Khamis, 13 Februari 2014

SET HAMIL YANG SANGAT MEMBANTU

Assalamualaikum w.b.t. Terima kasih saya ucapkan buat penggemar blog yang sudi berkunjung membaca entry saya ni. Moga apa yang nak cuba saya kongsikan dengan anda semua bermanfaat untuk kehidupan kita. In syaa Allah.

KENAPA SHAKLEE???
Kerap sangat saya tengok warga fb post mengenai shaklee. Apa hebatnya shaklee ni sampai semua org suka sangat nak buat bizz ni & war-warkan kehebatan produk ni? Sehingga la satu ketika saya hamil anak ke2 dan mengalami morning sickness yang teruk. Muntah lebih 5,6 kali setiap hari. Badan lemah sangat. Asyik nak tidur je. Memasak tak boleh, makan tak selera. Bertambah-tambah la tak ada tenaga. Masa tu anak saya Wisya baru 1tahun 4bulan. Masih menyusu badan. Masuk bulan ke2 situasi masih sama. Rasa rimas sangat. Kesian kat anak dan suami. Macam terabai sangat.

Satu hari Allah gerakkan hati saya untuk bertanya set berpantang pada kawan sekolah lama, Nad Zaim (merangkap mak bintang saya sekarang). Bila diberitahu harga sekian-sekian, saya pun berfikir-fikir untuk simpan duit. Siapa yang tak nak badan sihat kan?? Nad perkenalkan saya dengan set hamil. Dengan harga serendah RMxxx boleh tahan 4bulan guna, saya rasa amat2 berbaloi. Mula terfikir ada baiknya mencuba disebabkan faktor pemakanan masa tu hanya paksaan dan tidak mendapat nutrisi yang secukupnya untuk keperluan ibu dan bayi di dalam kandungan.

Bayangkan la makan jer muntah. Nak masak tak boleh, badan sangat lesu. Setiap hari membeli di kedai je. Brapa kandungan minyak, garam, ajinamoto, gula dan sebagainya peniaga letak saya tak pernah fikir. Makan je apa yang suami belikan masa tu. Buah pun saya tak tertelan. Sangat susah nak makan ikut selera sebenar. Apatah lagi mendapat khasiat yang secukupnya untuk badan sendiri dan anak yang di kandung.

Masalah begini la yang buatkan saya rasa saya kene cari sesuatu untuk betulkan keadaan diri. Alhamdulillah pilihan saya tepat bila Allah tekadkan niat saya demi si anak yang sedang membesar di dalam perut. Saya telan sahaja vitamin-vitamin tu mengikut jadual pengambilan yang betul. Segala bau dan rasa yang saya tidak gemari mungkin di sebabkan hormon yang tidak stabil, saya buang jauh-jauh.  Orang kata apa yang kita fikir akan mempengaruhi minda kita. Jadi, kena lah positifkan diri sendiri. Saya cuma berdoa pulihkan keadaan diri saya dan beri lah yang terbaik untuk anak yang saya kandungkan. Syukur sangat memang vitamin-vitamin yang digabungkan dalam set hamil shaklee mempunyai khasiat tertentu dan mencukupkan nutrisi yang saya dan anak perlukan. Bila badan kita cukup nutrisi, itu lah yang buatkan kita rasa segar, bertenaga dan sihat selalu.




Alhamdulillah dengan izin Allah saya lalui detik bergelar ibu buat kali ke2 tidak lah terlalu sukar seperti sebelumnya. Selepas amalkan vitamin secara konsisten, rumahtangga tidak lagi terabai. Walaupun muntah berkali-kali tapi tetap cergas dan boleh lakukan rutin harian seperti biasa. Anak boleh dibelai dan dijaga dengan sempurna. Walaupun tidak suka memasak waktu tu, tapi saya masih mampu untuk masuk dapur sediakan makanan anak dan suami. Rasa sangat bersyukur diperkenalkan dengan set hamil shaklee.

Sepanjang kehamilan juga saya tidak mempunyai masalah hb yang rendah, kencing manis (walau kena minum 2kali air gula sebab suka makan masa tu), darah tinggi, air kencing kotor atau masalah lain. Sangat berbeza apa yang saya lalui mengandung anak ke2 berbanding anak yang pertama. Hanya yang pernah amalkannya sahaja boleh tau apa beza mengamalkan set hamil shaklee ini (bagi yang berpengalaman mengandung sebelum ini).




38minggu 4hari, 30 Sept 2013 tepat jam 7:30pagi saya selamat melahirkan anak ke2 dengan berat 2.92kg. Mayra lahir sihat tanpa jaundis. Baby montel kurniaan Ilahi. Alhamdulillah..

Kini dengan rasminya saya juga salah seorang wakil jualan shaklee. Untuk membantu pula anda di luar sana mendapatkan apa yang terbaik untuk kehidupan anda.


Hayuslina Yusuf
Shaklee Independent Distributor
sms / whatsaap Yus : 0179436210
topladiesmom@gmail.com