Khamis, 17 Julai 2014

SERVICE TOP COD SHAKLEE AREA KLANG, SELANGOR

Pinn Pinn Pinn!!
Haaa nak bagitau berita baik untuk anda semua. Untuk anda yang ada berdekatan area Klang, Selangor dah boleh dapatkan supplement shaklee dari saya. Anda boleh datang terus ke rumah saya atau saya sendiri yang buat penghantaran ke depan pintu rumah anda.

Jadi kepada yang sedang mencari pengedar sah supplement Shaklee area Klang atau berdeekatan dengannya, boleh hubungi saya untuk kita "save the date".. hihihi

Saya boleh COD (cash on delevery) sekitar area Meru, Bandar Bukit Raja, Sementa, Sec 7 Shah Alam dan yang berdekatan. Untuk yang nak datang ambil di rumah boleh berhubung dengan saya untuk tau di mana lokasi tempat tinggal saya.

Apa yang bagusnya saya COD atau anda ambil di rumah saya? Sudah tentunya penjimatan dari segi KOS POSTAGE dan MASA untuk dapat produk shaklee.

So, roger-roger la saya ye untuk dapatkan supplement terbaik yang dah lebih 50 tahun membantu ramai orang. Yang terbaik semestinya untuk anda.


Rabu, 16 Julai 2014

KEBAIKAN MINUM AIR PUTIH SECUKUPNYA

Kita selalu dengar saranan pakar kesihatan "minum air putih sekurangnya 8 gelas sehari".
Banyak ke 8 gelas air sehari tu? Ramai yang berkata "makk aiii banyak tu 8 gelas. Tak lalu la"... Banyak kesilapan di sini. Cuba bagi air manis, jus.. Wahhh bukan main laju telan. Siap boleh masuk 2 gelas besar sekali gus. Betul kan??? Hihi.. Adat la yang baik itu memang susah nak ikut. Hihihi..

Saya kongsikan dengan anda apa kebaikan minum air putih secukupnya untuk tubuh badan.




* Amalan meminum air yang cukup dapat menghindarkan penghidratan. 
Kanak-kanak juga perlu minum air secukupnya untuk keperluan badan. Air yang secukupnya  perlu diminum mengikut berapa banyak yang badan perlukan.

* Untuk atasi sembelit.
Jika anda sembelit, usahalah minum air secukupnya di samping jaga pemakanan anda. Jangan minum air ketika hanya rasa dahaga sahaja. Formula ini tidak releven untuk kesihatan hidup anda.

* Buah pinggang perlukan cukup air untuk proses segala apa yang kita makan dan minum dalam sehari. Jangan rosakkan buah pinggang kita sendiri di sebabkan kekurangan kita meminum air putih. Meminum air putih yang mencukupi ikut keperluan badan sangat membantu segala proses harian buah pinggang.

* Di samping itu kesihatan kulit, kuku dan rambut juga turut di tentukan oleh cukupnya air dalam badan. Sebagai contoh: Kadang kita dapat melihat kulit kita kering dan bersisik, itu juga adalah petanda kekurangan air dalam badan.

* Air juga memainkan peranan melaraskan suhu badan dan membawa nutrien dan oksigen ke sel badan. Juga turut melindungi sendi serta mengawal organ dan tisu badan.

Tanpa makanan, manusia dapat bertahan hidup untuk tempoh 8minggu. Tetapi tanpa air manusia akan mati dalam tempoh 3hari sahaja. Begitu pentingnya air dalam badan. Jadi patutkah anda abaikan berapa banyak yang badan anda perlukan bergantung pada berat dan aktiviti seharian anda? Fikir-fikirkan.





Hayuslina Binti Ahmad Yusuf
Shaklee Independent Distributor
Yus 0179436210
topladiesmom@gmail.com


Khamis, 3 Julai 2014

TIPS KURUS SEMASA BERPUASA DENGAN SET KURUS SHAKLEE

Boleh kurus ker time puasa ni???
Harap tak makan waktu siang jer. Nanti dah buka puasa sampai ke sahur macam-macam makan. Bagai tak hengat..

Hihihi ini la antara ayat yang pernah saya dengar. Takut tak boleh kurus sebenarnya ni. Untuk pengetahuan anda semua bulan Ramadhan ni la bulan nyah toksin. Sepatutnya gunakan kesempatan ini dengan sebaiknya sebab di bulan lain susah kita nak kawal nafsu makan. Saya kongsikan dengan anda semua tips dan penyelesaian bagi masalah berkaitan isu kurus di bulan puasa.




Ada beberapa langkah mudah untuk kita ikuti. Cuba tau!

1) SEMASA SAHUR
-Seeloknya bersahur awal sedikit. Jam 5 pagi dah selesai makan apa yang patut + 3biji kurma.
30-45minit berbaki boleh minum air kosong 2-3 gelas dan tidak terdesak untuk minum sekali banyak.

-Untuk lebih memberikan tenaga di siang hari, 15 minit sebelum imsak, boleh shake esp+meal shakes+performance drinks dan minum. Basah tekak akhirnya dengan segelas air suam.

-Menurut pengalaman kebanyakan kawan-kawan dan kenalan yang mengamalkan set Mighty 3 Gems ni, tak perlu sahur nasi atau benda lain pun tidak mengapa. Cuma shakes esp+meal shakes+performance drinks dan makan 3 biji kurma pun dah sangat kenyang dan boleh bertahan di siang hari.

2) DI SIANG HARI BERPUASA
-Lakukan aktiviti harian seperti biasa. Berpuasa bukan alasan untuk anda jadi malas dan nak pendekkan waktu dengan tidur.

-Masa ini la kita nak lebih keberkatan waktu, nikmat berpuasa seperti orang lain, kutip setiap ganjaran yang Allah janjikan untuk hambanya yang mengikut segala yang diperintahkan. Setiap pergerakan badan kita akan membakar kalori. Di sini akan membantu anda juga untuk mengecil lebih mudah.

3) BUKA PUASA
-Ramai yang dah tau apa sayang nak terangkan sampai part berbuka nih.. Hihihi.. Boleh ker nak makan semua benda? Satu hari dah tahan nafsu makan ni. Relax. Kuatkan iman. Hihihi.. Bukan tak boleh makan semua yang anda inginkan, tapi ada cara. Perut juga tidak la terkejut nanti.

-Berbuka la dengan kurma terlebih dahulu diikuti segelas air suam. Ikut sunah nabi. Dahulukan yang sunnah. Kemudian jamah la kuih muih, buah atau apa juga yang tidak terlalu berat.

-Lakukan sembahyang Maghrib sementara perut proses makanan yang sedikit itu tadi. Selepas sembahyang boleh la jamah makanan yang berat pula. TAPIIIII untuk diet yang sihat kawal pengambilan makanan kita. Kurangkan yang lemak + kolestrol. Catu makanan yang kurang baik untuk tubuh badan. Bukan tak boleh makan langsung, tapi biarlah berpada dan jangan sampai tidak merasa :). Kempunan pula nanti.

-Untuk extra tenaga berganda semasa terawikh, anda juga boleh shake sekali lagi esp+meal shakes+performance semasa berbuka. Pasti ibadah terawikh menjadi lebih mudah dan tidak la mengantuk nanti. Minum air masak 2 litter sekurangnya untuk bantu proses buah pinggang lebih lancar berfungsi.

-Sebelum tidur pastikan anda telan omeg @ lecithin sebagai agen pengurai dan pembakar lemak dan kolestrol. Manakala alfalfa @ herb-lax sebagai pembuang segala lemak dan kolestrol yang dipecahkan oleh lecithin @ omega. Pasti kesan yang superb untuk anda yang mahukan perubahan bentuk badan yang lebih cun menawan.

Haaa dah tau kan??? Buat jangan tak buat yer.. So lepas ni boleh la shopping baju raya yang lebih kecil sedikit saiznya dari saiz sebenar kan. Ada 3 minggu lagi nii.. Tak mustahil yer.
Nak dapatkan produk Set Kurus Shaklee boleh hubungi saya. Terdapat juga vitamin lain untuk penyelesaian pelbagai masalah kesihatan. Dapatkan rundingan vitamin dari saya.

Anda juga mungkin berminat nak tau KELEBIHAN SET BERPUASA MIGHTY 3 GEMS atau PENGALAMAN PENGGUNA SET MIGHTY 3 GEMS




Hayuslina Ahmad Yusuf
Perunding Vitamin Shaklee
Yus 017-9436210
topladiesmomi@gmail.com