn2 semua, kami SID dr Malaysia adalah delegasi teramai yang layak untuk sertai global conference kali ini (ini pun x termasuk leaders Shaklee yg memilih trip umrah, kalau x, lg ramai yg dtg). Kami mendapat layanan yg ckp istimewa di sini, tpt duduk vvip di sediakan utk kami dlm dewan. Disebabkan majoriti SID Malaysia yg layak join trip US kali ini adalah Muslim (200 org drpd 295 org adalah Muslim), maka makanan halal disediakan utk kami, tempat solat pun di sediakan di tmpt konferense. Dan saya dpt berita, dinner para Master mlm td disediakan mknn halal bagi meraikan dan menghormati para master dr Malaysia. Mmg saya selaku muslim, terasa sangat dihormati di sini, di negara Amareka dan negara org puteh ini.
Sewaktu naik di pentas, semua org besar Shaklee yg berada atas pentas tidak menghulurkan tangan pun untuk bersalam dgn kami yg muslimah, sebaliknya hanya meletakkan tangan di dada tanda hormat. Saya rs kalau di Malaysia, mgkn sebaliknya akan berlaku. Hari pertama konference, Mr. Roger mulakan ucapannya di hadapan ribuan SID Shaklee seluruh dunia dengan menceritakan kisah kejayaan Jutawan Shaklee Malaysia iaitu Master Norita Idris & Master Cery MamaFaiz..terpampang gambar kedua2nya di dalam arena. Juga terpampang gambar bendera Malaysia di sini. Saya ketika itu terasa dada begitu bergetar, menggeletar juga rs tangan dan kaki..seperti tidak percaya walaupun sebenarnya saya dan kami semua amat bangga sekali. Tepukan gemuruh dr seluruh warga arena, semua mata menghala ke arah deligasi Malaysia apabila Mr. Roger mengumumkan bahawa dalam masa 3 tahun, Master Shariza telah berjaya melahirkan 42 org Master (sedangkan ada diantara SID US, selepas 11 tahun buat bisnes Shaklee br naik rank coordi - tinggi rank saya lg ye..hehe). Dan yg pastinya kesemuanya itu adalah jutawan muslimah. Itu baru di bawah master shariza, belum lg master2 yg lahir di bawah master2 muslim yg lain. Cuba kwn2 nyatakan di sini, ada x mana2 syarikat yg telah berjaya melahirkan jutawan2 muslim dan muslimah dlm tempoh yang singkat begini? Dan dari apa yg saya tahu, para Master Shaklee ini tlh banyak membantu dan memberi sumbangan untuk Islam di Malaysia khasnya. Ada yg setiap bulan menyumbang utk sek tahfiz, membina masjid, rumah2 anak2 yatim dan sbgnya lg. Adakah perkara baik sebegini pun anda semua tidak menyukainya dan ingin memusnahkannya??? Maaf sbb sy tlh hebahkan kebaikan yg tlh mereka ini laksanakan. Tp disebabkan ramai yg menuduh bukan2 kepada para leaders Shaklee, sehingga ada yg mengatakan mereka ini gilakan duit, sayangkan bonus yg berjuta2 sampai x tahu menilai mana halal mana haram. Ada yg menuduh para SID shaklee ni terima bonus haram. Siapa anda utk menghukum sesuatu itu halal atau haram??? Semuanya ini hanyalah berpunca dari sumber2 yg diragui kesahihannya. Kalau nak berbicara soal halal haram ni, kehidupan kita sekarang pun penuh dikelilingi dengan perkara2 syubhah.
Sejujurnya, saya ingin nyatakan di sini..setelah saya sertai Shaklee baru saya tahu bahawa wujudnya MLM di Malaysia (walaupun HQnya berpangkalan di US) yg amat menitikberatkan soal2 halal haram, pergantungan kepada Allah, banyak mendekatkan para SID muslim dengan amaln2 Islam dn paling penting shaklee adalah MLM yg patuh Syariah! Silalah buat kajian jika anda tidak percaya! Sehinggakan Shaklee US pun amat menghormati para SID Muslim dr Malaysia. Ini sudah tentunya merupakan sesuatu yg positif juga utk agama Islam sebanarnya. Dan rata2 SID dr seluruh dunia yang hadir ‪#‎usglobalconference‬ kali ini amat kagum dengan kami semua. Kalau jumpa je, pasti mereka akan tnya, kamu semua dr Malaysia? Kamu semua memang awesome! Mgkn jgk mereka melihat, para master dan leader Shaklee dr Malaysia semunya muda2 belia sedangkan kebanyakan leader mereka yg naik ke pentas semua dah berusia sehinggakan ada yang dah bongkok2!
Berbalik kepada Mr. Roger td, ya..beliau memang seorang Yahudi. Tidak semua bangsa Yahudi jahat. Yahudi dan zionis adalah dua entiti yg berbeza. Sepatutnya, zionislah yg patut kita benci. Dan Aqsa syarif pernah keluarkan kenyataan bhw kita akan boikot mana2 Syarikat yg mempunyai bukti yg kukuh bahawa mereka ini tlh menyumbang kepada zionis Israel termasuklah sekiranya syarikat itu syarikat org Islam sekalipun. Sedangkan Shaklee tlh menafikan bhw syarikat ini ada terlibat. Kepada semua kwn2 yg sedap2 hati ckp dan suka2 je share ttg Shaklee ni haram, berhati2lah dalam menuturkan kata2 anda. Dan jangan pandai2 mengeluarkan kenyataan bahawa UZAR yg ckp haram..UZAR yg suruh boikot padahal UZAR x pernah keluarkan kenyataan itu. Jika anda ingin boikot, terserahlah tp jangan menuduh yg bukan2 sehingga sanggup2 mengeluarkan fatwa bahawa kami semua makan bonus Haram. Pihak syarikat sendiri sudah 3 kali mengeluarkan kenyataan rasmi yang menafikan semua tuduhan itu. Bahkan dlm ucapan pagi td, Mr. Roger sendiri menegaskan di hadapan kami para SID Malaysia bhw Shaklee x pernah terlibat dengan semua ini. Shaklee hanya terlibat utk membantu semua org untuk hidup lebih sihat tidak kira apa bangsa mahupun agama mereka. Dan saya dapat tahu, Shaklee juga tidak akan teragak2 untuk mengambil tindakan undang2 sekiranya masih ada yang menyebarkan berita2 tidak benar tentang syarikat dan memburuk2kan syarikat. Jd kepada semua anak2 shaklee customer dan kawan2 saya di luar sana..saya harap anda semua jelas dgn isu ini. Jika anda masih tidak puas hati, buatlah istikharah mohon petunjuk dari Allah..kerana Dialah sebaik2 Penolong buat kita dan Dialah juga tempat pergantungan kita. Jangan sebab isu ini kita sesama Islam saling bermusuhan. Dan fikir dulu sebelum melakukan sesuatu, jgn main share je apa yg anda tak pasti. Wallahua'lam..
*p/s: gambar Mr. Roger Barnett & anaknya sewaktu sesi perjumpaan khas dgn para SID Malaysia!

                                          
                                ..............................................................................................................................


Owhh patut la hati saya keras nak jugak promote shaklee. Nak juga tolong ramai orang. nak sumbang banyak lagi ke Gaza dan sebagainya. Dan patut la ada jer orang cari saya nak Shaklee. Ada je yang nak daftar jadi downline saya. Alhamdulillah atas fitnah itu. Nak sihat dengan shaklee? Carilah saya ye.





Hayuslina Yusuf
Shaklee Independent Distributor
Yus 017-9436210
www.topladiesmom@gmail.com









Sabtu, 16 Ogos 2014

SET MENYUSU SHAKLEE

Pengalaman menjadi seorang ibu semestinya sangat bahagia. Saya dah 2 kali menjadi ibu. Hihi. Anak 2 orang la katakan. Sungguh indah bukan? Teringat pertama kali menyusukan anak yang sulong, sungguh rasa satu perasaan yang sangat damai. Takjub pada kekuasaan Yang Maha Esa. Tambahan pula memang niat dalam hati nak susukan Darwisya sendiri. Ketar tangan nak susukan anak sendiri sebab tak biasa pegang baby yang baru sahaja lahir. Bestnya kenangan tu. Hihi.

Anak ke dua saya Mayra nak masuk 11 bulan dah. Alhamdulillah masih menyusu susu ibu. tak pernah beli pun susu formula bagi dia minum. Pecah rekod kakak dia Darwisya. Syukur Ya Allah. Kalau dulu saya labur duit beli susu Wisya tapi anak ke 2 ni saya nekad nak susukan sampai umur 2 tahun setengah. Saya ambil supplement untuk bantu tingkatkan susu ibu. Wallaweiii sangat banyak SIDE EFFECT yang saya dapat. Jom saya ceritakan apa kebaikannya. Saya nak kongsi dengan anda semua.



Inilah rahsia susu badan saya banyak sangat dan Mayra nak masuk setahun pun air susu masih basah di baju. Woww kan? Hihi. Inilah SET ASAS MENYUSU. Saya ambil vitamin ni sejak Mayra lahir. Sangat-sangat membantu penghasilan susu you ollss. Kalau saya tak cuba sendiri, mungkin saya juga tak boleh nak kongsikan pengalaman ini. Untuk anda yang ada niat nak susukan baby, ambil la supplement ini. Sangat jimat dan berbaloi-baloi.

Nak tau kenapa saya jatuh cinta dengan 2 supplement ni? Ya Allah sangat la buat saya cergas dan bertenaga. Orang selalu cakap susukan anak, kita penat. Tapi amalan vitamin ni membantu sangat. Beza pengalaman susukan ank pertama dan ke dua saya tau. Sebab diri sendiri yang rasa kan.

Pada masa yang sama pengambilan ESP buatkan kulit muka saya lebih cerah dan macam jelly bila basuh. Lembut jer. Parut stretchmarks pun makin pudar tau. Tumit yang agak sedikit merekah dah tiada lagi. Pulak tu ESP ni boleh campur dengan macam-macam jenis minuman. Boleh bancuh sejuk atau suam. Boleh campur dengan milo / horlicks / yogurt / jus buah / syrap atau apa2 jer asalkan yang bukan berkafen seperti teh, kopi dan seangkatan. Bonusnya boleh buat masker. Haaa makin cun la kan kan kan. Klik sini nak tengok CARA BUAT MASKER

Pengambilan ALFALFA pula bagus untuk pulihkan badan dan urat badan lepas bersalin. Ia juga boleh kecutkan semula rahim kita. Disamping tu boleh rawat masalah wanita seperti keputihan. Saya ni ada resdung. Sejak amalkan alfalfa, dah bebas nak makan laksa yang dah tentu ada belacan, asam pedas, sambal, seefood dan macam-macam. Mujarab kan. Ekxtranya di sini adalah untuk HUBUNGAN INTIM SUAMI ISTERI. Alfalfa ni di gelar raja segala herba. Ala-ala kacip fatimah gitu. Menambat hati suami. Makin hari makin sayang. Tak try tak tau kata orang utara.

So, kesimpulannya inilah SET MILK BOOSTER & ENERGY BOOSTER saya. Gandingan yang sungguh luar biasa untuk dunia penyusuan. Rasa teruja tak nak mencuba? Meh roger saya untuk dapatkan produk hot ni. Saya bimbing anda sampai susu meriah sangat untuk anak anda. Jangan berlengah, rugi tau.




Hayuslina Yusuf
Perunding Vitamin Shaklee
Yus 017-9436210
topladiesmom@gmail.com


PENJAGAAN TALI PUSAT

Semasa dalam kandungan, tali pusat bayi adalah saluran yang terpenting  untuk menyalurkan nutrisi, vitamin dan oksigen kepada bayi. Setelah bayi di lahirkan, tali pusat tidak lagi di perlukan lalu di potong dan lebihannya akan diikat atau dikepit.




Pangkal tali pusat yang masih melekat akan mongering dan biasanya tanggal dengan sendirinya dalam masa satu ke 2 minggu setelah bayi di lahirkan. Bagi ibu yang baru menimang cahayamata, mungkin sedikit gusar apabila mahu mengendalikan tali pusat bayinya kerana takut ia akan menyakiti si kecil. Tak perlu risau kerana ia langsung tidak menyakitkan bayi anda.

Tidak sukar merawat tali pusat. Yang penting anda pastikan bahagian ini sentiasa bersih dan kering. Kajian mendapati tali pusat bayi lebih cepat tanggal apabila di bersihkan dengan air dan sabun bayi berbanding menggunakan ubat-ubatan lain.

Untuk membersihakn pangkal tali pusat, anda harus mengangkat sedikit tali pusat dengan perlahan. Sisa air pada tali pusat boleh dikeringkan dengan kain bersih atau kapas kering. Pastika ia benar-benar kering. Bahagian ini harus di bersihkan sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

Tali pusat tidak boleh di tutup rapat dengan apa pun termasuk lampin kerana boleh membuatkannya menjadi lembap. Ini boleh membuatkan tali pusat lambat tanggal malah boleh meningkatkan risiko jangkitan kuman.

Biarkan tali pusat tanggal dengan sendirinya. Jangan sesekali cuba menariknya kerana mahu menaggalkannya. Jika sudah 4 minggu bayi lahir namun tali pusatnya masih belum juga tanggal, segeralah bawa bayi anda berjumpa doctor. Dikhuatiri berlakunya sebarang jangkitan kuman terutamanya jika sekitar tali pusatnya kemerahan, keluar cecair atau darah dan berbau tanpa sebab yang jelas.





Jumaat, 15 Ogos 2014

PENGALAMAN PENGGUNA SET KESUBURAN SHAKLEE

Saya khaskan untuk anda pembaca entry bertuah ini pengalaman-pengalam pengguna set kesuburan Shaklee yang dah Berjaya hamil. Berkat usaha, doa dan disiplin amlkan vitamin Shaklee. Usaha yang berterusan pasti membuahkan hasil. Dengan izinNya InsyaaAllah.













#Berapa lama masa yang diamalkan sesetengah pasangan untuk hamil, adalah bergantung pada penerimaan badan seseorang yang mengamalkan. Berserahlah sepenuhnya pada Allah. Hanya Dia sebaik-baik perancang. Wallahualam.



Hayuslina Ahmad Yusuf
Shaklee Independent Distributor
Sms / Whatsapp YUS 017-9436210
topladiesmon@gmail.com

SET KESUBURAN SUAMI ISTERI SHAKLEE

“Bila lagi nak ada baby ni?”
“Dah lama korang kawen, merancang nak ada anak ke?”
“Anak aku nak masuk 3 dah. Korang bila lagi?”

Anda antara pasangan yang dah lebih setahun, 2tahun, 3tahun, 5tahun berkahwin tapi masih belum dikurniakan rezeki cahayamata? Selalu di peril atau terasa hati dengan teguran masyarakat seperti ayat di atas? Pernah cuba SET KESUBURAN SHAKLEE??? Saya kongsikan dengan anda apa yang set kesuburan Shaklee boleh bantu anda.
“Dan ingatlah kisah Zakaria, tatkala menyeru TuhanNya :
Dan janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri (tidak mempunyai zuriat keturunan) dan Engkaulah waris yang paling baik, diserahkan segala urusan kepadaMu (surah Al-Anbia ayat 89)

Meskipun kita telah memohon dan berdoa kepada Allah, usaha juga adalah salah satu punca mendapat rezeki. Mungkin ada antara anda yang pernah menggunakan set kehamilan dari brand syarikat lain sebelum ini dan masih tidak di berikan rezeki anak. Jangan mudah beralah dan mengaku kalah, Allah bertindak mengikut sangkaat hambaNya. Yakin dan berdoalah bersungguh-sungguh dengan usaha yang anda suami isteri lakukan.




PERANAN SET KESUBURAN ISTERI
Alfalfa
-Raja segala herba. Bertindak sebagai meningkatkan keintiman para isteri.
-Juga memainkan peranan yang sangat penting untuk merawat masalah wanita seperti keputihan. Keputihan yang serius juga boleh menganggu proses untuk hamil.
-membentuk persekitaran Rahim yang sihat bagi meningkatkan jangkahayat sperma dan sekaligus meningkatkan peluang persenyawaan.

GLA Complex
-Mengembalikan keseimbangan hormon wanita
-Melancarkan period dan membantu tetapkan pusingan kitaran haid.
- Mencegah kanser.
-Membantu menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti.

PERANAN SET KESUBURAN SUAMI

Zinc Complex
-Mengembalikan keseimbangan hormone lelaki.
-Membantu membentuk sel sperma yang sihat dan sempurna
-Meningkatkan kiraan sperma yang di hasilkan.
-Menjaga kesihatan testis lelaki

Vita-E Complex
-Memberikan tenaga kepada sperma untuk lebih aktif ke ovum
-Membantu meningkatkan kualiti  air mani
-Membantu pembentukan hormone testosterone

Usaha mesti seiring dengan doa yang bersungguh-sungguh. Paling penting KONSISTEN amalkan vitamin. Anda nak cuba dengan set kesuburan suami isteri shaklee? Hubungi saya untuk konsultancy percuma dan maklumat lanjut.

Anda mungkin berminat nak baca TESTIMONI PENGGUNA SET SUBUR



Hayuslina Ahmad Yusuf
Shaklee Independent Distributor
Sms / Whatsapp YUS 017-9436210
topladismom@gmail.com

Rabu, 6 Ogos 2014

8 TANDA KEHAMILAN

 Adakah anda hamil?
Atau anda tidak pasti anda hamil ataupun tidak?

Jika anda mempunyai pusingan haid yang teratur, mungkin lebih mudah mengetahui jika anda hamil. Namun bukan semua wanita begitu. Ramai juga antaranya yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur.

Terdapat juga beberapa tanda lain yang menunjukkan ada janin sedang berkembang dalam rahim anda. Bagaimana? Cuba anda perhatikan tanda-tanda ini:




1) KELELAHAN
- Pernah tak anda tiba-tiba berasa mudah letih dan lelah serta kurang semangat. Kadangkala ,mungkin anda menganggap ia tanda-tanda kedatangan haid, tapi ia juga merupakan salah satu tanda awal kehamilan. ini kerana kadar hormon progesterone yang meningkat di awal kehamilan menyebabkan anda sering berasa mengantuk dan tidak bertenaga seperti kebiasaanya.

2) PAYUDARA BENGKAK
- Payudara anda menjadi tiba-tiba membengkak dan amat sensitif. Mudah terasa sakit apabila disentuh. Ini juga berlaku kerana faktor hormon dan biasanya terjadi setelah haid mulai lambat datang. Gejala ini juga agak serupa dengan gejala yang dialami ketika hampir datang haid.

3) MUAL MUNTAH
- Juga salah satu simptom 'morning sickness'. Gejala ini muncul bila-bila masa. Ada yang mengalami tanda ini lebih cepat dan ada juga yang lambat bergantung pada tubuh badan seseorang. Apabila anda mula mengalami tanda ini sedangkan anda masih belum dating period yang sepatutnya, bolehlah anda buat ujian kehamilan sendiri di rumah (UPT)

4) PENDARAHAN
- Antara 10-13hari setelah benih disenyawakan, mungkin anda perasan ada titisan darah kecil pada seluar dalam. Jumlahnya sedikit dan warnanya juga sedikit pudar berbanding darah haid. Pendarahan kecil ini berlaku kerana proses benih tertanam pada rahim. Jadi, berhati-hati ya. Kerana ini juga salah satu tanda kehamilan.

5) DERIA RASA
- Anda lebih senditif terhadap segala bau di sekeliling anda berbanding sebelum ini. Kadangkala bau tersebut membuat anda berasa loya dan mual. Keadaan ini disebabkan peningkatan hormon dalam tubuh.

6) KERAP BUANG AIR
- Kekerapan membuang air dari kebiasaanya. Ini kerana peningkatan pusingan darah dan cecair dalam tubuh badan selain urterus yang mula membesar untuk kehamilan.

7) SUHU TUBUH
- Selalunya pada awal kehamilan, suhu badan anda akan meningkat daripada biasanya. Anda mungkin mudah berasa panas dan cepat berpeluh. Keadaan ini membuat anda tidak selesa dan selalu ingin berada di bawah kipas atau suasana yang berhawa dingin.

8) TIDAK HAID
- Apabila haid anda tidak lagi kunjung tibamengikut waktu sepatutnya,tibalah masa untuk anda melakukan ujian kehamilan bagi mengesahkan keadaan tersebut.

Adakah anda mengalami salah satu tanda di atas?
Jeng jeng jeng…mungkin anda hamil. Silalah buat kepastian ye.


Mungkin anda yang sedang hamil berminat nak baca kisah saya jatuh cinta saya dengan SET KEHAMILAN atau yang sedang merancang untuk dapatkan cahayamata boleh lah klik sini untuk SET KESUBURAN



Hayuslina Yusuf
Shaklee Independent Distributor
Yus 017-9436210
topladiesmom@blogspot.com

Selasa, 5 Ogos 2014

PENGALAMAN PENGGUNA GLA COMPLEX

GLA Complex sangat membantu masalah wanita terutamanya. Pelbagai masalah seperti senggugut, kitaran period yang tidak teratur, masalah berkaitan dengan kesuburan dan pelbagai masalah lain.


Adakah anda seorang wanita yang mengalami masalah sakit semasa period atau digelar ‘symptoms PMS’ ?
Adakah anda seorang wanita yang mengalami ganggu kitaran haid seperti  tempoh period yang terlalu lama, dah berbulan period tidak datang, kitaran haid tidak normal dan masalah berkaitan?
Adakah anda pasangan yang dah bertahun berkahwin dan masih belum mempunyai cahaya mata?

Inilah antara masalah-masalah yang sering dialami oleh kaum hawa. Anda rasa anda normal bila ada tanda-tanda seperti di atas?  Amalkan lah GLA Complex untuk membantu masalah anda. Jom baca pengalaman mereka yang pernah menggunakan GLA Complekx untuk membantu rawat masalah diri sendiri.










Anda mungkin juga berminat untuk mengetahui lebih lanjut MANFAAT SEBENAR GLA COMPLEX



Untuk dapatkan sebarang produk shaklee atau consultancy berkenaan produk, sila dapatkan khidmat runding dari saya.
Hayuslina Yusuf
017-9436210
Shaklee Independent Distributor
topladiesmomi@gmail.com

Ahad, 3 Ogos 2014

BAHAYA MUAL DAN MUNTAH KETIKA HAMIL

Rasa mual dan muntah sememangnya sinonim dengan masalah hamil. Ia dikaitkan dengan faktor perubahan hormon dalam tubuh untuk proses kehamilan.

Sewaktu hamil, hormon HCG (chorionic gonadotropin) yang berasal dari ari-ari (plasenta) akan meningkat pengeluarannya. Fungsinya untuk menjaga  keperluan produksi hormon agar proses kehamilan berjalan lancar.

Namun, ia turut memberi kesan lain iaitu menimbulkan rasa mual dan muntah pada trimester pertama kehamilan. Mual dan muntah ini adalah normal ketika ini. Namun, adakalanya pada sesetengah kes beraku mual muntah yang amat teruk yang disebut sebagai 'hyperemesis gravidarum'.

Antara tanda-tandanya adalah seperti berukut:
* Berat badan turun 3kg atau lebih dalam trimester pertama
* Tidah mampu menelan makanan atau minuman selama 24jam
* Air kencing bewarna kuning gelap
* Tidak kencing hingga selama 8 jam
* Muntah terlalu kerap, setiap jam atau lebih
* Mual yang keterlaluan hingga terus muntah saat masukkan makanan ke dalam mulut

Jika keadaan ini berlaku, anda tidak boleh memandang ringan begitu sahaja dan menganggapnya hanya satu kehamilan biasa. Mual dan muntah yang berterusan dan semakin buruk tidak boleh dibiarkan kerana berisiko menyebabkan KEMATIAN pada ibu dan bayi atau bayi yang di lahirkan kelak akan menghadapi masalah BERAT BADAN TIDAK MENCUKUPI.

Anda perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Kebiasaannya jika keadaan semakin serius dan tubuh mula mengalami dehidrasi (kekuranga cecair), anda akan di tahan di wad bagi mengatasi masalah dehidrasi tersebut.

Selain dari rawatan doktor, panduan berikut juga boleh anda ikuti untuk membantu anda melalui keadaan tersebut.
* Hindari makanan berbau tajam, asap rokok, wangian atau apa sahaja bau di sekeliling anda
* Makan makanan yang mampu ditelan oleh kerongkong
* Elakkan berbaring terus setelah makan
* Duduk tegak dahulu beberapa minit sebelum berbaring.
* Jangan minum banyak air ketika makan. Minumlah setelah makan.
* Banyakkan berehat daripada bergerak.
* Dapatkan bantuan supplement tambahan yang yang membantu mengurangkan rasa mual dan muntah




Hayuslina Yusuf
Shaklee Independent Distributor
Yus 017-9436210
topladiesmom@gmail.com