Sabtu, 20 September 2014

HEALING CRISIS SELEPAS AMBIL SUPPLEMENT SHAKLEE

Anda rasa semakin teruk setelah mengambil produk Shaklee kami? Di entry kali ini saya bawakan persoalan dan jawapan untuk masalah yang anda hadapi.

Q: Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan?

A:Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.


Q:Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan?

A:Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.

Q:Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik?

A:Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.

Q:Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan sintom yang sama semasa krisis penyembuhan?

A:Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.

Q:Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?

A:Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.


Q:Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?

A: Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:

Tidak mengamalkannya setiap hari
Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
Mengalami masalah emosi

Tanda-tanda & Penyebab Krisis Pemulihan
Memahami Krisis Penyembuhan dan Petanda serta Simptom:

Krisis Penyembuhan Penerangan / Penyebab

-Sakit kepala yang melampau Tekanan darah tinggi petanda menyahtoksin

-Demam, tidak cukup rehat Meningkatkan metabolisma,
merangsang fungsi
imunisasi badan

-Cirit-birit, meningkatkan pergerakan usus, najis berbau, air kencing berbau menghimpunkan bahan
buangan dan sisa-sisa dalam usus besar petanda menyah toksin

-Kembung perut  petanda sistem penghadaman yang lemah

-Ruam, kulit gatal, kelemumur, keluar lendir Fungsi hati yang lemah, usus besar
yang tidak sihat dan sistem pembersihan

-Penghasilan lendir seperti selsema, Fungsi paru-paru yang lemah, keluar
kahak kahak juga adalah petanda bagi
menyahtoksin

-Pendarahan Hidung Mungkin petanda bagi kekurangan
darah

-Rasa sakit pada otot dan sendi Badan berasid, toksin terkumpul
dibahagian yang sakit

-Peningkatan rasa sakit di sebahagian Mempercepatkan krisis penyembuhan
badan yang bermasalah

-Tidur yang bermasalah atau terlalu aktif Sistem saraf yang lemah

-Kitaran haid yang tidak menentu, Hormon yang tidak seimbang /
perubahan waktu kitaran haid, kegatalan penyakit buasir
pada alat sulit, ayang
banyak

-Lapar, Pening Tekanan darah rendah, anaemia

-Loya, sembelit, tersedu Sistem hadaman yang lemah, masalah
hati

-Edema (membengkak) Masalah buah pinggang

Rujukan: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia Unversity

Moga info ini menjawab permasalahan yang anda hadapi. Ikutlah cara makan vitamin yang di cadangkan + minum air 2-3 litter sehari + tips dari SID anda.





Hayuslina Yusuf
017-9436210
Shaklee Independent Distributor

TIPS ATASI ANAK SEMBELIT ATAU CIRIT BIRIT

Mungkin anda salah seorang dari ibu bapa yang prihatin tentang keadaan anak anda. Kerapkah terjadi sembelit atau cirit birit? Jom saya kongsikan dengan anda beberapa tips atasi anak sembelit atau cirit birit.

TIPS ATASI ANAK SEMBELIT
 1. Ketika anak sembelit, sebaiknya jauhkan makanan2 ni iaitu BRAT  (banana, rice, apple sauce & toast)
-Kenapa pisang tak boleh? Untuk orang dewasa, ya memang ia membantu sangat. Tetapi bagi kanak-kanak ia tidak sesuai kerana pisang boleh mengeraskan lagi najis.
-Beras (nasi/bubur) juga tak sesuai ketika sembelit. Gantikan dengan sumber karbohidrat yang lain, contohnya spagetti, pasta, oat dan lain-lain.
-Sos epal atau unsur epal  juga tak sesuai diberi ketika kanak-kanak sembelit
-Toast atau roti bakar
Makanan-makanan di atas boleh menjadikan sembelit semakin teruk.

2. Beri anak makan buah-buahan yang bermula dengan huruf P (in english), contohnya ; papaya, plum, prun, pear, pineapple, peach dan lain-lain.

3. Amalkan beri anak minum air masak setiap hari mengikut keperluan oleh badan.

4. Untuk sukatan susu, kalau sembelit, pekatkan susu anak. Tidak sama seperti orang dewasa.

5. Sapukan juga baby oil pada sekeliling lubang dubur anak supaya senang untuk dia membuang dan kurangkan kecederaan di sebabkan najis yang keras.

Pengalaman saya sendiri, saya cuba praktikkan pada anak sulong saya. Alhamdulillah berkat ikut tips ini, anak saya dah kurang sembelit. Saya usaha juga untuk amalkan Meal Shakes Shaklee. Sekarang tidak perlu sekat apa yang dia nak makan. Saya cuma bancuh meal shakes satu sudu setiap pagi di campur dengan susu. Senang sangat membuang kini.




TIPS ATASI ANAK CIRIT BIRIT
1. Kalau cirit birit, elakkan makan buah-buahan P yang saya sebutkan tadi

2. Beri anak BRAT (banana, rice, apple & toast)

3. Amalkan beri anak minum air masak setiap hari mengikut keperluan tubuh badannya.

4. Untuk sukatan susu, cairkan susu anak


TIPS UNTUK MUDAH INGAT ;
Sembelit - ambil P fruit, pekat susu
CiritBirit - ambil BRAT, cair susu

Jadi, ibu bapa hebat di luar sana dah dapat tips nak atasi anak yang sembelit atau cirit birit kan? Manfaatkan lah ilmu ini ye. Moga dapat membantu tika terjadi hal sebegini kepada anak anda. Nak cuba Meal Shakes Shaklee, boleh la hubung saya. Jika amalkan, In Syaa Allah kesihatan anak juga terpelihara. Kuatkan sistem imun tubuh bagi megelakkan jangkitan penyakit seperti demam, batuk, selsema dan lain-lain. Meal shakes juga sangat membantu tumbesaran kanak-kanak. Berikan yang terbaik untuk si manja anda.

Baca sini untuk lebih info mengenai MEAL SHAKES MULTIVITAMIN YANG PELBAGAI


Hayuslina Yusuf
017-9436210
Shaklee Independent Distributor

Ahad, 14 September 2014

TANGANI BENGKAK KAKI SEMASA HAMIL

Anda ibu hamil yang kerap mengalami masalah bengkak kaki atau sejak awal kehamilan kaki memang bengkak? Jom baca tips tangani bengkak kaki semasa hamil.

kaki bengkak memang masalah biasa bagi wanita hamil. kaki mudah bengkak kerana harus menanggung beban tubuh yang bertambah kerana faktor kehamilan. Berikut antara tips yang boleh anda jadikan panduan untuk mengatasi masalah ini.





  • Manjakan kaki anda - Siram kaki dengan air sejuk perlahan-lahan bermula dari tapak kaki kemudian ke lutut dan peha. Ulangi beberapa minit sambil menggerak-gerakkan jari kaki anda. Boleh juga amalkan merendam kaki anda di dalam air suam yang di campur sedikit garam atau limau nipis.
  • Mengurut lembut kaki - Rajinkanlah diri si suami untuk mengurut lembut tapak kaki anda setiap pagi atau malam sebelum tidur. Cara ini membantu kaki daripada bengkak sekaligus dapat menjaga kesihatan kaki sepanjang kehamilan.
  • Dapatkan pemeriksaan doktor - Berjumpalah dengan doktor jika masalah bengkak kaki yang anada alami agak berlainan di samping peningkatan berat tubuh yang keterlaluan iaitu lebih dari 1kg setiap minggu. Anda harus berhati-hati dengan keadaan ini kerana di khuatiri ia di sebabkan gejala lain yang mungkin membahayakan anda dan kandungan.
  • Letakkan kaki di atas bantal - Tinggikan laras kaki anda semasa sedang berehat atau tidur dengan meletakkan bantal di bawah kaki. Tidur dengan pelbagai posisi . Elakkan kaki daripada berada dalam posisi yang sama untuk jangka waktu yang lama bagi mengurangkan tekanan pada pembuluh darah.
  • Jangan berdiri atau duduk dalam posisi yang sama terlalu lama - Banyakkan  bergerak supaya pengaliran darah tidak terganggu. Amalan senaman secara teratur juga sangat membantu.
  • Gunakan kasut bertumit rendah - Faktor pemakaian kasut juga sangat penting. Gunakan kasut bertumit rendah bagi membantu keseimbangan tubuh dan kaki.
  • Banyakkan berehat - Jika anda terlalu sibuk dengan kerja, seringlah berhenti berehat setiap 10 minit sekali. Ia penting untuk tubuh dan melancarkan sistem perjalanan darah.
  • Kurangkan pengambilan garam - Pengambilan garam yang berlebihan di dalam makanan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan lebih mudah membuat kaki menjadi bengkak.

Moga tips tangani masalah bengkak kaki semasa hamil ini bermanfaat dan dapat membantu anda.



Hayuslina Ahmad Yusuf
017-9436210
Shaklee Independent Distributor

ISTIMEWANYA MEAL SHAKES BERPERISA VANILLA.

Untuk yang dah tahu, Meal Shakes ni adalah multivitamin yang sesuai untuk kanak-kanak 1 tahun ke atas dan sesuai juga di munum oleh orang dewasa. Boleh klik sini untuk tahu lebih mengenai  Manfaat Meal Shakes.

Apa istimewanya Meal Shakes berperisa Vanilla ni?
Perasa vanilla boleh di campur dengan minuman lain. Akan terhasil keunikan rasanya. Untuk pengalaman saya sendiri, saya campurkan sahaja ke dalam susu anak. Pernah juga saya campur bersama air oren sunquick. Tak cakap banyak, habiskan jer apa saya bagi. Pengalaman kawan-kawan yang lain juga begitu. Rata-rata campurkan dalam susu anak.

Untuk diri saya sendiri, saya juga gemar campurkan dalam Milo, Horlicks atau susu. Lebih sedap rasanya. Kerap juga saya shake bersama makanan tambahan lain seperti Meal Shakes + Esp + Performance Drinks. Tenaga BOOSTER dan rasa sihat beganda. Untuk pengetahuan anda, Esp dan Performance Drinks juga adalah penggalak tenaga dan masing-masing mempunyai manfaat lain untuk tubuh badan. Antaranya adalah meningkatkan penhasilan susu ibu, menghalang penghidratan air dalam badan dan pelbagai kesan lain.

Apabila meal shakes di datangkan dalam perisa vanilla, ia boleh dipelbagaikan dengan mencampur dalam minuman lain. Saya sendiri tidak lalu menelan begitu sahaja. Lebih enak di campur dengan apa-apa minuman lain.

Ada juga saranan supaya boleh di campur dalam yogurt atau jus buah. Pernah juga kawan saya campur bersama coconut shakes. Lebih marvelous katanya. Meal Shakes boleh di bancuh sejuk atau suam tetapi tidak panas. Nutrient dalam kandungan Meal Shakes akan hilang bila di bancuh panas. Jadi, boleh la anda pelbagaikan bancuhan mengikut citarasa anda sendiri dan selamat mencuba.

untuk sebarang pertanyaan atau pembelian produk shaklee, boleh hubungi sahaja saya.


Hayuslina Ahmad Yusuf
017-9436210
Perunding Vitamin Anda

Khamis, 11 September 2014

MEAL SHAKES PENGGALAK SELERA

Okes untuk entry kali ni saya nak cerita pasal Meal Shakes jer. Untuk yang tak pernah tahu, Meal Shakes ni berperisa vanilla. Ada yang cakap rasa macam ais krim. Ada yang cakap rasa macam jagung. Wahh macam best jer. Pada yang dah mencuba, pasti lah rasa lebih-lebih sedap dan syok jer bila masuk tekak kan. Termasuk la saya juga.

Pertama kali beli memang saya khaskan untuk anak. Banyak masalah kesihatan sedikit anak sulong saya ni. Baca kisah dia dan Meal Shakes di sini : MEAL SHAKES PENCETUS SELERA SI MANJA. Sangat suka tengok perubahan diri dia. Alhamdulillah sampai sekarang saya masih amalkan untuk kesan baik yang berterusan tu.

Bila borak-borak dalam group, ramai la pulak bagitau meal shakes ni bagus. Bukan takat sedap jer. Masing-masing berkongsi pengalaman. Saya teruja nak amalkan sebab boleh naikkan berat badan. Saya ambil bersama ESP. Wawww boleh makin cun tau. Hihihi.

Berat masa baru kawen cuma 44kg jer. Alahai keding betol. Dah la saya ni tinggi 170cm. Sangat tak seimbang kan. Masa mengandungkan anak sulong pun sama beratnya. Sebelum mengandung anak ke-2 naik la sikit 47kg. Bila dah lahir baby, maintain la semula berat. Sakit jer ati nak naikkan berat badan nih. Jadi saya amalkan la 2 resepi istimewa ni setiap hari (ESP + MEAL SHAKES). Anak ke-2 nak masuk setahun. Saya consume meal shakes dengan esp dalam 2-3 bulan jugak la. Timbang baru-baru ni 51kg. Suka laaaa. Hihihi. Azam nak naikkan 4-6kg lagi supaya seimbang BMI.

Haaa korang yang dah lama idam badan berisi sikit, tidak keding melayang cam saya sebelum ni boleh la berhubung dengan saya. Usaha untuk lebih sihat dengan shaklee. Usaha untuk lebih cun dengan shaklee. Baru la suami pandang tak lepas, Hihihi

Baca sini pula untuk info lebih lengkap mengenai MEAL SHAKES MULTIVITAMIN YANG PELBAGAI.



Hayuslina Yusuf
017-9436210
Perunding Vitamin Shaklee

Selasa, 9 September 2014

TIPS TINGKATKAN IMUNISASI SI KECIL

Sebagai ibu bapa, pastinya anda mahukan si kecil membesar dengan sihat dan ceria. Oleh itu, salah satu yang perlu anda beri perhatian adalah berkaitan dengan sistem imunisasi atau daya tahan tubuhnya untuk melawan penyakit dan mengelakkan pelbagai jangkitan.

Apa yang boleh kita lakukan untuk membantu tingkatkan daya tahan si kecil? Berikut merupakan tips tingkatkan imunisasi si kecil yang boleh anda jadikan panduan.



  • Pastikan si kecil mendapat rawatan sistem imunisasinya seperti yang telah di jadualkan. Ia penting untuk menjauhkan dari penyakit berbahaya seperti polio, TBC dan lain-lain.

  • Sebolehnya jangan biarkan si kecil di pegang ramai orang terutamanya bagi bayi yang berusia bawah 6 bulan. Ini penting bagi meneglakkan sebarang jangkitan virus dari orang dewasa.

  • Susu ibu adalah yang paling berkesan dalam membantu sistem kekebalan tubuh si kecil melawan penyakit. Oleh itu, susukan si kecil dengan susu anda kerana selain mengandungi antibodi untuk melawan sebarang jangkitan penyakit.

  • Elakkan orang dewasa yang tidak sihat daripada mendukung bayi anda. Ia bolen membuatkan si kecil anda dijangkiti.

  • Pastikan tangan anda atau sesiapa sahaja yang mahu menyentuh si kecil dalam keadaan bersih. Sebaiknya cuci tangan terlebih dahulu.

  • Anda bolen membawa si kecil berjalan-jalan untuk menghilangkan tekanan yang boleh melemahkan sistem imunisasinya. Namun elakkan berjalan di tempat yang terlalu ramai orang.
Sekian tips tingkatkan imunisasi si kecil dari saya. Moga bermanfaat untuk kita warga ibu bapa.

Jumaat, 5 September 2014

BEST KER JOIN SHAKLEE NI?

Ada yang bertanya "Best ker Join Shaklee  ni?"
Senang jer jawapan saya "Best pada yang suka macam saya"
Apa la yang best sangat tu kan??? Meh nak citer kat sini.


saya mama kepada 2 puteri hebat.


Saya jatuh cinta dengan shaklee masa mula-mula ambil SET HAMIL. Alhamdulillah Allah izin untuk saya sihat lebih dari sebelum itu. Allah juga izin bayi saya lahir sihat sangat. Syukur Ya Allah.

2 minggu sebelum habis pantang saya mula join Shaklee. Daftar ahli bawah Mak Bintang Gojes merangkap orang yang selalu membimbing saya dan kawan-kawan lain untuk cuba ubah nasib diri. Saya suri rumah sepenuh masa. Kehidupan saya memang dengan anak-anak jer. Jadi teringin la nak buat business online. Zaman dah mudah kan. Kalau ini boleh jadi peluang untuk saya bantu masyarakat dan diri saya sendiri, saya akan teruskan niat murni ini.




Mulanya macam tak yakin juga pada diri. Tapi masyaAllah bulan pertama pun saya dah dapat bonus. Wahh rasa cam 'Boleh ni nak teruskan sampai ke peringkat paling atas'. Cuma kena sabar dan kuatkan segunung kinabalu semangat dan usaha kata yang dah bergelar master. Hihihi.

Setiap bulan saya tak pernah tak dapat bonus. Syukur sangat. Boleh la nak tolong-tolong en suami atau nak beli apa-apa dengan duit sendiri. Nak belanja anak atau family ke. Moga bertambah-tambah dan murah la rezeki saya hari demi hari. In sya Allah.

Selain boleh dapat duit sampingan, saya rasa puas sangat dapat tolong ramai orang. Ada yang nak langsing sebab susah nak solat, susah nak lakukan aktiviti harian. Ada juga yang ingin sihat dan cantik selalu. Tak kurang juga yang ingin anak-anak bebas dari masalah selalu tidak sihat, tiada selera makan,sembelit, asthma dan sebagainya. Ibu hamil juga ingin cergas kerana kerap di serang morning sickness, sakit-sakit badan dan masalaha lain. Begitu juga ada set untuk ibu berpantang dan ibu yang ada mengalami masalah penyusuan.

Banyak sebenarnya vitamin Shaklee ni. Manfaat yang di khususkan membantu mengatasi sesuatu masalah dalam diri manusia. Berhubung lah dengan para Shaklee Independent Distributor untuk di terangkan secara lebih terperinci mengikut kesesuaian keperluan badan anda. Nak tanya pada saya pun boleh. Lagi saya senang hati nak menjawab dan alu-alukan pertanyaan dari anda.

Opss sebelum terlupa, satu yang anda perlu tahu. Bila dah join members harga ahli jauh lebih murah dari harga pasaran tau. Hanya yang bergelar ahli shaklee layak 200% membeli dengan harga ahli dan kalau lebih dari 150UV pembelian, layak dapat bonus. Haaa tak ke jimat namanya tu. Membeli barang kesihatan diri dan pada masa yang sama dapat cash back. Wowww kan.

Sekian dulu untuk kali ini. Nanti saya sambung pula apa lagi kelebihan mnejadi ahli shaklee ye. Nak sihat, cantik, langsing??? Cari la saya.




Hayuslina Yusuf
Shaklee Independent Distributor
Yus 017-9436210


Khamis, 4 September 2014

TESTIMONI SHAKLEE COLLAGEN POWDER

Dah Ramai yang mencuba Shaklee Collagen Powder. Puas hati dengan kesan yang sangat bermanfaat untuk tubuh badan kita. Lagi-lagi sedang Promosi bulan ini. Beli 6 percuma 1. Wahhh patut la makin ramai yang order.

Anda dah baca apa manfaat yang boleh dapat jika ambil Shaklee Collagen Powder ni? Untuk yang masih belum tahu apa  itu Shaklee Collagen Powder ni, apakata anda baca di sini: KELEBIHAN SHAKLEE COLLAGEN POWDER. Baca sini pula untuk tahu 7 KANDUNGAN UNGGUL DALAM SHAKLEE COLLAGEN POWDER.

Saya kongsikan pula beberapa testimoni pengguna Shaklee Collagen Powder untuk merawat masalah diri mereka.






Wahhh tu diaaa testimony yang last. Makcik pun nak jadi comey gak. Tegang dah muka. Haa korang tak nak cuba ker? Rugi tak rembat Promo Bulan September ni. Jom dapatkan dari saya sementara stok masih ada.






Hayuslina Yusuf
Shaklee Independent Distributor
Yus 017-9436210




Rabu, 3 September 2014

7 KANDUNGAN UNGGUL DALAM SHAKLEE COLLAGEN POWDER

Shaklee Collagen Powder lebih terkenal untuk transformasi wanita mahupun lelaki menjadi lebih cantik jelita atau tampan. Banyak manfaat boleh diperolehi jika mengamalkannya. Sila baca sini untuk mengetahui MANFAAT SHAKLEE COLLAGEN POWDER.




Shaklee Collagen Powder di perbuat dari gabungan 7 jenis ramuan.

1)KOLAGEN DARI SISIK IKAN MERAH
-Sisik ikan merah adalah sumber kolagen yang premium dengan kurangnya pencemaran dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding dengan kolagen haiwan.

2)eKSTRAK BIJI CAMELLIA JAPONICA
-Biji Camellia Japonica terdiri dari asid oleik, satu emolien dan pelembap kulit yang hebat.
-Isoflavon adalah antioksida semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas.

3)EKSTRAK PFAFFIA
-Pfaffia juga di kenali sebgai ginseng Brazil.
-Apabila digabungkan dengan ekstrak biji camellia japonica, ia akan membantu formasi kolagen dan asid hyaluronic.
-Dengan kemampuan luar biasa mengikut amaun air yang banyak, adis hyaluronic memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembut, lembap dan licin.

4)ELASTIN DARI KOLAGEN IKAN
-Elastin memelihara kulit menjadi fleksibel tetapi tegang, memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik.
-Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi berganding bahu dengan kolagen untuk memgekalkan kulit menjadi tegang, anjal dan elastik.

5)VITAMIN C & B
-Vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit kita.
-Vitamin B juga turut serta dalam metabolisma karbohidrat, lemak dan protin untuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan kolagen di dalam sel badan.

6)EKSTRAK KEKERANG
-Glucomine ekstrak kekerang adalah penting di dalam sintesis cecair synovia yang membekalkan pelincir kepada sndi-sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.

7)LACTOBACILLUS ACIDOPHILUS
-Membantu mengimbangi mikroflora usu dan membantu membina semula sistem usu yang sihat yang mampu meningkatkan penyerapan kolagen.

Gabungan dan bahan yang unggul ini bukan sahaja untuk kecantikan, tetapi memainkan peranan juga untuk fungsi tertentu seperti mata, otak, tanda-tanda penuaan, kuku, rambut dan tulang. Khasiat hanya dalam satu sachet Shaklee Collagen Powder.

Nak cantik, nak sihat dan tampl lebih menawan atau tampan? Jom cuba shaklee collagen powder dari saya. Pasti tak mengecewakan. Boleh hubungi saya secara peribadi pada contact number di bawah.

Klik sini untuk tengok TESTIMONI SHAKLEE COLLAGEN POWDER.





Hayuslina Yusuf
Shaklee Independent Distributor
Yus 017-9436210
www.topladiesmom@gmail.com

KELEBIHAN SHAKLEE COLLAGEN POWDER

Shaklee Collagen Powder adalah supplemen yang berasaskan 7 jenis ramuan yang unggul. Semakin seningkat usia kita, tubuh badan semakin kurang menghasilkan kolagen. Manakala kolagen yang sedia ada dalam badan juga akan semakin menyusut. Ini mengakibatkan lebih banyak kedutan dan garis halus , di samping kulit yang semakin kendur.

Umur bukanlah hanya satu faktor yang menyebabkan kekurangan kolagen di dalam tubuh badan kita. Kerosakan kolagen juga cepat boleh berlaku melalui faktor luaran seperti matahari, radikal bebas di udara, air da n nutrisi, merokok dan lain lagi.

Oleh yang demikian Shaklee Collagen Powder mampu membantu kulit kita mengekalkan elastisasi kolagen atau kemampuan semulajadi dan memperlahankan kehadiran kedutan di tubuh kita.




TANPAK LEBIH MUDA

  • Kolagen juga bermanfaat dalam membantu menguatkan rambut dan merangsang pertumbuhan semulajadi
  • Kuku akan menjadi lebih kuat, bintik putih akan hilang dan pangkal kuku akan mengekalkan warna yang sihat
  • Kulit akan kurang kering dan elastisiti akan bertambah baik.
  • Kulit juga akan sembuh dengan cepat dan ini akan membantu mengurangkan parut
  • Membantu juga menghilangkan tanda -tanda penuaan.

RASA LEBIH MUDA
  • Kolagen adalah sama penting untuk tulang. Seperti juga tulang perlukan kalsium. Kolagen membantu menguatkan tulang dan mengurangkan kemungkinannya menjadi rapuh.
  • Kolagen juga membantu mengurangkan keskitan dan geseran di sendi-sendi.
  • Kornea memerlukan kolagen sebab itu ia baik untuk mata dan ianya membantu mengekalkan otot mata supaya sentiasa anjal
  • Sel glya membekalkan nutrisi kepada otak dan ini di sokong oleh colaggen. Adalah amat penting untuk menentukan  agar otak anda mendapat manfaat kolagen agar minda anda tetap berkeadaan baik di usia yang semakin meningkat.

Baca sini untuk ketahui 7 JANDUNGAN UNGGUL untuk membentuk collagen powder atau TESTIMONI SHAKLEE COLLAGEN POWDER.



Hayuslina Yusuf
Shaklee Independent Distributor
Yus 017-9436210
www.topladiesmom@gmail.com

Isnin, 1 September 2014

BAHAYA HUBUNGAN INTIM SEMASA HAMIL

Bahayakah hubungan intim ketika Hamil? Saya jelaskan serba sedikit kegusaran anda.

Secara normal, walaupun hamil anda masih boleh menikmati hubungan intim dengan pasangan seperti biasa. Cuma, ia perlu dilakukan mengikut kesesuain fizikal anda kerana faktor kehamilan. 

Malah, hubungan intim sebenarnya digalakkan semasa hamil kerana membantu mempercepatkan kontraksi semasa bersalin nanti. (untuk usia kandungan 7 bulan dan ke atas. Lebih-lebih lagi ketika semakin hampir tarikh melahirkan)

Namun, apabila anda tergolong dalam kehamilan berisiko dan mengalami masalah tertentu berkaitan dengan kehamilan, anda mungkin dinasihatkan untuk mengelakka hubungan kelamin.






Beriku antara sebab mengapa hubungan kelamin tidak digalkkan jika ibu hamil mengalami situasi berikut.
  • Jika ibu hamil mengalami maslah turun darah pada peringkat awal kehamilan.
  • Jika mempunyai masalah fibroid yang boleh menganggu kandungan.
  • Wanita hamil yang mempunyai penyakit darah tinggi yang serius tidak digalakkan bersama suami sebelum usia kandungan  4 bulan ke atas.
  • Kandungan berisiko yang kemungkinan mengalami ancaman keguguran.
  • Kedudukan plasenta yang terletak di bawah.
  • Pernah mempunyai masalah kelahiran bayi pramatang atau tidak cukup bulan.
  • Berlaku pendarahan vigina atau keluar cecair yang tidak di ketahui puncanya.
  • Pasangan mempunyai jangkitan penyakit kelamin.