Isnin, 5 Mei 2014

SUSU IBU PILIHAN TERBAIK


Benarkah susu ibu pilihan terbaik???Pernah ibu-ibu tau apa yang ada dalam kandungan susu ibu???Kenapa susu ibu sangat penting untuk seorang bayi???Jom saya bawakan anda info tentang penyusuan susu ibu dan secara tak langsung anda akan tau kenapa susu ibu pilihan terbaik.

Semua ibu digalakkan menyusukan anak sendiri dengan susu ibu sebaik sahaja dilahirkan sehinggalah berumur 6 bulan. Seterusnya diteruskan sehingga mencecah umur 2 tahun 6 bulan. Berikut merupakan rutin untuk bayi yang berumur 1 hari sehingga berusia 6 bulan
  • Diberi susu ibu sahaja
  • Tidak perlu air atau susu tambahan - kandungan susu ibu terdiri dari 88% air
  • Tidak perlu makanan pelengkap
Sebaik sahaja berusia 6 bulan
  • Bayi anda perlu di beri makanan pelengkap dan pada masa yang sama masih meneruskan susu ibu
  • Susu ibu penting kerana pada peringkat ini  ia membekalkan 1/3 hingga 1/2 daripada keperluan kalori  bayi anda yang berusia bawah 12bulan
  • Pemberian susu ibu perlu diteruskan sehingga bayi anda berusian 2 tahun 6 bulan


APAKAH YANG TERKANDUNG DALAM SUSU IBU?
Di dalam susu ibu terdapat bahan pencegah penyakit atau dipanggil 'antibody'. Antibody hanya terdapat di dalam susu ibu dan tiada dalam susu formula keluaran syarikat tenusu. Ia sangat penting untuk mencegah pelbagai serangan jangkitan penyakit seperti demam, selsema, batuk dan sebagainya. Susu ibu juga mengandungi semua zat yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi. Ia mudah di hadam dan sentiasa sedia pada suhu yang sesuai. Bayi dapat di susukan pada bila-bila masa sahaja. Susu ibu juga dipercayai dapat mengurangkan risiko cirit birit, pneumonia dan jangkitan teling.

APAKAH KEPENTINGAN MEMULAKAN PENYUSUAN AWAL?
Pada hari pertama sehingga hari ke-3 susu ibu akan mengeluarkan kolostrum. Ia berkeadaan pekat, melekit dan bewarna kekuningan. pemberian kolostrum membantu mengelakkan bayi dari terkena serangan jangkitan. Didalam kolostrum  ini lah mengandungi antibodi dan mempunyai faktor pertumbuhan (membantu matangkan usus dan mencegah alahan). Kolostrum juga merupakan sejenis laksatif yang akan mengeluarkan meconium(najis pertama bayi setelah 9 bulan di dalam kandungan) dan mencegah jaundis.



Rajah di atas menunjukkan perbandingan yang terdapat di dalam susu ibu dan juga susu formula. Jadi jelas lah di sini mengapa susu ibu adalah pilihan terbaik. Zat yang sangat lengkap untuk sajian setiap bayi. Ibu-ibu tidak lagi perlu mencari susu brand apa yang paling bagus untuk si manja. Sambut saranan kerajaan memberi susu ibu kepada anak kerana susu ibu pilihan terbaik.


Hayuslina Yusuf
Shaklee Independent Distributor 
topladiesmom@gmail.com
sms / whatsaap Yus:017-9436210














1 ulasan: