Saya curahkan sedikit ilmu buat bakal-bakal ibu di luar sana yang ingin tahu tips memulakan lekapan untuk menyusukan anak. Sebagai permulaan, niatkan dalam hati untuk memberi susu kepada anak sebaik sahaja bayi melihat dunia. Ia sebagai sedikir rangsangan minda bahawa kita bersedia untuk memberikan si manja susu dari badan kita sendiri. Yakin pada diri bahawa kita boleh menyusukan anak kita. Buat persediaan diri. Seterusnya ikuti langkah di bawah apabila bayi telah lahir.
Bagaimana caranya memulakan lekapan pertama menyusu?
Setiap bayi akan menunjukkan beberapa signal ingin menyusu yang tertentu sebagai petanda yang mereka sedia untuk menyusu..antaranya menggeliat menghisap jari dan menangis..
Menangis adalah signal lambat bagi sesetengah bayi apabila bayi menunujukkan tanda-tanda ingin menyusu, ibu perlu buat lekapan dengan cara yang betul. Ini untuk memastikan cara penyusuan betul suapaya anak dapat nikmati susu sepenuhnya tanpa membuatkan si ibu sakit atau puting melecet.
1. Ibu dan bayi mestilah berada pada posisi yang selesa. Gunakan bantal untuk menyokong bagi dan pastikan ibu boleh bersandar dengan tenang.
2. Peluk dan rapatkan bayi pada ibu (bawa bayi ke payudara, BUKAN payudara ke bayi).
3. Pastikan dagu bayi bersentuhan dengan payudara ibu.
4. Pegang payudara ibu dalam bentuk pegangan C. Dalam jarak 1 inci dari areola (tampuk hitam)
5. Sentuhkan puting ibu ke mulut bayi untuk merangsang susu.
6. Acah-acah sehingga mulut bayi terbuka luas seperti menguap.
7. Masukkan puting ke dalam mulut bayi (pastikan sebahagian besar areola berada dalam mulut bayi)
Bagaimana mengenalpasti jika lekapan ibu adalah betul dan penyususan berjaya dilakukan?
1. Dagu bayi bersentuhan dengan payudara ibu
2. Bibir atas dan bibir bawah bayi terbuka (seperti muncung ikan)
3. Pipi bayi kembung
4. Kedengaran bayi menelan susu dan hisapan bayi yang perlahan (hisap telan,hisap telan)
5. Payudara berasa ringan dan kosong selepas sesi penyusuan
Nampak mudah bukan? AWAS kalau tersalah teknik. Mungkin akan mengakibatkan puting anda melecet. Selamat maju jaya buat ibu-ibu hebat. Sokong penyusuan susu ibu sepenuhnya.
Hayuslina Yusuf
Shaklee Independent Distributor
sms / whatsaap Yus: 017-9436210
topladiesmom@gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan