B Complex sering dikaitkan dengan vitamin anti-stress. Peningkatan kualiti nutrisi pemakanan dengan mengamalkan pengambilan B Complex secara tidak langsung akan menaikkan tahap kecergasan dan kestabilan emosi seseorang.
B Complex keluaran Shaklee mempunyai 8 komponen penting vitamin B termasuklah 100% bioton dan asid folic. Para saintis Shaklee telah mencipta asid folic secara semulajadi di dunia dengan kadar kebolehan penyerapan yang sangat tinggi dan berkualiti. Saya senaraikan apa kepentingan 8 komponen vitamin B yang terdapat dalam B Complex Shaklee.
1) Vitamin B1
- Mengurangkan kelesuan, keresahan, mempertingkatkan kecerdasan mental, melancarkan peredaran darah, meningkatkan stamina badan, menyihatkan sistem pencernaan dan memperbaiki metabolisma.
2) Vitamin B2
- Mengurangkan keletihan mata, katarak, jangkitan lidah, membantu mengaktifkan vitamin B6 dan asid folic.
3) Vitamin B3
- mengurangkan pengaliran kolestrol di dalam darah, memperbaiki kesihatan kulit, rambut, sistem pencernaan dan mengelakkan depresi.
4) Vitamin B5
- Mengurangkan stress fizikal dan mental, membantu mengurangkan penuaan pramatang
5) Vitamin B6
- Penting dalam proses asid amino (kimia protein yang merupakan blok binaan untuk kehidupan), mengawal serotonin di dalam otak (ketidakseimbangan menyebabkan kemurungan), mengurangkan senggugut, menenangkan emosi, mengurangkan kekejangan otot dan sebagainya.
6) Vitamin B12
- Meningkatkan selera makan , memperbaiki tindak balas saraf, mengelakkan anemia, keletihan, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, daya ingatan, tumpuan, dan keupayaan seksual.
7) Biotin
- Membantu B Complex menjadi lebih efektif, mengurangkan rabun, rambut beruban, eczema dan keradangan kulit.
8) Asid Folic
- Membantu untuk kesihatan fetus, kurangkan risiko sakit jangtung dan kanser serviks, anemia, stress, ulser mulut dan sebagainya.
Kekurangan B Complex boleh melemahkan sistem saraf dan menganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia. Slain itu akan mendatangkan juga masalah seperti tekanan, kemurungan dan kehilangan memori. Terdapat juga beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B Complex akan menimbulkan masalah kesihatan seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang kosentrasi dan mudah tersinggung. Terutamanya bagi ibi-ibu hamil atau selepas melahirkan.
Tak sebanyak sedikit anda dah tahu apa kandungan vitamin B Complex dan kesan kekurangannya. Saya ulaskan sedikit lagi manfaat utama B Complex untuk tubuh badan kita. Supaya ianya jelas kenapa kita sangat perlukan bantuan B Compleks untuk kitaran perjalanan harian kita.
MANFAAT UTAMA B COMPLEX
1) Menukar makanan kepada tenaga
- ia membantu penghadaman, menukarkan lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan
2) Melawan tekanan
- memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan. kemurungan dan insomnia
3) membantu tumbesaran
- menggalakakn tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu dalam pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.
4) Baik untuk mata
- Mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan daya pemerhatian/focus
5) Mencegah anemia
- membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibody, merangsang sirkulasi (hubungan satu ruang dengan ruang yang lain) darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular (kecergasan jantung).
- merawat dan mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut.
6) Meredakan senggugut
- baik untuk masalah PMS, meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman. Terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.
7) Mencegah perlcche
- dikenali juga sebagai kerekahan mulut (mouth chilitis), mencegah jangkitan lidah (glossitis) dan nafas berbau
8) Detoksifikasi
- Meredakan alahan
Oleh yang demikian, sangat lah penting untuk kita mengambil langkah bijak demi kesihatan yang lebih baik. Pemilihan B Complex yang baik juga memainkan peranan yang penting. Produk shaklee adalah 100% semulajadi dan selamat untuk pengguna. Tiada bersifat sintetik seperti lambakan produk lain di pasaran. Pastikan anda dapat yang terbaik.
Hayuslina Yusuf
Shaklee Independent Distributor
sms / whatasaap Yus: 0179436210
topladiesmom@gmail.com.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan