Khamis, 19 Jun 2014

PENGALAMAN BERPUASA DENGAN SET MIGHTY 3 GEMS

Saya juga salah seorang yang mengamalkannya. Rugi tak kenal awal. Hihihi. Saya kenal produk shaklee ni pun baru je setahun yang lalu. Baru-baru ni saja puasa sunat. Cuba la ESP+performance drinks. Biasanya saya ambil ESP untuk bantu banyakkan susu badan. Performance sesekali je minum.

Selalu saya dengar jer pengalaman kawan-kawan yang berpuasa dengan set mighty 3 gems ni. Bila saya sendiri yang alami, alamak bestnya rasa. Memang sangat membantu rasa lebih kenyang yang lama. Kalau tanpa set berpuasa ini, sebelum jam 9 pagi saya mesti dah lapar semula walau sahur dah makan nasi.

Saya bersahur pagi tu agak lambat, lebih kurang 15 minit lagi nak azan subuh. Agak tergesa gak saya sediakan hidangan. Makan cuma mee bandung dan bancuh siap esp + performance. Baru makan separuh pinggan, dah dengar orang zikir-zikir nak azan. Alamakkk kalut sangat. Lastly saya tinggalkan mee dan cepat-cepat minum esp+performance. Habis satu shaker, saya minum air masak untuk basuh tekak satu gelas. Alhamdulillah sangat jam 12 tengahari pun saya masih belum rasa lapar. Dahaga pun kurang. Sekitar jam 4 petang baru rasa lapar sikit. Buka puasa tak makan pun sebab nak keluar rumah. Saya cuma minum 2 gelas air bandung dan makan pada jam 9 malam. Saya sediri dah rasaapa yang mereka kata. Sangat seronok menjalani ibadah puasa tanga gangguan rasa terlalu lapar dan rasa letih jer. Hihi

Saya bawakan juga beberapa pegalaman mereka-mereka yang mengamalkan produk-produk set berpuasa ini. Pastikan anda sudah membuat persediaan ramadhan!




 



Untuk dapatkan sebarang produk shaklee, bolehlah hubungi saya. Sedia membantu anda pada bila-bila masa. Yang terbaik hanya untuk anda.

Anda juga mungkin berrminat nak tahu tentang Fungsi Set Mighty 3 Gems





Hayuslina Yusuf
017-9436210
Shaklee Independent Distributor
topladiesmomi@gmail.com


Rabu, 18 Jun 2014

SAMBUT RAMADHAN DENGAN SET MIGHTY 3 GEMS

Beberapa hari sahaja lagi menjelang Ramadhan. Dah bersedia untuk menjalani ibadah puasa? Saya perkenalkan set Mighty 3 Gems Shaklee yang pastinya akan memberi anda pengalaman puasa yang berbeza dari sebelumnya. Badan akan rasa lebih cergas dan lebih sihat ketika berpuasa. Jom berpuasa dengan Shaklee!



Set Berpuasa Shaklee atau Shaklee Mighty 3 Gems mengandungi 3 jenis minuman berkhasiat iaitu ESP, Meal Shakes dan Performance Drinks. Kenapa saya mensyorkan anda berpuasa dengan Shaklee Mighty 3Gems? Apa fungsi minuman-minuman berkhasiat ini?

ESP -  Sumber protein tinggi yang akan membuatkan anda rasa lebih kenyang yang lama. Membekalkan tenaga dan menguatkan sisitem imun badan.

Meal Shakes - Sumber multivitamin yang terbaik. Ketika berpuasa, badan kita sebenarnya melalui proses detoksifikasi. Sementara detoksifikasi itu berlaku, Meal Shakes dapat memastikan badan kita mendapat bekalan nutrien baru yang mencukupi.

Performance Drinks - Minuman seperti isotonik tetapi tanpa gas. Ianya bagus dalam mengelakkan dehidrasi kulit sebab ia mengurangkan kehilangan bendalir dan menyokong tahap hidrasi lebih baik berbanding air. Ia akan seimbangkan proses kehilangan air dalam badan, dan justeru badan kekal rasa segar.  Dengan itu, anda tidak akan rasa mudah dahaga. Digalakkan juga diambil masa berbuka supaya cepat menyegarkan badan dari keletihan.

Sebenarnya Mighty 3 Gems ini adalah satu set kesihatan yang disarankan kepada golongan-golongan tertentu untuk mengambilnya ketika menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan. Antaranya ialah
~ibu yang menyusu anak
~ibu yang mengandung
~individu yang bekerja berat
~individu yang mudah letih berpuasa
~individu yang mengalami gastric dan sebagainya.

Walaupun ada kelonggaran untuk para ibu yang menyusukan anak dan hamil namun alangkah lebih baik jika kita dapat bersama-sama mengerjakan ibadah berpuasa. Melabur sedikit untuk pastikan kemeriahan susu badan untuk si anak dan pada masa yang sama boleh berpuasa dengan penuh semangat. Saya juga menyusukan anak dan saya tidak rasa faktor berpuasa penyebab susu merudum bila menamalkan set berpuasa ini.

Jika anda biasa mengalami situasi seperti tidak sempat bersahur atau waktu sahur hanya tinggal 5 minit sahaja lagi. Maka anda disarankan mengambil Mighty 3 Gems sebagai ‘back-up’ anda dalam keadaan terdesak kerana ianya mampu membekalkan tenaga dan keperluan nutrien tubuh sepanjang hari di bulan Ramadhan. Hanya perlu letakkan air di dalam shaker, masukkan  ESP +  performance +  meal shakes. Shake hingga sebati dan minum. Mudah bukan?

Jika anda berbuka puasa dengan set Mighty 3 Gems pula, satu kelebihan untuk anda kerana ianya akan memberikan anda tenaga untuk menunaikan ibadah Maghrib, Isyak serta bertarawih dan bertadarrus. Dah bersedia untuk Ramadhan??? Alhamdulillah. Untuk anda yang nak dapatlan set berpuasa ini boleh hubungi saya. Penghantaran boleh di lakukan ke seluruh negeri.

Anda juga mungkin berminat nak baca Pengalaman Pengguna Set Mighty 3 Gems


Hayuslina Yusuf
Shaklee Independent Distributor
sms / whatsaap Yus: 017-9436210
topladiesmom@gmail.com




Jumaat, 13 Jun 2014

MASKER & SCRUB MUKA YANG SANGAT BERKESAN

Saya nak kongsikan dengan anda semua amalan saya sendiri semenjak dua menjak berjinak-jinak dengan biji-biji kesihatan Shaklee ni. Banyak rahsia di sebalik vitamin-vitamin ni sebenarnya. yang saya tahu sememangnya boleh di makan tapi rupanya pada masa yang sama boleh di buat scrub dan masker muka. Woww

Saya amalkan ESP dan Alfalfa untuk set menyusukan anak. Memang kesan superb la untuk hasil susu badan saya. Meriah sangatt hihihi. Upline saya cakap boleh buat masker n scrub. Jadi saya pun cuba la.


Caranya:
ALFALFA + ESP
~ Ambil sebiji alfalfa (ikut kebesaran muka hihi) dan hancurkan.
~Campur sedikit dengan ESP dan letak sedikit air (jadi macam bedak sejuk tuuu)
~Lumur la pada muka. Biarkan 1 jam sehingga kering betul.
~Kalau ada timun, boleh hiris letak kat mata sambil2 nak tunggu kering. Bagus gak untuk mata kan.
~Bila dah kering boleh bilas dengan air sambil gosok2 kat kawasan muka. Biar tertanggal saki baki kotoran di muka tu.
~Setelah bilas bersih, anda akan dapati kulit muka anda mulus jer..jangan percaya ye..cuba dulu.



ESP + YOGURT
Caranya:
~Ambil satu sudu kecil ESP campurkan dengan sedikit yogurt dan kacau sebati..hihi
~Letak la di muka sebagai masker.
~Biar sehingga kering dan boleh bilas dengan air.
~Mesti rasa gebus jer kulit wajah.
untuk info bersama: Bila amalkan minum ESP setiap kali basuh muka mesti rasa macam ada jeli kat muka. Lembap jer muka. Kalau buat masker, rasa-rasanya makin best tak??? Siapa yang pernah cuba jer tau kesannya.

Satu lagi vitamin cantik yang sama amalkan adalah vitamin E. Anti-penuaan yang akan memelihara keseluruhan tubuh badan kita. Kesan yang super duper hebatt. Sehari makan satu biji sahaja. Satu botol ada 120biji, bermakna untuk 4 bulan penggunaan. Lama kan? Boleh pulak buat masker. makin WOWWW la.

Perbezaan 4 minggu

VITA-E COMPLEX
~Ambil sebiji vittamin E complex dan gunting sedikit / cucuk dengan jarum
~Keluarkan minyak yang berada di dalam capsule tersebut dan apply pada muka
~Elok di amalkan pada malam hari sebelum tidur
~Bila bangun keesokannya baru di basuh dengan air sehingga bersih
Pertama kali saya basuh jari jemari yang menyapu vitamin E tu di muka, bila basuh mak aiii lembutnya rasa tangan saya. Tu yang hanya sekejap. Bayangkan bila semalaman saya biarkan di muka dan esoknya baru bilas basuh. Menakjubkan tau.. Jatuh cinta berkali-kali. Serius! Kesan yang sungguh ketara.

Okey cukup setakat ini dahulu. Nanti saya kongsikan lagi tips untuk masker n scrub dari biji-biji kesihatan shaklee ni. 2 in 1 sangat jimattt.
Collagen powder saya belum sempat buat masker. Vitamin c pun saya belum pernah buat masker. Vivix tonik super ajaib dari shaklee pun saya tak pernah mencuba. Tungguuuu.. saya up date pada masa akan datang yer..




Hayuslina Yusuf
017-9436210
Shaklee Independent Distributor
topladiesmomi@gmail.com

Khamis, 12 Jun 2014

SET PANTANG SHAKLEE JAMU MODEN

Anda sedang sarat mengandung? Bila-bila masa sahaja baby akan keluar melihat dunia, tapi masih belum buat persediaan untuk set pulihkan badan ketika berpantang? Saya perkenalkan set pantang shaklee versi jamu moden.

Kenapa saya gelarkan jamu moden? Biasanya mak nenek kita mesti suruh makan jamu serbuk kan. Tradisi zaman mereka dulu-dulu. Pulak tu zaman sekarang ni ibu-ibu muda macam kita mana nak makan jamu tradisional tu. Pahit + tak sedap sangat kan. Yang sebenarnya dulu-dulu mana ada supplement macam sekarang ni. Sebab itu la mereka lebih suka syorkan kita jamu tradisional. Padahal fungsinya adalah sama iaitu memulihkan badan.





Ini adalah set ibu berpantang. Semakin terkenal dan menjadi pilihan ibu-ibu kini. Set vitamin lengkap untuk persediaan di dalam pantang bagi membantu ibu-ibu lebih sihat dan cergas untuk tujuan pemulihan badan. Saya akan terangkan satu persatu serba sedikit fungsi vitamin-vitamin ini.


Vita-lea
Vita-lea merupakan iron tablets. Semasa tempoh kelahiran, ibu-ibu telah banyak kehilangan darah. Pastikan pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat diambil bagi menggantikan semula darah yang telah hilang. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangannya boleh mengakibatkan ibu kelihatan pucat, letih, tidak bermaya dan lesu. Untuk ibu yang menyimpan niat untuk menyusuakan anak, titikberatkan pengambilan zat besi agar pertumbuhan dan pembesaran anak di tahap yang sangat baik.

B-Complex
Lebih bersifat anti-stress. Pastinya pegalaman di dalam pantang akan membuatkan anda sedikit runsing untuk melakukan apa sahaja. Tidak boleh bergerak cergas seperti kebiasaannya dan menuntut kesabaran yang tinggi untuk menjaga orang baru dalam hidup anda. Pastikan emosi anda stabil sentiasa.Membantu dalam penghasilan sel darah merah juga dan menstabilkan hormon badan. B-Complex turut membantu badan agar lebih bertenaga dan mengimbangkan kestabilan emosi. Kekurangannya boleh menyebabkan ibu yang di dalam pantang mengalami gangguan emosi atau lebih di kenali sebagai meroyan.

Vitamin C 500mg
Pernah dengar tak orang selalu cakap "kalau nak cepat baik luka makan buah oren". Sebiji Vitamin C 500mg Shaklee bersamaan 7biji buah oren. Perlu ke nak makan banyak buah oren tersebut kalau dah ada alternatif sebegini? Hihi. Vitamin C membantu meningkatkan sistem imunisasi badan sealigus meningkatkan antibody secara berterusan. 

Zinc Complex

Ianya adalah antara galian yang sangat penting dalam membantu proses pemulihan. Zinc membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam badan kita. Sangat sesuai untuk pulihkan luka bersalin secara normal mahupun pembedahan.




Gabungan vitamin-vitamin ini membantu ibu-ibu untuk lebih berasa sihat dan cergas walau di dalam pantang. Set bersalin ini sesuai diamalkan oleh ibu-ibu yang bersalin normal atau secara pembedahan. Set pantang Shaklee versi jamu moden. Tidak perlu lagi meneguk jamu serbuk yang pahit lagi meloyakan. Mudah, cepat dan berkesan. Hubungi saya untuk dapatkan khidmat runding vitamin dan maklumat lanjut.






Hayuslina Yusuf
Shaklee Independent Distributor
sms / whatsaap Yus: 017-9436210
topladiesmom@gmail.com









ZINC COMPLEX

Zinc Complex biasanya di gunakan untuk tujuan penyembuhan luka. Untuk pelanggan saya kebiasaanya saya masukkan dalam set berpantang. Tapi ia bukan sahaja bertujuan untuk penyembuhan luka. Terdapat banyak manfaat lain jika kita amalkan pengambilannya.




Berikut merupakan manfaat yang boleh kita peroleh daripada Zinc Complex
1) Mempercepatkan penyembuhan luka
- Zinc sangat bagus bagi tujuan mempercepatkan penyembuhan luka samada dalaman mahupun luaran.
- Sangat sesuai untuk luka bersalin secara normal ataupun pembedahan
- Untuk kesan antibiotik semulajadi dan lebih cepat baikan luka, hancurkan sebiji zinc dan tabur pada bahagian luka.

2) Memperbaiki radang kulit
- Kajian menunjukkan pengambilan zinc sebanyak 4-8 tablet akan memperbaiki radang kulit seperti akne dan jerawat
-Bagus juga untuk memperbaiki alergi dan bintik di kulit.
- Bintik putih di kuku adalah tanda defisiensi zinc, yang boleh menyebabkan kemurungan, lemah daya ingatan, mudah sakit, pemulihan luka yang lambat, pembengkakakn prostat, anemia,  lemah penglihatan atau lemah daya penglihatan.

3) Membentuk kolagen
- Zinc membantu dalam pembentukan protin dan kolegen untuk pertumbuhan dan perkembangan kulit, kuku, dan organ.

4) Memperbaiki Diabetis
- Membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin seterusnya memperbaiki diabetis

5) Mempertingkatkan sisitem imun
- Membantu pengeluaran kelenjar thymus.
- Kelenjar  thymus mempertingkatkan sistem imun dan pengeluaran T-Cell untuk menentang kanser dan menghalang inflens penyakit.

6) Mengekalkan deria bau
- Untuk mengekalkan deria bau yang sihat dan sensitif (rasa dan bau)

7) Ovulasi wanita
- Wanita memerlukan zinc untuk ovulasi. 
- Zinc juga membantu penguncupan uterus  untuk mengembalikan daya ketahanannya.

8) Memperbaiki masalah prostat
- Melindungi kesihatan prostat, memperbaiki dan menyembuh benign prostatommegaly/pembengkakakn prostat dalam kadar 70%

9) Kemampuan seks lelaki
- Pengambilan zinc untuk jangka masa panjang mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki, impoten,  meninggikan kiraan sperm.
- Zinc yang secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga.

10) Mengaktifkan 200 jenis enzime
- Zinc berkebolehan menggabungkan DNA, RNA dan protin, seterusnya merangsang regenerasi sel.
- Ia juga mengaktifkan lebih 200 jenis enzim di dalam tubuh kita untuk memelihara metabolisma gigi dan pertumbuhan para remaja.

Zin juga adalah suatu khazanah lelaki.
Zinc di dalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda dari organ lain. Zinc memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki. Defisiensi yang serius akan mengakibatkan masalah seperti kematangan organ seks yang lembap, impoten, perkembangan yang kecil atau pincang testil, , kiraan sperm yang rendah, kemerosotan fungsi seksual, penuaan pra-matang dan gugur rambut. Oleh yang demikian Zinc amat di perlukan dari umur muda hingga ke umur tua.



Hayuslina Yusuf
Shaklee Independent Distributor
sms / whatsaap Yus: 017-9436210
topladiesmom@gmail.com