Beberapa hari sahaja lagi menjelang Ramadhan. Dah bersedia untuk menjalani ibadah puasa? Saya perkenalkan set Mighty 3 Gems Shaklee yang pastinya akan memberi anda pengalaman puasa yang berbeza dari sebelumnya. Badan akan rasa lebih cergas dan lebih sihat ketika berpuasa. Jom berpuasa dengan Shaklee!
Set Berpuasa Shaklee atau Shaklee Mighty 3 Gems mengandungi 3 jenis minuman berkhasiat iaitu ESP, Meal Shakes dan Performance Drinks. Kenapa saya mensyorkan anda berpuasa dengan Shaklee Mighty 3Gems? Apa fungsi minuman-minuman berkhasiat ini?
ESP - Sumber protein tinggi yang akan membuatkan anda rasa lebih kenyang yang lama. Membekalkan tenaga dan menguatkan sisitem imun badan.
Meal Shakes - Sumber multivitamin yang terbaik. Ketika berpuasa, badan kita sebenarnya melalui proses detoksifikasi. Sementara detoksifikasi itu berlaku, Meal Shakes dapat memastikan badan kita mendapat bekalan nutrien baru yang mencukupi.
Performance Drinks - Minuman seperti isotonik tetapi tanpa gas. Ianya bagus dalam mengelakkan dehidrasi kulit sebab ia mengurangkan kehilangan bendalir dan menyokong tahap hidrasi lebih baik berbanding air. Ia akan seimbangkan proses kehilangan air dalam badan, dan justeru badan kekal rasa segar. Dengan itu, anda tidak akan rasa mudah dahaga. Digalakkan juga diambil masa berbuka supaya cepat menyegarkan badan dari keletihan.
Sebenarnya Mighty 3 Gems ini adalah satu set kesihatan yang disarankan kepada golongan-golongan tertentu untuk mengambilnya ketika menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan. Antaranya ialah
~ibu yang menyusu anak
~ibu yang mengandung
~individu yang bekerja berat
~individu yang mudah letih berpuasa
~individu yang mengalami gastric dan sebagainya.
Walaupun ada kelonggaran untuk para ibu yang menyusukan anak dan hamil namun alangkah lebih baik jika kita dapat bersama-sama mengerjakan ibadah berpuasa. Melabur sedikit untuk pastikan kemeriahan susu badan untuk si anak dan pada masa yang sama boleh berpuasa dengan penuh semangat. Saya juga menyusukan anak dan saya tidak rasa faktor berpuasa penyebab susu merudum bila menamalkan set berpuasa ini.
Jika anda biasa mengalami situasi seperti tidak sempat bersahur atau waktu sahur hanya tinggal 5 minit sahaja lagi. Maka anda disarankan mengambil Mighty 3 Gems sebagai ‘back-up’ anda dalam keadaan terdesak kerana ianya mampu membekalkan tenaga dan keperluan nutrien tubuh sepanjang hari di bulan Ramadhan. Hanya perlu letakkan air di dalam shaker, masukkan ESP + performance + meal shakes. Shake hingga sebati dan minum. Mudah bukan?
Jika anda berbuka puasa dengan set Mighty 3 Gems pula, satu kelebihan untuk anda kerana ianya akan memberikan anda tenaga untuk menunaikan ibadah Maghrib, Isyak serta bertarawih dan bertadarrus. Dah bersedia untuk Ramadhan??? Alhamdulillah. Untuk anda yang nak dapatlan set berpuasa ini boleh hubungi saya. Penghantaran boleh di lakukan ke seluruh negeri.
Anda juga mungkin berminat nak baca Pengalaman Pengguna Set Mighty 3 Gems
Hayuslina Yusuf
Shaklee Independent Distributor
sms / whatsaap Yus: 017-9436210
topladiesmom@gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan