Ahad, 25 Mei 2014

LEKAPAN PERTAMA MENYUSU

Cara lekapan yang betul untuk menyusukan bayi mungkin tidak menjadi masalah bagi ibu-ibu yang sudah mempunyai pengalaman. Masa pertama kali menyusukan anak pertama saya dahulu pun saya agak kekok bila nak mulakan. Alhamdulillah  semasa mengandung jururawat selalu bagi penerangan dan sangat suka beri tunjuk ajar tentang tips penyusuan. Bila saya praktikkan ia tidak lak sesusah mana. Cuma perlukan teknik yang betul untuk berikan penyusuan kepada anak kita.

Saya curahkan sedikit ilmu buat bakal-bakal ibu di luar sana yang ingin tahu tips memulakan lekapan untuk menyusukan anak. Sebagai permulaan, niatkan dalam hati untuk memberi susu kepada anak sebaik sahaja bayi melihat dunia. Ia sebagai sedikir rangsangan minda bahawa kita bersedia untuk memberikan si manja susu dari badan kita sendiri. Yakin pada diri bahawa kita boleh menyusukan anak kita. Buat persediaan diri. Seterusnya ikuti langkah di bawah apabila bayi telah lahir.




Bagaimana caranya memulakan lekapan pertama menyusu?
Setiap bayi akan menunjukkan beberapa signal ingin menyusu yang tertentu sebagai petanda yang mereka sedia untuk menyusu..antaranya menggeliat menghisap jari dan menangis..

Menangis adalah signal lambat bagi sesetengah bayi apabila bayi menunujukkan tanda-tanda ingin menyusu, ibu perlu buat lekapan dengan cara yang betul. Ini untuk memastikan cara penyusuan betul suapaya anak dapat nikmati susu sepenuhnya tanpa membuatkan si ibu sakit atau puting melecet.

1.     Ibu dan bayi mestilah berada pada posisi yang selesa. Gunakan bantal untuk menyokong bagi dan pastikan ibu boleh bersandar dengan tenang.
2. Peluk dan rapatkan bayi pada ibu (bawa bayi ke payudara, BUKAN payudara ke bayi).
3. Pastikan dagu bayi bersentuhan dengan payudara ibu.
4. Pegang payudara ibu dalam bentuk pegangan C. Dalam jarak 1 inci dari areola (tampuk hitam)
5. Sentuhkan puting ibu ke mulut bayi untuk merangsang susu.
6. Acah-acah sehingga mulut bayi terbuka luas seperti menguap.
7. Masukkan puting ke dalam mulut bayi (pastikan sebahagian besar areola berada dalam mulut bayi)

Bagaimana mengenalpasti jika lekapan ibu adalah betul dan penyususan berjaya dilakukan?
1. Dagu bayi bersentuhan dengan payudara ibu
2. Bibir atas dan bibir bawah bayi terbuka (seperti muncung ikan)
3. Pipi bayi kembung
4. Kedengaran bayi menelan susu dan hisapan bayi yang perlahan (hisap telan,hisap telan)
5. Payudara berasa ringan dan kosong selepas sesi penyusuan



Nampak mudah bukan? AWAS kalau tersalah teknik. Mungkin akan mengakibatkan puting anda melecet. Selamat maju jaya buat ibu-ibu hebat. Sokong penyusuan susu ibu sepenuhnya.


Hayuslina Yusuf
Shaklee Independent Distributor
sms / whatsaap Yus: 017-9436210
topladiesmom@gmail.com

CINCH ENERGY TEA MIX

Mesti ramai yang tak tau pasal Cinch Energy Tea Mix Shaklee ini kan. Ini adalah antara  minuman yang kami sekeluarga gemari. Aroma teh herba yang sangat dahsyat dan keunikan rasanya mampu buat anda rasa sangat hebat. Itu belum saya cerita khasiat yang terkandung dalamnya lagi. Kalau diminum waktu pagi, tika hujan membasah bumi, hirupan secawan teh panas ini pasti butkan saya rasa seolah-olah berada di tengah-tengah ladang teh yang menghijau sambil menikmati keaslian rasanya. Sangat best! Hihi. Jangan percaya ye. Rasa dulu baru tau.



Apa rahsia yang terkandung di sebalik nama Cinch Energy Tea Mix ni? Saya rungkaikan satu per satu kandungan dan manfaatnya. 

Cinch Energy Tea Mix merupakan alternatif kepada minuman bergula. Kebiasaanya Cinch Energy Tea Mix ini termasuk dalam set kurus Shaklee. Ia sangat membantu membekalkan tenaga kepada mereka-mereka yang sedang dalam proses diet yang sihat untuk nak kurus.

Cinch Energy Tea Mix ini berbeza berbanding tea yang berada di pasaran kerana:
- Merupakan penggalak tenaga semulajadi
-Ditambah dengan taurina yang meningkatkan tenaga dan ketahanan badan
- Pilihan alternatif terbaik untuk menggantikan minuman kopi, soda atau manisan untuk mengekalkan kecergasan tubuh
- Tanpa gluten, tiada perasa tiruan, pewarna dan bahan pemanis.

Cinch energy Tea Mix terdiri dari 4 jenis gabungan herba hebat.















1) MATCHA GREEN TEA
- Disediakan secara semulajadi untuk menyimpan semua nutrien dalam daun teh termasuk serat, mineral dan antioksidan.















2) RED TEA EXTRACT
 - Salah satu antioksidan yang dijumpai dalam teh merah.
- Dikenali sebagai polifenol iaitu pejuang kanser yang sangat kuat.
- Polifenol membantu kerosakan badan yang di sebabkan oleh radikal bebas. 
- Ia merupakan antioksidan yang sangat kuat dan dikaji sebagai pencegah kanser serta agen yang boleh menghalang tumor dari terus merebak.















3) WHITE TEA EXTRACT
- Juga dikenali sebagai teh hijau bayi dengan mempunyai antioksidan yang lebih tinggi berbanding teh hijau.













4) ROOIBOS RED TEA EXTRACT
- Tumbuhan unik yang berasal dari Afrika Selatan.
- Kaya dengan sebatian polifenol (antioksidan)

Sedikit penerangan mengenai 'antioksidan'.
Antioksidan merupakan sebutan untuk zat yang berfungsi melindungi tubuh dari serangan radikal bebas. Yang termasuk dalam golongan zat ini antara lain vitamin, polipenol, karotin dan mineral. Secara keseluruhannya, zat ini sangat besar peranannya pada manusia untuk mencegah terjadinya penyakit. Antioksidan melakukan semua itu dengan cara menekan kerosakan sel yang terjadi akibat proses oksidasi radikal bebas.

Bagus kan Cinch Energy Tea Mix ni? Pengambilan berterusan juga sangat membantu untuk:
* Membantu merendahkan tekanan darah tinggi
* Mengurangkan kolestrol
* Melindungi jantung dan peredaran darah seluruhnya
* Antibakteria dan antiviral
* Menggalakkan kulit yang sihat
*Mengurangkan gula dalam darah. Membantu mengurangkan gejala kencing manis
* Baik untuk pencernaan dan boleh mengelakkan cirit birit
* Membantu melawan penyakit seperti athma dengan mengembangkan saluran pernafasan

Cinch energy Tea Mix ini sesuai bidancuh panas atau sejuk. Mudah larut di dalam air sekalipun dibancuh sejuk. Untuk anda yang sudahpun memiliki sekotak Cinch Tea ini, selamat menikmati keaslian rasanya disamping pelbagai manfaat untuk tubuh badan. Pastikan anda mengamalkan gaya hidup sihat. Untuk  yang teringin mendapatkan produk Cinch Energy Tea Mix ini boleh hubungi saya seperti berikut:

Hayuslina Yusuf
Shaklee Independent Distributor
sms / whatsaap Yus: 017-9436210
topladiesmom@gmail.com








Selasa, 20 Mei 2014

OSTEMATRIX PENGGANTI KALSIUM

Ostematrix merupakan supplement pengganti kalsium yang paling terbaik. Kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapan oleh tubuh adalah 99%. Formulanya unik. Dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati. Mengandungi kalsium, megnesium, fosforus dan vitamin D, zinc , kuprum, manganes dan boron. Nutrien-nutrien ini perlu di ambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kajian telah membuktikan supplement kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang untuk yang telah berumur secara berkesan.






100% Pengambilan Harian Supplement Ostermatrix Shaklee Membekalkan:
1) 1000mg unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semulajadi..

2) 400mg megnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.

3) 400IU vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium.

4) Boron membantu dalam metabolisma tulang

5) Manganes, Kuprum dan Zinc berperanan mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang.





Manfaat Ostermatrix Shaklee
Menguatkan Tulang 
- Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi dan sistem saraf.
- Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczima, kekejangan , gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.


Memperbaiki Kekejangan Dan Kebas-Kebas
- Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas , kekejangan, sakit sendir dan arthritis.

Meringankan Stress
- Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, dan tekanan. 
- Ia juga membantu memperbaiki kemurungan, mood yang tidak tetap, sakit kepala dan pitam.

Memperbaiki Masalah Haid
- Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1,000mg kalsium dan megnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.

Pengalkalian Tubuh
- kalsium adalah mineral alkali , dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh.
- Ia juga menghalang obesiti di usia tua.
- Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrient dan merangsang detoksifikasi.

Pilihlah supplement kalsium yang ada vitamin D dan megnesium. Elakkan produk yang di buat dari tulang dan dolomite untuk mengelak keracunan plumbum. Elakkan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral. Terbukti dalam Ostermatrix terkandung kesemua yang baik dan diperlukan untuk pembentukan tulang yang lebih kukuh. Penggunaan yang 100% dijamin selamat.


Perunding Vitamin Anda
Hayuslina Yusuf
sms / whatsaap Yus: 017-9436210
topladiesmom@gmail.com





GLA COMPLEX UNTUK LELAKI DAN WANITA

GLA Complex diekstrak dari borage yang ditaman secara organik di kawasan Saskatchewan. Kebanyakan GLA (gamma-linolenic acid) yang berada di pasaran dihasilkan dari Evening Primrose Oil (EPO). GLA Complex shaklee mengandungi lebih 2kali ganda GLA dalam EPO. Ia juga 3kali lebih mudah diserap oleh tubuh dan 3kali lebih berkesan dari EPO.




Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ia adalah sumber terbaik omega-6. Ianya di gabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. Keberkesanan penyerapan oleh tubuh telah di buktikan secara klinikal di mana ia mampu diserap ke dalam sel dan tisu badan kita.

Ramai orang beranggapan bahawa GLA Complex hanya lah untuk wanita sahaja. Sebenarnya supplement GLA asid linoleik yang sama penting seperti asid amino tidak boleh di hasilkan oleh tubuh badan manusia. Hanya boleh diperolehi dari pemakanan. Gla Complex shaklee juga boleh merawat masalah prostat, kencing manis dan darah tinggi. Ini bermakna GLA Complex shaklee boleh diamalkan oleh wanita atau lelaki.





MANFAAT GLA COMPLEX SHAKLEE
1) Herba Tradisi Yang Dipercayai
- Borage adalah adalah herba kegemaran orang barat
- Ianya merawat ulser , mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebasurat safar dan meningkatkan stamina

2) Mengawal Selia Estrogen Dan Testosteron
- GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal hormon lelaki dan wanita
- Memperbaiki simpom PMS seperti kesakitan, mood swing, resenti air dan sakit payudara ketika haid.

3) Melambatkan Menopous
- Memperbaiki keadaan menopous seperti insomnia (gangguan tidur), ketidakhadaman, tekanan dan hot flashes (gejala rasa panas yang sangat : berpeluh dan degupan jantung yang laju).
- Pengambilan jangka panjang akan melambatkan pnuaan, mengetatkan uterus, memberi tone kepada uterus untuk kulit lebih muda.

4) Membaiki Prostatomegaly
- GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing.

5) Menentang Kanser
- GLA adalah anti-oksidan yang berfungsi meningkatkan sistem imun tubuh , menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.

6) Memperbaiki Inflamasi Kulit
- Ia mengurangkan inflamasi kulit , ekzima, alergy, kegatalan, kulit kering,, memperbaiki bintik penuaan, tinea dan kurap. 
- Ia juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari artritis (radang sendi) atau rheumatisma (penyakit sengal-sengal)

7) Menghalang Komplikasi Diabetes
- Merendahkan paras gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua.
- Meringankan kebas dan kesakitan di sebabkan paras gula dalam darah yang tinggi.

8) Perlangsingan Dan Menghalang Pertambahan Berat Badan
- Merendahkan kolestrol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan , memberi tone kepada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan cantik.
- Ambil semasa perut kosong untuk mengelak keasidan hiper.

9) Menghalang Tekanan Darah Tinggi
- Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah , pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelakkan masalah jantung seperti arteriosklerosis dan myoccardial infarction.

10) Memperbaiki Tekstur Rambut
- Memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur

11) Hiperactif Dan Autisma ( ADD/ADHD ) 
- Dibukti secara klinikal bahawa GLA minyak ikan memperbaiki keadaan kanak-kanak autism, sukar memberi tumpuan untuk belajar dan hiperaktif.

Anda juga mungkin berminat nak baca PENGALAMAN PENGGUNA GLA COMPLEX

Perunding Vitamin Anda
Hayuslina Yusuf
sms / whatsaap Yus: 017-9436210
topladiesmom@gmail.com

Khamis, 15 Mei 2014

SUSU IBU ADALAH FITRAH BAGI SEORANG BAYI

“Baby tak pandai hisap susu”
“Puting susu saya tenggelam. Patut la baby tak dapat hisap”

Susu ibu adalah fitrah bagi seorang bayi. Kita sering dengar ibu-ibu yang mengalami masalah penyusuan. Berkemungkinan juga ini adalah pertama kali ibu menyusukan anak. Tahukah anda perlakuan seperti menghisap susu (sucking motion) telah dilakukan oleh bayi sejak di dalam perut ibu lagi. 





CARA LEKAPAN YANG BETUL
Ramai ibu yang beranggapan “ibu tidak dapat menyusukan bayi dalam keadaan puting yang tenggelam (inverted),kecil atau rata (flat nipple).




Kita umpamakan payudara ibu seperti segelas air, manakala puting susu adalah straw. Walau tanpa straw pun kita masih boleh minum air di dalam gelas tersebut. Maka yakinlah anda ibu-ibu hebat anda juga boleh menyusukan anak  anda. Susu dapat dikeluarkan dengan betul jika hisapan berlaku di tompok hitam (areola) kawasan yang berwarna sedikit gelap di sekeliling puting mengandungi banyak duktus susu. Hisapan yang betul di kawasan arealo akan mengeluarkan susu yang berada dalam payudara ibu. Percaya lah susu ibu adalah fitrah bagi seorang bayi dan anda adalah seorang ibu yang hebat.

Anda mungkin juga boleh menambah ilmu penyusuan dengan klik di sini berhubung isu Lekapan Pertama Menyusu atau Kenapa Susu Ibu Pilihan Terbaik




Hayuslina Yususf
Shaklee Independent Distributor
sms / whatsapp Yus : 0179436210
topladiesmom@gmail.com

KEKURANGAN B COMPLEX

B Complex sering dikaitkan dengan vitamin anti-stress. Peningkatan kualiti nutrisi pemakanan dengan mengamalkan pengambilan B Complex secara tidak langsung akan menaikkan tahap kecergasan dan kestabilan emosi seseorang.

B Complex keluaran Shaklee mempunyai 8 komponen penting vitamin B termasuklah 100% bioton dan asid folic. Para saintis Shaklee telah mencipta asid folic secara semulajadi  di dunia dengan kadar kebolehan penyerapan yang sangat tinggi dan berkualiti. Saya senaraikan apa kepentingan 8 komponen vitamin B yang terdapat dalam B Complex Shaklee.

1) Vitamin B1
- Mengurangkan kelesuan, keresahan, mempertingkatkan kecerdasan mental, melancarkan peredaran darah, meningkatkan stamina badan, menyihatkan sistem pencernaan dan memperbaiki metabolisma.

2) Vitamin B2
- Mengurangkan keletihan mata, katarak, jangkitan lidah, membantu mengaktifkan vitamin B6 dan asid folic.

3) Vitamin B3
- mengurangkan pengaliran kolestrol di dalam darah, memperbaiki kesihatan kulit, rambut, sistem pencernaan dan mengelakkan depresi.

4) Vitamin B5
- Mengurangkan stress fizikal dan mental, membantu mengurangkan penuaan pramatang

5) Vitamin B6
- Penting dalam proses asid amino (kimia protein yang merupakan blok binaan untuk kehidupan), mengawal serotonin di dalam otak (ketidakseimbangan menyebabkan kemurungan), mengurangkan senggugut, menenangkan emosi, mengurangkan kekejangan otot dan sebagainya.

6) Vitamin B12
- Meningkatkan selera makan , memperbaiki tindak balas saraf, mengelakkan anemia, keletihan, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, daya ingatan, tumpuan, dan keupayaan seksual.

7) Biotin
- Membantu B Complex menjadi lebih efektif, mengurangkan rabun, rambut beruban, eczema dan keradangan kulit.

8) Asid Folic
- Membantu untuk kesihatan fetus, kurangkan risiko sakit jangtung dan kanser serviks, anemia, stress, ulser mulut dan sebagainya.




Kekurangan B Complex boleh melemahkan sistem saraf dan menganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia. Slain itu akan mendatangkan juga masalah seperti tekanan, kemurungan dan kehilangan memori. Terdapat juga beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B Complex akan menimbulkan masalah kesihatan seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang kosentrasi dan mudah tersinggung. Terutamanya bagi ibi-ibu hamil atau selepas melahirkan.






Tak sebanyak sedikit anda dah tahu apa kandungan vitamin B Complex dan kesan kekurangannya. Saya ulaskan sedikit lagi manfaat utama B Complex untuk tubuh badan kita. Supaya ianya jelas kenapa kita sangat perlukan bantuan B Compleks untuk kitaran perjalanan harian kita.

MANFAAT UTAMA B COMPLEX
1) Menukar makanan kepada tenaga
- ia membantu penghadaman, menukarkan lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan

2) Melawan tekanan
- memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan. kemurungan dan insomnia

3) membantu tumbesaran 
- menggalakakn tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu dalam pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.

4) Baik untuk mata
- Mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan daya pemerhatian/focus

5) Mencegah anemia
- membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibody, merangsang sirkulasi (hubungan satu ruang dengan ruang yang lain) darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular (kecergasan jantung).
- merawat dan mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut.

6) Meredakan senggugut
- baik untuk masalah PMS, meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman. Terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.

7) Mencegah perlcche
- dikenali juga sebagai kerekahan mulut (mouth chilitis), mencegah jangkitan lidah (glossitis) dan nafas berbau

8) Detoksifikasi
- Meredakan alahan


Oleh yang demikian, sangat lah penting untuk kita mengambil langkah bijak demi kesihatan yang lebih baik. Pemilihan B Complex yang baik juga memainkan peranan yang penting. Produk shaklee adalah 100% semulajadi dan selamat untuk pengguna. Tiada bersifat sintetik seperti lambakan produk lain di pasaran. Pastikan anda dapat yang terbaik.


Hayuslina Yusuf
Shaklee Independent Distributor 
sms / whatasaap Yus: 0179436210
topladiesmom@gmail.com.my








Jumaat, 9 Mei 2014

MEAL SHAKES MULTIVITAMIN YANG PELBAGAI

Meal shakes merupakan multivitamin pelbagai untuk semua peringkat umur. Ia didatangkan khas dalam perasa vanilla berbentuk serbuk. Sangat bagus dan praktikal untuk yang tidak menggemari tablet. Sesuai diamalkan oleh kanak-kanak terutamanya. Meal shakes di ciptakan untuk semua golongan. Boleh untuk kanak-kanak membesar, pelajar, ibu mengandung, para atlet, pengamal sayuran (vegetarian), orang sakit, orang yang sibuk bekerja atau orang yang kerap mengamalkan makanan segera.


Meal shakes merupakan nutrisi engkap yang menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu untuk tubuh badan. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral tubuh badan kita. Ia turut mengandungi lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak. Selain itu ia kaya dengan protin. Boleh diambil oleh golongan yang alah pada laktosa(susu lembu) kerana sememangnya tidak mempunyai laktosa. 

Saluran protin di dalamnya sangat membantu untuk pembinaan sel-sel kulit , kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.  Meal shakes turut mengandungi asid folic, biotin, kaya dengan kalsium dan megnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk membesar. Selain itu, ia kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus. Dalam ertikata lain melancarkan sistem pembuangan. 

Apakah vitamin yang terdapat dalam meal shakes? Meal shakes mengandungi vitamin A, C, E, zinc, selenium yang merupakan agen anti-oksida bertindak melawan serangan jangkitan penyakit dalam tubuh badan. Pengamalan yang berterusan dapat meningkatkan sistem imun dan melambatkan proses penuaan. Kandungan vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat,sekaligus memberikan kompleksi kulit wajah yang lebih cantik. 





Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium ini sangat lazat dan boleh dipelbagaikan bancuhannya. Boleh di campurkan dengan susu / milo / yogurt / ESP dan sebagainya (selain kafein). Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan. Sangat lazat dinikmati seisi keluarga. Selamat dan semulajadi untuk gaya hidup sihat anda.



Perunding Vitamin Anda
Hayuslina Yusuf
Shaklee Independent Distributor
call / whatsaap Yus: 017-9436210
topladiesmom@gmail.com




Khamis, 8 Mei 2014

ZINC DAN ALFALFA VITAMIN CINTA "SWEET & HOTSS"

Untuk pasangan suami isteri pernah cuba set vitamin cinta ni? Gabungan hebat Zinc dan Alfalfa untuk persiapan indah malam-malam anda. Apa fungsi Zinc dan Alfalfa untuk pasangan halal ini? Kenapa pula "Sweet & Hotsss". Jom saya bagi sedikit info untuk pengetahuan anda semua.




Zinc adalah suatu khazanah lelaki. Zinc sangat memainkan peranan penting untuk organ seks lelaki. Zinc di dalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda dari organ lain. Untuk setiap ejekulasi, 5mg zinc dikeluarkan (separuh dari keperluan harian badan). Zinc yang secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga.

Zinc Complex digelar "the ultimate sex mineral" oleh majalah Men's Health. Zinc mempengaruhi tahap kesuburan dan kemampuan kesihatan seksual lelaki untuk jangkamasa yang panjang. Pengambilan zinc yang berterusan mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki dan meningkatkan bilangan sperm yang terhasil. Zinc sangat membantu dalam melindungi kesihatan prostat. Kajian menunjukkan pengambilan harian zinc dapat mengurangkan prostatomomegaly / pembengkakakn prostat dalam kadar 70%. Sel prostat pesakit kanser mengandungi kurang zinc berbanding sel prostat yang sihat. AWAS! Mencegah lebih baik dari merawati.

Bagi yang dah lama berkahwin dan belum dikurniakan cahayamata, pengamalan zinc mampu untuk  maningkatkan jumlah sperm dan lahirkan sperm yang lebih bertenaga. kandungan sperm yang cukup sahaja tidak mamadai untuk persenyawaan. Sperm perlu cukup tenaga untuk disenyawakan oleh ovum. Apabila ini berlaku peratus untuk mendapat cahayamata adalah tinggi jika sekiranya isteri anda sihat dan tidak mempunyai masalah kesihatan.




Alfalfa Complex  pula merupakan raja segala herba. Tumbuhan yang sangat kaya dengan nutrisi. Pelbagai nutrisi dan galian yang mana kebanyakannya tidak terdapat di dalam buah-buahan mahupun sayuran. Ia kaya dengan protin, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. 10 biji alfalfa menyediakan nutrisi yang menyamai segelas susu.

Alfalfa banyak membantu dalam menyelesaikan masalah wanita. Masalah keputihan dan senggugut adalah sinonim untuk wanita. Dengan mengamalkan alfalfa mampu merawat masalah-masalah tersebut. Bau dari faraj akibat keputihan juga dapat di atasi.

Alfalfa juga mampu memelihara aset wanita. Ramai pengamal alfalfa memberi pandangan yang positif bila menggunakannya. Antara kesan yang sering mereka kongsikan adalah "Aset utama wanita menjadi tegang dan seakan membesar." "Sangat terasa perubahan diri yang semakin menawan." "Suami suka dan bertambah sayang." Begitu lah antaranya. Apa yang menjadikan vitamin ini lebih 'Sweet & Hotsss" adalah khasiat yang boleh diberikan untuk tubuh badan pengamalnya. Sentiasa bertenaga dan menjadi ajen perapat umpama kacip fatimah untuk wanita.




Oleh itu masih berlengah lagi ke untuk dapatkan? Jelaslah di sini penggunaan dua vitamin hebat ini mampu memelihara kesihatan dalaman pasangan suami isteri. Nak sentiasa "Sweet & Hotsss" kena la cuba ye. Miliki kehebatanmu dahulu walau sudah bertahun menyulam cinta dalam rumahtangga. Selamat menikmati malam-malam yang indah.


Hayuslina Yusuf
Shaklee Independent Distributor
sms / whatsaap Yus: 017-9436210
topladiesmom@gmail.com.my




Selasa, 6 Mei 2014

PERFORMANCE DRINKS vs 100PLUS ... KENALPASTI KEBURUKAN DAN KEKURANGANNYA

Kerap minum 100plus? Pernah cuba Performance Drinks? Tahukan anda apa persamaan yang ada pada keduanya? Saya bawakan info untuk anda hari  ini Performance Drinks VS 100plus.. Kenalpasti keburukan dan kekurangannya.

Kita sering kaitkan 100plus sebagai minuman penambah tenaga agar lebih cergas untuk tubuh badan yang letih selepas bersukan atau melakukan sebarang aktiviti harian. Apa yang lebih teruk lagi minuman ini sudah terbiasa dijadikan amalan. Apa kandungan yang terdapat dalam 100plus? Pernah anda fikir terlebih dahulu sebelum membeli?



Kalau kita tengok label pada minuman 100plus tersebut, kita dapati kandungan gula dalam 100ml 100plus bersamaan 6.8g gula. Terlalu tinggi bukan? Selain gula terdapat juga benda lain yang ditambah seperti perisa, pengawet dan tambahan garam untuk elektrolit. Walaupun dibenarkan tapi tetap mempunyai keburukan terhadap badan kita.

Performance Drinks? Pastinya anda tertanya-tanya apa itu Performance Drinks? Apa persamaannya dengan 100plus? Kedua-dua minuman ini mempunyai elektrolite. Iaitu berfungsi untuk mengawal keseimbangan air dalam badan. Performance Drinks telah terbukti diuji secara klinikal dapat menyokong tahap hidrasi lebih cepat berbanding air. Oleh yang demikian akan mengurangkan kehausan, mencegah penghidratan air dalam badan dan yang paling penting mengekalkan paras gula dalam darah.



Dengan meminum Performance Drinks ia akan meiningkatkan daya ketahanan badan. Tenaga kepada otot dan sel tubuh dapat disalurkan dengan cepat. Performance Drinks juga dapat menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal. Dengan mengamalkan Performance Drinks dapat meningkatkan daya tahan otot dan memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh.

Performance Drinks tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan. Satu hidangan yang lazat untuk diminum pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Enak diminum begitu sahaja atau dicampur bersama minuman lain. Adakah anda nampak perbezaan antara Performance Drinks dan juga 100plus? Mana lebih baik dan lebih bagus? Berkemungkinankah dengan mengamalkan 100plus pada jangka masa panjang nanti anda boleh terkena penyakit kencing manis? Fikir-fikirkan..

Jadi anda sekalian, pilihlah gaya hidup yang lebih baik. Para atlit antarabangsa dan pengembara terkemuka memilih Performance Drinks sebagai pilihan utama mereka. Minuman ini telah banyak membantu mereka dalam mencipta rekod dunia baik dalam dunia sukan mahupun aktiviti pengembaraan.

Performance Drinks tidak hanya sesuai untuk para atlit, tetapi juga sangat bagus untuk mereka yang berpuasa, sebelum dan selepas pembedahan, tidur lewat malam, keletihan, penyahhidratan otot dan kulit, vagina yang kering, cirit-birit, tiada selera makan, rendah paras gula, kepeningan dan sebagainya.

Kalau anda mengalami haus yang terlampau, bibir mengelupas atau rasa mual itu juga adalah salah satu petanda badan anda sedang mengalami dehidrasi. Jadi eloklah bancuh segelas Performance Drinks untuk kembalikan tahap normal badan anda. Lebih-lebih lagi kita dah semakin hampir bulan Ramadhan. Eloklah buat persediaan awal. Pastikan setin Performance Drinks ada di rumah anda.


Hayuslina Yusuf
Shaklee Independent Distributor
sms / whatsaap Yus: 017-9436210
topladiesmom@gmail.com





Isnin, 5 Mei 2014

SERI PENGANTIN DI HARI BERSEJARAH

Semakin berdebar???Tinggal beberapa hari sahaja lagi bakal melangsungkan perkahwinan? Risau muka tidak berseri di hari bersejarah? Tidak ingin dengar kalau-kalau ada ngomelan dari tetamu seumpama
 "Pucat jer? Tak jaga muka ke? Tak berseri pun!"
Jangan khuatir. Di sini saya akan kongsikan petua serta tips moden dan tradisional yang anda semua boleh amalkan untuk seri pengantin di hari bersejarah. Moga lebih anggun dan penuh rasa bersemangat di hari bahagia anda.


PETUA TRADISIONAL
1) MAKAN KELOPAK MAWAR
Kata orang petua ini sangat bagus. Amalkan 44 hari sebelum menjelang hari bahagia.
Cara penyediaan adalah: ambil segelas air kosong dan baca bismillah + selawat ke atas Nabi. Kemudian anda makan kelopak-kelopak mawar tersebut. Jadikanlah amalan supaya tampak berseri setiap masa.



2) AIR REBUSAN SIREH
Amalkan 30 hari sebelum majlis.
Ambil segenggam dauh sireh dan rebuskan sehingga warna air berubah menjadi kehijau-hijauan. Gunakan air rebusan tersebut untuk mencuci wajah. Biarkan air tersebut seketika di muka, kemudian bilaskan dengan air sejuk.
Kelebihan berbuat seperti ini dikatakan dapat mengelakkan pertumbuhan jerawat atau ruam-ruam kecil di muka,seterusnya menaikkan seri wajah.
Air rebusan sireh ini juga boleh dijadikan sebagai basuhan miss V.Kerana mempunyai antiseptik semulajadi yang sangat baik untuk membunuh bakteria yang tidak bagus.



3) TIMUN SEBAGAI EYEMASK
Timun mempunyai khasiat yang sangat bagus.
Hiriskan timun  (jangan terlalu tebal atau terlalu nipis). Tekapkan di mata selama 30 minit kemudian basuh dengan air suam.
Petua ini membantu hilangkan lembam di bawah mata, membantu atasi mata yang lesu dan letih akibat kurang tidur atau penat. Hirisan timun ini juga berupaya untuk menegangkan otot di bawah mata.




4) LOBAK SEBAGAI MASKER
Lobak sangat kaya dengan vitamin E. Dipercayai dapat membantu untuk hilangkan masalah parut dan melembapkan kulit wajah.
Cara penyediaan: parutkan lobak dan ratakan pada wajah seperti masker. biarkan selama lebih kurang 30 minit kemudian bilas dengan air suam. Pasti wajah anda berseri dan kulit semakin cantik.










Jika terasa diri agak susah nak amalkan petua tradisional,anda boleh cuba petua moden ini pula. Alternatif untuk yang nak mudah pada masa yang sama nak berseri-seri di hari bersejarah. Jom sambung baca.


PETUA MODEN

1) TIDUR SECUKUPNYA
Cuba cukupkan waktu tidur anda. 7-8 jam setiap malam. Bangun awal sebelum subuh untuk mandi supaya badan segar dan penuh bersemangat. Setelah solat subuh amalkan senaman ringan dalam masa 5-10minit sambil menghirup udara pagi. Pasti badan lebih cergas dan minda lebih bersedia setiap hari.



2) MINUM AIR PUTIH 2-3 LITTER SETIAP HARI
Sebaik sahaja bangun dari tidur amalkan meminum segelas air putih. Air liur pada waktu pagi mempunyai fungsi tertentu untuk kesihatan dan awet muda. Meminum air sebelum menggosok gigi selepas bangun dari tidur merupakan penawar semulajadi untuk kesihatan tubuh badan.
Pastikan anda minum air dalam keadaan duduk. Ikutlah sunah Nabi dengan cara melihat terlebih dahulu air di dalam gelas, bacakan bismillah, selawat dan minum dalam keadaan duduk.
Menurut sains, minum secara duduk dapat membantu usus kita bekerja. Ini kerana jika kita minum dalam keadaan berdiri, dipercayai usus kita berada dalam keadaan tersekat atau tersumbat. Hal ini kerana terdapat lubang yang tertutup ketika kita berdiri yang membantutukan urusan usus kita bekerja.



3) RAWATAN DI PUSAT KECANTIKAN
Seminggu sebelum majlis berlangsung, manjakanlah diri anda di pusat rawatan kecantikan. Berbelanjalah lebih sedikit untuk tampak anggun dan lebih menawan di hari bersejarah anda. Lakukan rawatan muka, badan dan rambut agar keseluruhannya sihat dan cantik.





4) AMBIL SUPPLEMENTS UNTUK TENAGA DAN KECANTIKAN
Pengambilan supplements atau makanan tambahan amat di galakkan. Membantu anda mendapatkan tenaga yang diperlukan. Semakin dekat hari bahgia anda, pastinya semakin sibuk anda membuat persediaan perkahwinan dan memerlukan tenaga tambahan pada kadar segera. Dengan pengambilan supplements shaklee contohnya anda akan kekal bertenaga dan pastinya akan turut menyumbang menyerikan lagi wajah jelita anda.







Moga boleh di jadikan amalan dan panduan buat anda semua.. Opsss ni semua bukan hanya untuk raja sehari. Yang dah berumah tangga pun boleh amal kan. Pasti si suami bertambah sayang.
Semoga anda yang bakal bergelar raja sehari tampil menawan dan mempersona di hari bersejarah anda. selamat mencuba.




Untuk anda yang nak dapatkan rundingan produk shaklee boleh hubungi saya
Hayuslina Yusuf
Shaklee Indipendent Distributor
topladiesmom@gmail.com
sms / whatsaap Yus: 017-9436210










SUSU IBU PILIHAN TERBAIK


Benarkah susu ibu pilihan terbaik???Pernah ibu-ibu tau apa yang ada dalam kandungan susu ibu???Kenapa susu ibu sangat penting untuk seorang bayi???Jom saya bawakan anda info tentang penyusuan susu ibu dan secara tak langsung anda akan tau kenapa susu ibu pilihan terbaik.

Semua ibu digalakkan menyusukan anak sendiri dengan susu ibu sebaik sahaja dilahirkan sehinggalah berumur 6 bulan. Seterusnya diteruskan sehingga mencecah umur 2 tahun 6 bulan. Berikut merupakan rutin untuk bayi yang berumur 1 hari sehingga berusia 6 bulan
  • Diberi susu ibu sahaja
  • Tidak perlu air atau susu tambahan - kandungan susu ibu terdiri dari 88% air
  • Tidak perlu makanan pelengkap
Sebaik sahaja berusia 6 bulan
  • Bayi anda perlu di beri makanan pelengkap dan pada masa yang sama masih meneruskan susu ibu
  • Susu ibu penting kerana pada peringkat ini  ia membekalkan 1/3 hingga 1/2 daripada keperluan kalori  bayi anda yang berusia bawah 12bulan
  • Pemberian susu ibu perlu diteruskan sehingga bayi anda berusian 2 tahun 6 bulan


APAKAH YANG TERKANDUNG DALAM SUSU IBU?
Di dalam susu ibu terdapat bahan pencegah penyakit atau dipanggil 'antibody'. Antibody hanya terdapat di dalam susu ibu dan tiada dalam susu formula keluaran syarikat tenusu. Ia sangat penting untuk mencegah pelbagai serangan jangkitan penyakit seperti demam, selsema, batuk dan sebagainya. Susu ibu juga mengandungi semua zat yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi. Ia mudah di hadam dan sentiasa sedia pada suhu yang sesuai. Bayi dapat di susukan pada bila-bila masa sahaja. Susu ibu juga dipercayai dapat mengurangkan risiko cirit birit, pneumonia dan jangkitan teling.

APAKAH KEPENTINGAN MEMULAKAN PENYUSUAN AWAL?
Pada hari pertama sehingga hari ke-3 susu ibu akan mengeluarkan kolostrum. Ia berkeadaan pekat, melekit dan bewarna kekuningan. pemberian kolostrum membantu mengelakkan bayi dari terkena serangan jangkitan. Didalam kolostrum  ini lah mengandungi antibodi dan mempunyai faktor pertumbuhan (membantu matangkan usus dan mencegah alahan). Kolostrum juga merupakan sejenis laksatif yang akan mengeluarkan meconium(najis pertama bayi setelah 9 bulan di dalam kandungan) dan mencegah jaundis.



Rajah di atas menunjukkan perbandingan yang terdapat di dalam susu ibu dan juga susu formula. Jadi jelas lah di sini mengapa susu ibu adalah pilihan terbaik. Zat yang sangat lengkap untuk sajian setiap bayi. Ibu-ibu tidak lagi perlu mencari susu brand apa yang paling bagus untuk si manja. Sambut saranan kerajaan memberi susu ibu kepada anak kerana susu ibu pilihan terbaik.


Hayuslina Yusuf
Shaklee Independent Distributor 
topladiesmom@gmail.com
sms / whatsaap Yus:017-9436210