Banyak ke 8 gelas air sehari tu? Ramai yang berkata "makk aiii banyak tu 8 gelas. Tak lalu la"... Banyak kesilapan di sini. Cuba bagi air manis, jus.. Wahhh bukan main laju telan. Siap boleh masuk 2 gelas besar sekali gus. Betul kan??? Hihi.. Adat la yang baik itu memang susah nak ikut. Hihihi..
Saya kongsikan dengan anda apa kebaikan minum air putih secukupnya untuk tubuh badan.
* Amalan meminum air yang cukup dapat menghindarkan penghidratan.
Kanak-kanak juga perlu minum air secukupnya untuk keperluan badan. Air yang secukupnya perlu diminum mengikut berapa banyak yang badan perlukan.
* Untuk atasi sembelit.
Jika anda sembelit, usahalah minum air secukupnya di samping jaga pemakanan anda. Jangan minum air ketika hanya rasa dahaga sahaja. Formula ini tidak releven untuk kesihatan hidup anda.
* Buah pinggang perlukan cukup air untuk proses segala apa yang kita makan dan minum dalam sehari. Jangan rosakkan buah pinggang kita sendiri di sebabkan kekurangan kita meminum air putih. Meminum air putih yang mencukupi ikut keperluan badan sangat membantu segala proses harian buah pinggang.
* Di samping itu kesihatan kulit, kuku dan rambut juga turut di tentukan oleh cukupnya air dalam badan. Sebagai contoh: Kadang kita dapat melihat kulit kita kering dan bersisik, itu juga adalah petanda kekurangan air dalam badan.
* Air juga memainkan peranan melaraskan suhu badan dan membawa nutrien dan oksigen ke sel badan. Juga turut melindungi sendi serta mengawal organ dan tisu badan.
Tanpa makanan, manusia dapat bertahan hidup untuk tempoh 8minggu. Tetapi tanpa air manusia akan mati dalam tempoh 3hari sahaja. Begitu pentingnya air dalam badan. Jadi patutkah anda abaikan berapa banyak yang badan anda perlukan bergantung pada berat dan aktiviti seharian anda? Fikir-fikirkan.
Hayuslina Binti Ahmad Yusuf
Shaklee Independent Distributor
Yus 0179436210
topladiesmom@gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan